Masih ingat lagi dengan drama bersiri Bawang Merah Bawang Putih yang pernah disiarkan menerusi TV3 suatu masa dahulu? Sinetron ini mula bersiaran pada tahun 2004 mengambil kisah dari cerita rakyat Indonesia, kemudian diolah semula hingga menjadi sebuah sinetron yang cukup dramatik.

Sekaligus, sinetron ini juga menjadi sebuah batu loncatan bagi karier para pelakonnya. Salah satunya, pelakon Alya atau digelar si bawang putih.

Pasti ramai yang tertanya-tanya apa perkembangan karier para artis Sinetron Bawang Merah Bawang Putih setelah 14 tahun berlalu?

1.Revalina S. Temat

Watak Alya sememangnya popular dan menjadi sebutan selepas muncul di Sinetron Bawang Merah Bawang Putih.

Dari sinetron ini, Revalina mula mengorak langkah muncul di filem-filem layar lebar, antaranya Pocong 2, Perempuan Berkalung Sorban, Kita Versus Korupsi, Hijrah Cinta, dan banyak lagi hingga Assalamualaikum Beijing yang ditayangkan pada tahun 2014.

Selain filem, dia pun sering muncul di iklan TV dan banyak dapat tawaran sebagai duta produk. Setelah bernikah dengan Rendy Aditya Gunawan dan mempunyai anak, Revalina agak menyepikan diri dari dunia hiburan kerana ingin fokus dengan keluarganya.

Sejak berhijab Revalina juga aktif menjadi duta busana muslim dan beberapa produk kecantikan.

2. Nia Ramadhani

Berbeza dengan Revalina yang popular kerana muncul dalam Bawang Merah Bawang Putih, Nia Ramadhani yang memegang watak sebagai bawang merah (Siska) di sinetron tersebut sudah mula terkenal sejak membintangi sinetron Bidadari.

Ketika tampil dalam Bawang Merah Bawang Putih, Nia sudah pun dikenali dalam dunia hiburan.

Pelakon cantik berusia 28 tahun ini sememangnya hidup bergelimangan dengan harta, apalagi setelah bernikah dengan Ardie Bakrie, anak kepada salah seorang yang terkaya di Indonesia.

Ketika bernikah, dia menyatakan hasrat mahu berhenti dari dunia lakonan dan menguruskan rumah tangganya. Meski sudah bersara, ibu kepada tiga orang anak ini tetap popular kerana kemewahan yang dimilikinya.

3. Dude Harlino

Dude juga pernah tampil dalam Sinetron Bawang Merah Bawang Putih sebagai Joe. Suami kepada Alyssa Soebandono ini banyak kali muncul di kaca TV sebelum sinetron ini disiarkan. Antara filem yang dibintanginya seperti Tusuk Jelangkung, Sinetron Bidadari, Yang Muda Yang Bercinta, dan banyak lagi.

Ada ura-ura, di tahun 2009 dia menjadi salah satu artis yang paling mahal bayarannya. Bayarannya bukan biasa-biasa, Rp 25 juta per episod! Bayangkan kalau ada 10 episod saja dia sudah memperoleh Rp 250 juta atau sekitar RM70,180.75.

Selain aktif di kaca tv, aktor yang sering mendapat watak sebagai ustaz ini juga sempat membuka perniagaan bersama Christian Sugiono dan beberapa artis lain iaitu Sushi Miya8i, namun restoran itu tutup.

Meski demikian, Dude masih kekal popular dalam industri hiburan. Dia masih aktif menglibatkan diri dalam lakonan di beberapa buah drama dan filem.

4. Lydia Kandou

Artis senior ini memegang watak sebagai Yasmin, ibu kepada Alya dalam Sinetron Bawang Merah Bawang Putih. Karier Lydia Kandou di dunia filem tak perlu ditanya lagi, dia sememangnya sudah dikenali dari zaman dahulu lagi.

Ibu kepada Nana dan Nasyilla Mirdad ini sebenarnya sudah bercerai dengan suaminya, Jamal Mirdad, pada 2013.

Meski begitu, dia terlihat bersama anak-anaknya dan bekas suaminya saat Lebaran bulan lalu. Hal ini telah menimbulkan spekulasi di kalangan media menganggap bahawa pasangan bakal rujuk.

Sementara itu, artis berusia 55 tahun ini pernah dikhabarkan sakit pada April 2018 lalu. Namun, kini Lydia Kandou juga sudah jarang terlihat di kaca TV.

5. Dimaz Andrean

Watak Ferdi dalam Bawang Merah Bawang Putih juga mula meletop kerana sinetron tersebut. Suami dari Novita Triutama Dewi itu juga agak lama tak muncul jdi kaca TV.

Selain aktif dalam dunia modeling, Dimaz juga kini menjadi seorang disc jockey (DJ). Sejak dari itu, kehidupan Dimaz Andrean agak jarang dikaitkan dengan gosip dalam dunia hiburan.

6. Helsi Herlinda

Helsi Herlinda memegang watak sebagai Rika iaitu ibu kepada Siska, si Bawang Merah, dalam sinetron tersebut. Helsi selama ini memang terkenal kerana sering mendapat watak antagonis.

Meskipun sudah berusia 43 tahun, Helsi masih terlihat cantik seperti gadis muda. Walaupun sudah jarang tampil di TV, dia masih sering jadi bintang undangan di berbagai acara dan beberapa siaran di radio.

Itulah khabar karier terkini dari enam artis Sinetron Bawang Merah Bawang Putih. Ada yang jadi fokus pada keluarga, ada yang jadi duta produk, ada yang masih jadi artis, model, dan ada juga yang sering jadi bintang undangan. Tenyata kesemua mereka masih diingati oleh orang ramai kerana keberkesanan lakonan mereka dalam sinetron popular ini.

Sumber : Hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *