Bagi mereka yang selalu suka menonton kartun dan drama-drama bersiri di Astro Ceria, pasti anda pernah tonton drama komedi Elly & Epit. Drama tersebut telah berlangsung pada 2011 (Siri 1) dan 2013 (Siri 2) dan dibintangi oleh pelakon cilik Afeiq Shazwan, Sweet Qismina, Abdul Hadi, Dayana dan Raykarl selain dibantu oleh Johan Raja Lawak.

Selepas drama tersebut tamat, kelima-lima pelakon ini membawa haluan masing-masing kerana mahu menimba ilmu di peringkat sekolah menengah dan seterusnya. Namun mereka masih lagi berhubung antara satu sama lain. Dan berita yang paling mengejutkan adalah dua daripada mereka, iaitu Hadi dan Dayana telah pun mengikat tali pertunangan baru-baru ini.

Abdul Hadi

Dayana

Hadi adalah peserta Idola Kecil 3 manakala Dayana adalah juara bagi pertandingan Idola Kecil 2. Kedua-dua mereka kemudian ditemukan sebagai pelakon pembantu dalam drama bersiri komedi ini sebagai ‘Hujan’ dan ‘Diana’. Beberapa tahun kemudian, kedua-dua mereka mula menunjukkan kematangan masing-masing dan mendekati agama juga.

Dan pada tarikh keramat 11/11/2018 yang lalu, keluarga Hadi telah masuk meminang Dayana setelah dipersetujui pihak kedua-dua belah keluarga.

Sekitar Majlis Pertunangan Hadi dan Dayana

Dalam pada itu, ibu Hadi sendiri yang amat gembira dengan pilihan hati anaknya telah memuat naik foto dan video sepanjang majlis di laman Facebook miliknya. Selain itu, dia turut meletakkan sedikit butiran perjalanan hidup pasangan ini dari kecil sehingga ke hari pertunangan ini.

Tiada siapa menjangka pertemuan mereka berakhir dengan pertunangan

Akan diijabkabulkan pada 16/6/2019

Tidak ketinggalan, berita gembira ini turut dimaklumkan di laman Twitter milik kakak Dayana dan mula diketahui ramai netizen.

Tak sangka langsung yang Hujan suka Diana tu betul betul jadi

Rata-rata netizen tumpang gembira dan amat terkejut dengan berita pertunangan pasangan ‘Hujan’ dan ‘Diana’ ini.

Kenal dari kecik pastu tunang…sweetnya

Cutenya!

Wow ingatkan dalam cerita je sekali jadi betol2

Dayana dengan Hadi? OMG!

Tak sangka betul…tu lah kalau dah jodoh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: FB Anggraini Agam DrAya & Twitter dayiniamerdaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *