Bila bercerita tentang perkahwinan selebriti, pasti ramai yang suka lihat baju perkahwinan mereka dulu kan. Pasti akan ada macam-macam macam kita ni pereka baju la.

Masakan tidak, rasanya baju perkahwinan memainkan peranan penting buat mereka yang bergelar raja sehari. Tak dinafikan, baju perkahwinan yang cantik akan membuat seseorang tampil memukau dan banyak mata di hari bahagia mereka.

Tak caya? Tengok ni.

Admin belanja untuk korang 20 selebriti yang persis puteri di majlis perkahwinan masing-masing. Mana satu fav chu ols?

1.Izara Aishah

Izara Aishah tampil menawan dengan gaun rekaan Rizman Ruzaini. Gaun rekaan berwarna silver bercirikan moden kontemporari dengan rekaan”cape” ini kelihatan sangat cantik dipadankan dengan mahkota berlian, sesuai dengan tema majlis perkahwinan Izara. Gaun ini turut menjadi perbualan netizen dek kerana konsepnya yang seakan “Snow White” Queen.

2.Anzalna Nasir

The best wedding gown in 2016! Gaun ala barbie ini mula menjadi tular apabila Anzalna memakai gaun tersebut dihari perkahwinannya. Gaun rekaan pereka fesyen terkenal Cosry ini menjadi bualan ramai apabila Anzalna tampil menawan dengan rekaan gaun yang diilhamkan oleh “Barbie Mariposa”. Coraknya yang berwarna warni sangat sesuai dengan tema perkahwinan ala fantasi impian Anzalna Nasir. Sentuhan solekan dan pengayaan rambut pengantin juga sangat sesuai dengan tona warna gaun ini. Tidak hairanlah sekiranya gaun ini menjadi perbualan netizen.

3.Bella Dally

Bella dilihat sinonim dengan gaun jenis cape. Gaun rekaan Rizman Ruzaini ini sesuai dengan imej berhijab Bella dan dia kelihatan sangat manis dan lembut. Bagi Cosmo, kunci untuk memilih rekaan gaun yang sesuai ialah dengan memahami karakter sebenar si pengantin. Rizman Ruzaini nampaknya telah mereka gaun yang menyerlahkan lagi personaliti Bella.

4. Sari Yanti

Warna putih memang sinonim dengan busana perkahwinan. Seperti yang digayakan oleh Sari Yanti di hari pernikahannya dengan Jep Sepahtu. Wanita ini memilih untuk mengenakan busana rekaan Cosry. Busana rona putih ini diserikan dengan kemewahan sulaman dan juga perincian labuci.Leretan layah panjang menyerlahkan lagi keserian ratu sehari ini.

5. Amyra Rosli

Gaun Amyra direka oleh pereka tersohor, Rizman Ruzaini yang berkonsepkan ala Puteri Barbie berwarna coklat berkilauan dipenuhi dengan taburan permata Swarovski dan french lace.

Pada hari perkahwinan mereka, Amyra Rosli tampil dengan gaun perkahwinan yang bertemakan “Black Glam”. Gaun yang berwarna keemasan ini mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal iaitu Rizman Ruzaini. Amyra tampil menawan dengan hiasan mahkota bertatahkan berlian. Sememangnya gaun mewah ini menjadi perbualan netizen kerana rekaannya yang seakan gaun perkahwinan puteri diraja. Gaun ini dihasilkan dari “material” renda Perancis. Solekan tipis dan natural menambahkan lagi gaya eksklusif gaun ini.

6. Syamim Farid

7. Stacy Anam

Mungkin gaun Stacy kelihatan sedikit ambitious pada bahagian train nya. Tetapi sebagai antara selebriti popular Malaysia, Stacy bijak apabila memilih gaun songket moden berwarna coklat keemasan ini. Kami beri empat bintang untuk gaun ini yang lain daripada yang lain.

8.Ummi Nazeera

Sekali lagi busana Ummi menjadi pilihan. Gaun rona hijau zamrud rekaan Fizi Woo ini menyerlahkan gaya mewah dengan tambahan fabrik di belakang menyerlahkan stail seperti gaun kembang. Perletakan sulaman yang tidak menyeluruh juga seolah-olah menyeimbangkan siluet busana yang sudah gah. Memang cantik.

9. Noor Nabila

10. Jihan Muse

Gaun Jihan mengingatkan kami kepada gaun persandingan Datuk Siti Nurhaliza. Rekaan yang kemas, bersih dan kelihatan ringan. Cuma kalau gaun Jihan lebih kembang di bahagian bawah, kami rasa Jihan akan lebih menyerlah.

11. Bella Astillah

Bertemakan English Royalty, Bella kelihatan bak puteri raja. Gaun rekaan Cosry ini tidak menenggelamkan tubuh kecil Bella walaupun sarat dengan rekaan bunga kecil di bahagian pinggang. Gaun Bella membuatkan majlis persandingannya dengan Aliff Aziz tampak lebih gah dan yang penting ia kelihatan tepat di tubuh Bella.

12. Lufya Omar

Gaun pengantin Lufya seperti puteri raja Arab! Berhijab tidak menghalang Lufya untuk mengenakan veil dan memakai gaun kembang di hari persandingan. Gabungan warna emas dan putih krim menaikkan lagi perincian bunga-bunga kecil pada gaun tersebut. Tetapi rekaan seperti ini tidak sesuai untuk yang bertubuh gempal sebab kamu akan kelihatan lebih besar. Jangan risau, Lufya bukan kategori berbadan gempal.

13. Kavita Sidhu

Classy! Gaun Kavita direka hasil gabungannya bersama pereka terkenal, Michael Ong dengan inspirasi idea timur dan barat. Dipenuhi dengan kristal Swarovski, French lace gold dan veil mutiara, Kavita kelihatan sangat cantik.

14. Siti Saleha

Gaun rekaan Nurita Harith ini mendapat perhatian netizen kerana rekaannya yang bercirikan moden kontemporari. Siti Saleha tampil menawan dengan hiasan rambut dan gaya solekan yang cukup lembut sesuai dengan majlis resepsinya yang bertemakan zaman kolonial puteri diraja.

15. Fazura

Majlis Fattah & Fazura merupakan satu majlis penyatuan penuh kontroversi tahun ini. Namun kita tolak perkara tersebut ke tepi, apa yang penulis ingin highlight adalah busana pertunangan ini yang cukup menarik. Gaun rekaan Rizman Ruzaini ini menyerlahkan siluet ala kebaya dengan tambahan ropol dempak di bahagian belakang yang menyuntik aura penuh dramatik. Pemilihan rona ungu lembut juga cukup manis.

16. Indah Ruhaila

Untuk malam resepsi Indah memilih sebuah gaun putih dengan layah yang juga dicipta oleh Seth and Luna.

17. Shila Amzah

18. Yuna

19. Mawar Rashid

Baju malam berinai selebriti Mawar Rashid ini adalah rekaan jenama fesyen Ardaputra. Bagi penulis rekaan busana ini cukup menarik dengan suntikan elemen seperti puteri siam. Pemakaian ‘pending’ di pinggang menyerlahkan kemewahan dan juga rona ungu lembut menyerlahkan stail yang cukup feminin.

20. Elvina Mohamad

Dengan bertemakan fairytale rona unggu, Elvina kelihatan sangat cantik dan berseri-seri diatas pelamin

21. Nonny Nadirah

semasa majlis persandingan, Nonny nampak cukup elegen dengan mengenakan baju dress kembang ala Cinderella rona biru firus.

22. Juliana Evans

She looks like a Grecian goddess. Juliana Evans yang berkahwin dengan ahli kerabat diraja Selangor ini melangsungkan majlis respsi di tepian pantai di Langkawi. Mengenakan busana rekaan Cosry, gaya boatneck ala off shoulder ini memberikan rasa ringkas sesuai dengan tema beach wedding. Namun ia diberikan suntikan dramatik dengan leretan fabrik di bahagian belakang. Dengan tatarias dan gaya rambut menawan, Juliana jelas menyerlahkan pesona seorang puteri

23. Nora Danish

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *