Sebut sahaja Nora Danish, hampir 1 Malaysia mengenali bintang ini. Nora sudah dikenali dan popular sehinggakan mempunyai jutaan pengikut di Instagram. Tetapi sebelum dia popular, dia juga melalui kehidupan seperti manusia biasa, tidak ada perbezaan pun daripada orang lain.

Gambar Zaman Sekolah
Sama seperti orang lain, Nora juga merasai bergegas untuk ke sekolah dan melakukan aktiviti yang kanak–kanak buat. Mesti ada yang pernah terfikir macam mana rupa Nora di zaman sekolah atau semasa muda remaja. Kalau nak tahu jom kita lihat gambar dibawah.

Nora binti Mohd Danish Hanif atau lebih dinali sebagai Nora Danish dilahirkan pada 7 Mac 1982.

Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent di Kajang, Selangor di mana beliau lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Gambar ini telah dikongsikan oleh rakan Nora yang dikenali sebagai Azza Hafliah.

Nak tahu yang mana satu gambar Nora dalam gambar di atas? Lihat logo Hangat.com di dalam gambar, Nora duduk hujung paling kanan. Nampak lain kan?

Pada 21 Februari 2018, Nora dan suami, Nedim dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki bernama Mohamed Neqayl Nedim yang dilahirkan seberat 2.98 kilogram melalui pembedahan.

Beliau dikatakan pernah berkrisis dengan pelakon Fasha Sandha hingga kedua-duanya tidak bertegur sapa berikutan tindakan Fasha menghantar gambar di Instagram dengan kata-kata jelik yang mengaitkannya dengan label pakaian Nora, sekaligus menjejaskan perniagaannya. Pada penghujung Mei 2018, Nora dan Fasha menamatkan perselisihan faham sesama mereka yang telah berpanjangan selama 8 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *