Industri hiburan di negara kita mempunyai ramai artis-artis yang berbakat besar dan industri ini juga tidak putus-putus melahirkan anak seni tidak kira golongan umur.

Tapi korang tahu tak yang ada di antara artis-artis di negara kita ini yang mempunyai ‘bau-bau bacang’ atau pertalian darah sesama artis?

Ok jom MH kongsikan dengan korang lapan orang selebriti yang mempunyai pertalian darah.

1. Datin Eina Azman anak saudara kepada Juliza Adzlizan

2. Datuk Rosyam Nor sepupu kepada Faizal Hussein

3. Scha Alyahya anak saudara kepada Sheril Aida

4. Ernie Zakri anak saudara kepada Anuar Zain

5. Johan Raja Lawak anak saudara kepada Salih Yaacob

Sumber: http://www.mediahiburan.my

4 Selebriti Hadiahkan Kereta Mewah Buat Ibu & Ayah Tercinta!! Rupa-rupanya No.4 Dah 2 Kali Bagi!
Wah nampaknya sejak akhir-akhir ini ramai selebriti yang mengambil peluang menghadiahkan insan tersayang terutamanya ibu bapa dengan sebuah kereta.

MH akui sungguh terharu dan tumpang gembira melihat keikhlasan para selebriti ini memberi ganjaran buat ibu bapa mereka apabila mempunyai kesempatan seperti ini.

Terbaru MH ada melihat Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ada menghadiahkan kereta pada ayah Hairul.
Nah, ini dia antara selebriti yang telah menghadiahkan kereta khas buat ibu dan ayah tercinta!

1. Fattah Amin

Kereta Peugeot 408 e-THP Bernilai Rm150k

KUALA LUMPUR: Pengantin baharu, Fattah Amin, 27, yang merangkul trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 menerima hadiah kereta Peugeot 408 e-THP sebagai ganjaran kemenangannya di Balai Berita, di sini, hari ini.

Umpama hadiah perkahwinannya bersama pelakon, Nur Fazura Sharifuddin, di ibu negara, semalam, Fattah menerima kereta sedan premium bernilai RM150,000 itu daripada Pengurus Besar Kanan Nasim Sdn Bhd, Yasser Awan, dengan disaksikan Pengarang Eksekutif Berita, Rencana dan Digital BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Menurut pelakon Hero Seorang Cinderella itu, kenderaan berkenaan akan diberikan kepada ibu bapanya, Mohd Amin Muda, 50, dan Azizah Abdul Ghani, 47, yang turut hadir memeriahkan majlis terbabit.

Fattah juga berkata, hadiah kemenangannya itu adalah hasil sokongan peminat yang tidak berbelah bagi sejak awal menceburi industri seni hinggalah dirinya bergelar Bintang Paling Popular.

“Tanpa sokongan ramai, saya tidak mungkin berada di sini, malah selain keluarga, peminat antara tonggak yang menguatkan semangat saya untuk terus memberikan yang terbaik,” katanya.

Hadir sama, Pengarang Hiburan BH merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 3.0, Shamshul Azree Samshir dan Pengurus Besar Pemasaran The New Straits Times Press (NSTP), Farah Ezrin Mohd Mohd Rashidi.

Terdahulu, malam kemuncak ABPBH 3.0 yang disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 14 Mei lalu, merekodkan lebih 15 juta capaian dalam pelbagai platform.

2. Shuib & Siti Sarah

Beberapa bulan yang lalu, pelawak terkenal, Shuib dalam laman Instagramnya ada memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan dia, dan isterinya Siti Sarah bersama ibunya dengan sebuah kereta yang dihias indah belon.

Difahamkan Shuib menghadiahkan sebuah kereta berwarna putih itu kepada ibunya sempena hari jadi wanita berkenaan pada 8 Disember yang lalu.

3. Janna Nick

PELAKON Janna Nick, 23, membuat kejutan dengan menghadiahkan ibunya kereta mewah Mercedes-Benz CLA 200 yang dianggarkan bernilai lebih RM230,000.

Pelakon dan penyanyi, Janna Nick, membuat kejutan dengan menghadiahkan ibunya sebuah kereta mewah sempena ulang tahun kelahiran ke-44 wanita itu, malam tadi.

Katanya, rezeki tidak putus yang diterima sepanjang tahun lalu adalah berkat doa keluarga dan peminat, sekali gus ingin berkongsi nikmat terbabit bersama insan paling istimewa dalam hidupnya.
“Hadiah ini tidak seberapa jika dibandingkan jasa dan pengorbanan mak menjaga kami adik-beradik tanpa mengharapkan sebarang balasan. Ia tanda terima kasih saya kepadanya.

“Tanpa restu dan sokongan mak yang sentiasa berada di belakang saya walau pada waktu sukar mahu pun senang, membolehkan saya terus melangkah jitu di arena seni ini,” katanya kepada BH.

Menerusi perkongsian video berdurasi 59 saat itu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Janna Muner, 23, dalam nada sebak meluahkan penghargaan serta ucapan khas buat wanita istimewa dalam hidupnya, yang dikenali sebagai Shasha atau Mama Scha.

“Tiada perkara lain yang mampu membuatkan saya gembira selain melihat kebahagiaan dan kegembiraan insan yang paling saya sayang.

“Apa saja yang Angah buat dalam dunia ini semuanya adalah untuk mak, bukan untuk orang lain atau sesiapa pun sebab Angah sayangkan mak.

“Angah tak tahu apa yang Angah nak buat dalam dunia ini kalau mak tiada. Semoga mak gembira selalu, panjang umur dan sihat sentiasa,” katanya menerusi video di Instagram.

Perkongsiannya itu mengundang maklum balas lebih 1,100 komen dan video terbabit juga ditonton lebih 566,000 kali.

Terdahulu, adik Janna, Nurul Balqis, 15, dilihat menyerahkan kunci kereta kepada ibu mereka yang tampak terkejut dan menitiskan air mata saat menerima hadiah berkenaan.

Daripada video terbabit, jelas kelihatan kereta mewah rona hitam itu dihiasi riben kuning gergasi pada pemegang pintu bahagian penumpang di sebelah pemandu.

Rata-rata peminat turut mengucapkan selamat hari jadi kepada wanita berkenaan, selain memuji kejelitaannya.

4. Hairul Azreen & Hanis Zalikha

Selain kerete diatas hairul juga pernah hadiahkan kereta dibawah

“Terima kasih mak abah”

Sweet kan Hairul bagi hadiah kat mak dia? Bagi Hairul hadiah yang diberi ni pun takkan terbanding pengorbanan ibu menjaga Hairul dari kecil ke besar.

Hadiah terakhir sebelum saya kahwin kepada mak tercinta, terima kasih mak abah jaga Fendi dgn baik selama 27tahun ini tak terbalas jasa & pengorbanan mak abah #SayaHanyaPerlukanDoaMakAbah @habsahdesa

Sumber: BH,Sinar,UTUSAN

Kredit : https://kisahrumahtangga.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *