Selebriti popular Sazzy Falak menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-12 semalam.

Sazzy berkongsi beberapa foto yang diambil ketika makan malam bersama suaminya, Nash Idrus sempena meraikan hari istimewa itu.

Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagram miliknya.

Lebih menarik lagi, pasangan selebriti ini berkongsi tarikh ulang tahun dengan Ashraf Sinclair dan isterinya, Bunga Citra Lestari yang turut menikmati makan malam di restoran yang sama malam tadi.

“12 years for us, 10 years for them.

“10 years ago, Nash and I spent our second anniversary helping out at their wedding in Jakarta.

“Kami gembira kerana berkongsi tarikh ulangtahun perkahwinan yang sama,” tulisnya sebagai kapsyen.

Menariknya semalam genap 10 tahun perkahwinan yang dibina pelakon Ashraff Sinclair dan isterinya, Bunga Citra Lestari (BCL).

Justeru itu, mereka berkongsi momen indah di Instagrammya ketika Ashraf menyarungkan cincin di jari manisnya.

Susulan itu, netizen berasa gembira kerana pasangan tersebut kekal sehingga kini dan memberi ucapan buat mereka berdua.

Semoga berbahagia ke akhir hayat. Amin

sumber:AstroGempak via MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *