Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff atau nama popularnya, Fauziah Latiff sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi.

Vokalnya yang lunak pernah menjadi igauan, lagu-lagu meledaknya pernah menjadi siulan – antaranya Gubahan Rindu Puisi Syahdu, Di Muara Sepi, Teratai Layu Di Tasik Madu, Apa Sebenarnya, Enggan dan banyak lagi.

Kejelitaannya pula bagai menjadi ekstra tarikan bonus untuk peminat terus melekat kepadanya.

Menerusi perkahwinan dengan bekas suami, Johan Indot, Fauziah Latiff atau lebih mesra disapa Gee dikurniakan dua anak lelaki, Jeffri Joaquim Indot, 19, dan Jeremy Jay Indot, 17.

Ini foto-foto lama mereka ketika bersama Gee di zaman kanak-kanak dan awal remaja.

Dan yang terkini, nampaknya dua anak terunanya ini sudahpun meningkat dewasa.

Inilah foto-foto terbaru mereka (pada tahun lalu) yang berjaya kami peroleh ehsan daripada laman Forum Cari. Jom intai!

Jeffri Joaquim Indot

Jeremy Jay Indot

Silakan SHARE…

Sumber : Forum Cari via Iluminasi

Perjalanan Yang Sangat Indah – Fauziah Latiff Syukur Ibadah Haji Dipermudahkan

Penyanyi Fauziah Latiff melahirkan rasa syukur apabila ibadah Haji yang dikerjakan baru-baru ini dipermudahkan.

Fauziah Latiff menerusi akaun Instagram (IG)nya memberitahu ianya pengalaman yang indah apabila ibadah hajinya dapat dikerjakan dengan sempurna.

Penyanyi lagu Teratai Layu Di Tasik Madu itu turut memuat naik foto terbaharunya yang bertudung litup bersama ibunya.

Fauziah turut mengucap[akan terima kasih kepada semua yang telah mendoakannya sepanjang berada di sana.

Berikut merupakan kapsyen yang ditulis:

“Assalamualaikum dearest sisters&brothers. Alhamdulillah dan shukur utk segala nya. Terima kasih kepada @jadtravel & great team, together with every beloved jemaah brothers&sisters yg saya sayangi dan hormati it was an amazing journey dan dipermudahkan segala nya.. Alhamdulillah. Ameen. Terima kasih tak terhingga kepada semua yg mendoakan utk kami semua during Hj. Doa ku untuk mu jua in Sha allah Hope everyone is doing well and in a good health. Have a pleasant Monday and a week ahead love, Little One,”

Fauziah difahamkan sudah berangkat pulang selepas bertolak ke tanah suci pada 26 Ogos lalu.

Penyanyi itu mengerjakan umrah ditemani ibunya, Ngasiah Ahmad.

Sumber: gempak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *