Percutian pasangan popular Jep Sepahtu dan Sari Yanti telah menarik perhatian ramai. Sepanjang bercuti ke Maldives, pasangan merpati dua sejoli itu sering memuat naik gambar di Instagram mereka.

Baru-baru ini, di Instagram Jep Sepahtu ada berkongsikan satu video dia memberi seekor burung kakak tua makan. Aksi Jep itu telah menarik perhatian netizen dengan kapsyen, “Bird old sister (Burung kakak tua)”

Namun peminat tertarik pada selipar Gucci yang dipakai oleh Jep dalam video tersebut, dan telah menjadi cakap-cakap netizen.

Jep dah level Aliff Syukri weh!
Rata-rata peminat telah meninggalkan komen pada posting tersebut. Ada yang meneka harga kasut yang dipakai Jep Sepahtu dan mengusik Jep yang dikatakan sudah sama taraf seperti Datuk Aliff Syukri.

Namun begitu, peminat juga turut terhibur dengan kapsyen daripada Jep Sepahtu pada posting tersebut.

Aku ralit tengok selipar Gucci jep

Sumber : IG Jepsepahtu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *