Salam semua. Hide profile aku. Aku kat sini nak share dan mintak pendapat korang semua. Aku tak ada masalah rumahtangga sangat cuma masalah kewangan je banyak, haha. Rasanya semua orang pon ada kan so, itu bukan point yang aku nak cerita harini. Suami aku ni seorang yang baik sangat. Rajin masak, rajin kemas rumah, rajin jaga anak.

Memang bab tanggungjawab tu boleh puji. Tapi ada satu sejenis perangai dia yang selalu buat aku geeram dan boleh buat gaduh tau. Dia seorang yang pendiam, jenis suka buat relaks selamba rock badak. Aku pon tak tahu nak explain macam mana. Tapi kalau korang kat tempat aku mesti korang pon stress. Ada satu kejadian yang membuatkan aku geram sangat2 sampai buatkan aku keluarkan kata kata yang mengguris hati dia. Cuba korang nilai aku ke dia yang salah dalam hal ni.

Haritu aku ajak dia pergi kedai eco rm2. Dia bagi aku rm50. Aku pergi beli sorang, dia jaga anak dalam kereta. Pastu tengah pilih2 barang, tengok2 dia masuk jugak dalam kedai. Dia pon amek jugak la 2 3 barang. Aku bagitahu dia, abang, rasa macam tak cukup ni 50ringgit. Abang jangan pergi jauh2, nanti nak bayar senang mintak duit kalau tak cukup. Tapi dia dengan muka yang aku tak tahu dia paham ke tak apa aku cakap dia pergi kejar anak aku yang tengah lincah berlari.

Aku pon beratur la. Panjang gila kena beratur, korang paham2 la kedai eco ni macam mana. Masa tengah beratur aku bagi isyarat mintak duit. Masa tu dia tengah layan anak main mainan yang masuk syiling tu tapi buat tak tahu je kat aku jadi aku ingat nanti bila dah sampai turn aku, dia datang la. Okay dah sampai turn aku, dia pon datang dengan muka relaks selamba. Cashier tu kira tengok2 tak cukup lagi 5ringgit sbb aku ada 50 je. Aku mintak la nak lagi 5rgt.

Korang tahu dia cakap apa? Dia kata beg dia ada dalam kereta. Ya Allah aku geram gila, geram sangat2. Dah la ramai orang tengah tunggu nak bayar, dia bole buat relaks buat selamba je macam takde pape. Aku dah banyak kali cakap tak cukup 50 rgt ni. Ingatkan dia ada duit dengan dia sebab tu dia buat relaks je. Dia pon jalan la dengan selamba rock badak pergi ambil duit dalam kereta. Muka dia tu macam takde perasaan bersalah langsung. Orang tengah tunggu ramai ni, dia boleh buat slow motion je.

Korang rasa kalau kat tempat aku korang geram tak? Lepastu sampai dalam kereta pon dia senyap je macam takde pape yang berlaku. Aku tanya dia kenapa dia buat tak tahu je bila aku cakap ngn dia tadi. Dia diam je buat tak tahu. Lagi la aku tambah geram,aku pon pokpek2 berleter dalam kereta sampai la aku cakap yang aku hidup susah ni sebab kahwin dengan dia la. Nampak muka dia terkejut dan sedih tapi dia still senyap.

Aku sebenarnya takde niat pon nak cakap macamtu, aku tak kisah pon hidup susah dengan dia, tapi sebab geram je dan dia tak mintak maaf,lagi la mulut aku ni menjadi2. Biasa la perempuan kan. Lastly, aku cakap kat dia aku taknak cakap dengan dia dah, aku pon nak diam jugak biar dia rasa macam mana cakap dengan tunggul kayu. Dia pergi kerja tadi pon aku tak salam.

Dia tanya jugak ibu taknak salam ayah ke? Aku buat tak tahu je. Persoalannya dekat sini,salah ke apa yang aku buat ni? Aku kena mintak maaf dulu ke tunggu dia mintak maaf dulu. Aku geram tapi aku tak boleh kalau tak cakap lama2. Tapi kalau aku mintak maaf dulu, nanti dia tak sedar salah dia dan dia buat lagi dan lagi. Stress. Tolong bagi pendapat dan nasihat sikit kat aku ni macam mana nak handle orang pendiam gini.

Sumber : utusan kami power

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *