Dikhabarkan pelakon Nora Danish kini sedang berbahagia dengan kehadiran orang baru Mac lalu.

Jika dilihat dalam Instagram akaun miliknya, Nora dan suaminya Nedim tak sabar sentiasa memuat naik keluarga bahagia mereka dengan kehadiran Mohamed Neyqal.

Biawak Air Masuk Kolam Renang
Namun disebalik saat-saat menunggu waktu bersalin, siapa sangka kediaman Nora dimasuki tetamu yang tidak di undang. Saat dia tengah sarat mengandung ini, Nora dikejutkan dengan seekor biawak memasuki kolam renang di kediamanya. Petanda apakah ini?

Biawak berwarna hitam gelap itu kelihatan berenang-renang di dasar kolam renang. Menakutkan! Kemunculan reptilia berukuran dua setengah meter panjang itu berjaya dikeluarkan dengan bantuan rakan Nora di rumah.

Jika diamati secara dekat haiwan reptilia ini dipanggil biawak air. Biawak air adalah haiwan yang takut dengan manusia tapi mampu menjadi garang apabila habitatnya diganggu. Dalam video itu, Nora berkata dia tidak mahu masuk ke kolam renang itu selagi airnya ditukar sepenuhnya.

Jadi kepada sesiapa yang yang bercadang mahukan kolam renang di rumah, anda akan berdepan dengan risiko sebegini. Nasib baik biawak, kalau haiwan lain yang lebih berbisa, macam mana?

Sumber : Hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *