Siapa dah tonton filem blockbuster dari Bollywood berjudul Bajrangi Bhaijaan? Dah ke belum? Kalau belum, kena tonton dan please sediakan tisu dulu k.

Selain jalan ceritanya yang menyayat hati, pelakon Salman Khan dan Kareena Kapoor sebagai tunggak utama, ada lagi satu daya penarik yang membuatkan ramai menonton filem ini. Anda tahu, apa dia? Ya, senestinya pelakon cilik bernama Harshaali Malhotra yang bisu dalam filem tersebut. Keletahnya yang bersahaja berjaya memikat hati jutaan peminat bukan sahaja di India,tetapi seluruh dunia.

Pelakon cilik, Harshaali Malhotra mula dikenali dalam bidang lakonan apabila terpilih untuk membawa watak seorang kanak-kanak perempuan yang tidak pandai bercakap iaitu Shahida atau Munni di dalam filem itu.
Difahamkan, kemasyuran bintang paling comel Bollywood, Harshaali Malhotra masih hangat menyinar selepas drpd berlakon dalam filem blockbuster, Bajrangi Bhaijaan tahun lepas dan memikat hati jutaan peminat.

Dalam filem Bajrangi Bhaijaan, pengkritik filem menyifatkan Harshaali sebagai ‘watak utama’ dek lakonannya yang ‘terlalu berkesan’ dan ‘menyamai bakat bintang Bollywood terkenal seperti Salman Khan dan juga Kareena Kapor.

Bajrangi Bhaijaan merupakan ‘debut’ Harshaali ke pentas layar besar walaupun sebelum ini pernah berlakon di dalam drama Qubool Hai, Laut Aao Trisha dan Jodha Akbar.

Salman Khan sendiri mengakui Harshaali ‘membawa tenaga yang menakjubkan’ ketika penggambaran filem Bajrangi Bhaijaan bersama si comel ini.

“Saya betul-betul suka setiap saat yang saya habiskan bekerja dengan Harshaali,” kata Salman Khan.

Dalam filem Bajrangi Bhaijaan, Salman Khan membawa watak lelaki berhati mulia yang cuba menghantar kembali watak Harshaali, seorang kanak-kanak Pakistan untuk keluar dari India.

“Harshaali sangat cantik dan unik. Apa yang beliau lakukan di layar dan belakang layar adalah menakjubkan dan memukau. Saya pasti Harshaali juga adalah kanak-kanak paling cantik dan menawan saya pernah temui,” tambah Salman lagi.

Sebelum Harshaali diterima berlakon dalam filem berkenaan, tenaga produksi mengadakan sesi casting terhadap lebih 5,000 calon. Rezeki Harshaali yang kini berusia 8 tahun juga melimpah ruah selepas pembabitannya dalam Bajrangi dan kini sudah muncul dalam berpuluh-puluh iklan, mendapat tajaan dan menjadi duta pelbagai produk.

Harshaali dilahirkan pada 3 Jun 2008 di Mumbai, India dan selain menjadi pelakon, dia juga merupakan model kanak-kanak. Antara drama lakonannya ada Qubool Hai dan Laut Aao Trisha.

Berikut merupakan fakta menarik mengenai si cantik ini:

1.Merupakan seorang yng pintar.
2.Terpilih antara 5000 peserta ujibakat untuk filem Bajrangi Bhaijaan.
3.Gemar bermain dengan anak patung.
4.Sangat manja dgn Kareena Kapoor.
5.Bercita-cita menjadi seorang ‘superstar’.

Kini setelah 3 tahun berlalu semenjak filem Bajrangi Bhaijaan ditayangkan, Harshaali semakin aktif dalam bidang lakonan dan kini sudah pun menginjak ke usia 10 tahun.

Gambar terkini Harshaali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *