Kisah cinta selebriti sentiasa menjadi perhatian peminat industri hiburan tanah air. Kalau boleh nak tahu dengan siapa mereka bercinta dan siapa sebenarnya kekasih atau pasangan mereka.

Boleh dikatakan ramai selebriti yang memilih pasangan yang juga terlibat di dalam industri. Ada yang terjebak dengan cinta lokasi dan akhirnya mendirikan rumah tangga.

Tapi, kali ini kami ingin kongsikan 5 cinta lokasi selebriti Malaysia yang pernah menjadi bualan hangat netizen.

1. Norman Hakim & Memey Suhaiza

Gandingan bersama dalam drama Pasrah mencetuskan kontroversi kedua-dua pelakon ini. Norman pada ketika itu masih suami kepada Abby Abadi telah ditangkap khalwat bersama Memey Suhaiza di pejabat Norman Hakim. Kes tersebut menyebabkan pergolakan rumah tangga Norman Hakim dan Abby Abadi dan berakhir dengan perceraian. Namun akhirnya, Norman dan Memey bersatu sebagai suami isteri pada tahun 2011.

Pasangan ini telah mempunyai dua orang anak lelaki iatu Muhammad Darwisz Hakim danMuhammad Dikhriz Hakim serta seorang anak perempuan diberi nama Mikayla Delisha Hakim.

Hubungan Memey Suhaiza dan bekas isteri Norman Hakim iaitu Abby Abadi dan anak-anak terdahulu Norman dan Abby juga semakin baik. Keluarga mereka telah menjadi keluarga contoh untuk selebriti di Malaysia.

2. Aeril Zafril & Wawa Zainal

Mula berkenalan pada tahun 2010 di set pengambaran drama Klik, Aeril dan Wawa mula menjalin hubungan cinta. Malangnya ia dihalang oleh pihak pengurusan mereka kerana Wawa terikat dengan kontrak syarikat tersebut. Dalam diam pasangan ini sudah pun bernikah secara rahsia pada Februari 2012.

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dikurniakan dua orang anak iaitu Ahmad Fakhtaruddin Attar dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa.

3. Akim Ahmad & Stacy

Pasangan ini mula berkenalan ketika menyertai program realiti. Ketika itu Akim baru saja berusia 18 tahun dan Stacy berusia 19 tahun. Inilah yang dinamakan jodoh. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2016.

Pasangan ini kini sedang berbahagia dengan seorang anak angkat yang diambil sebelum Stacy berkahwin iaitu Bella Valentina serta anak mereka bersama yang diberi nama Eshaal sebagai penyeri hidup.

4. Yana Samsudin & Fadzil Zahari

Pasangan ini mula menjalin cinta ketika pengambaran filem Rempit V3. Ketika itu Fadzil merupakan penulis skrip filem tersebut, manakala Yana Samsudin adalah penolong pengarah.

Yana Samsudin dan Fadzil Zahari dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Aisy Mateen yang kini berusia 2 tahun.

5. Fattah Amin & Fazura

Pasangan ini didakwa bercinta selepas berlakon bersama di dalam drama Hero Seorang Cinderella. Lebih meyakinkan lagi dakwaan tersebut, Fattah menghadiahkan 500 kuntum ros buat Fazura. Dalam diam pasangan ini sudah pun bertunang dan beberapa hari kemudian disahkan bernikah.

Kehangatan cinta Fattzura sehingga hari ini masih lagi mendapat tumpuan ramai kan? Semoga pasangan ini akan terus dilimpahi dengan kebahagiaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *