Mana tidak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Itulah yang MH boleh katakan bila terlihat sebuah video yang dimuat naik oleh Raja Azura atau lebih dikenali sebagai kak Engku bercerita tentang puteri kesayangannya yang kini semakin meningkat dewasa.

Cepat betul masa berlalu, dalam diam anak-anaknya semakin membesar dan semakin elok pula!

Terutamanya anak gadis Kak Engku Puteri Mia Maizura yang lebih dikenali dengan panggilan Mia di Instagramnya.

Amboi bukan main cun melecun anak gadis Kak Engku ni, sekali pandang teringat zaman Kak Engku muda-muda dulu. Okay, tak nak cakap banyak, korang tengok sendiri wajah terkini anak pengacara popular ini…

Sumber:MH

KAK ENGKU UTAMAKAN ANAK-ANAK, TOLAK LAMARAN
Bergelar ibu tunggal bukanlah sesuatu yang mudah. Hakikat ini harus diterima oleh Raja Azura atau lebih mesra dengan panggilan Kak Engku dalam membesarkan anak-anaknya.

Bukan tiada yang masuk meminang, namun Kak Engku tak mahu tangkap jarang kerana bukan mudah untuk orang di luar sana memahami apa yang diperlukan wanita sepertinya. Katanya, dia tidak hanya boleh hidup dengan cinta tetapi kejayaan anak-anak adalah fokus utama ketika ini.

“Buat masa sekarang, jawapan saya adalah ‘tidak’ kepada mana-mana lamaran. Baik daripada bekas suami atau orang luar, saya tidak terima. Pada masa depan saya tidak tahu, tetapi inilah jawapan saya sekarang.

“Jika ada yang membayangkan wanita semuanya sama, tidak sama sekali pada saya. Saya lebih senang memberi fokus kepada suatu perkara dalam suatu masa. Kini fokus utama saya adalah untuk melihat anak-anak berjaya. Selagi impian itu belum tercapai tidak mampu untuk saya fikir perkara lain,” ujarnya dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Kak Engku menasihati mereka yang berhajat meminangnya agar jangan hanya terima yang baik tentang dirinya sahaja, tetapi terima yang buruk dahulu.

“Pinta saya kepada mereka yang cuba mendekati diri ini, kaji buruk. Mereka kena faham, jika saya terlalu baik, maka tidak akan berlaku perceraian antara saya dan bekas suami.

Sumber:Myartis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *