Bercakap mengenai drama bersiri Gerak Khas, kami percaya ianya begitu dekat di hati kebanyakan daripada anda. Manakan tidak, drama yang ditayangkan sejak tahun 1999 ini masih lagi bertahan sehingga ke hari ini malah ada diantara wataknya masih lagi dikekalkan meskipun para pelakon bersilih ganti.

Supt Haris Dan ASP Aleeza Bakal Kembali
Kini selepas 19 tahun ditayangkan, Gerak Khas yang dibarisi oleh pengarahnya sendiri, Datuk Yusof Haslam, Syamsul Yusof, Erra Fazira dan ramai lagi turut memberi satu lagi khabar baru buat peminat drama ini. Norman Hakim yang memegang watak sebagai Supt. Haris dikatakan akan kembali dalam drama bersiri anggota Polis yang terkenal ini.

Norman yang mula berlakon dalam Gerak Khas sejak musim keempat akan kembali berlakon dalam drama ini tidak lama lagi. Lebih menggembirakan, Norman turut memberi bayangan bahawa ASP Aleeza yang dilakonkan oleh Abby Abadi juga khabarnya akan kembali.

Peminat Teruja
Melihatkan pada perkongsian Norman itu di Instagram nya, rata-rata peminat menyambut baik pada perkhabaran tersebut malah begitu teruja apabila mendapat tahu dua pelakon utama drama ini suatu ketika dahulu bakal kembali.

Malah Abby menerusi di Instagram nya juga telah memuat naik beberapa posting seakan petunjuk bahawa dia bakal muncul kembali dalam Gerak Khas. Ada yang merindui Abby untuk berlakon?

komen netizen:

sumber: Hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *