Isteri kepada usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Shahida hari ini berlepas ke tanah suci untuk menunaikan ibadah umrah.

Datin Shahida turut membawa anak bongsunya, Yusof Alqardawi bersama. Ibu dan ayah Datin Shahida turut bersama-sama anak kesayangan mereka pergi menunaikan umrah.

Setelah beberapa kontroversi melanda baru-baru ini, mungkin Datin Shahida pergi ke sana untuk menenangkan fikiran dan hati selain mendekatkan diri dengan yang Maha Pencipta.

Menerusi akaun instagram, Datuk Aliff berkongsi gambar keluarganya di KLIA sebelum Datin Shahida berlepas.

“Semoga selamat semuanya.. doakan sy pulak ada rezki kesana..”

Datin Shahida turut berkongsi gambar bersama anaknya, Yusof Alqardawi :

“Alhamdulillah…. tahun lepas yusoff dalam perut waktu mama buat umrah, tahun ni pun yusoff ikut mama juga pergi…

Bermusafir lah kita hari ni @yusoffalqardawi .. Doakan kami selamat pergi dan pulang dan dikurniakan umrah yg mabrur….”

Datin Shahida turut memuatnaik rakaman video perpisahan dengan keluarganya semasa di KLIA menerusi akaun instagram miliknya yang kembali aktif beberapa hari yang lalu.

Video perkongsian Datin Shahida membuatkan ramai netizen yang sebak menonton Datin Shahida memeluk anak-anaknya sebelum meningggalkan mereka.

Paling sedih bila anaknya Ibraheem Adham atau lebih dikenali dengan nama Baem memeluk erat ibunya seperti tidak mahu dilepaskan. Part ini memang boleh buat sesiapa saja menonton mengalirkan air mata.

Namun begitu, Datin Shahida nampak ‘steady’ sahaja, mungkin dalam hati sedih ingin berpisah dengan suami dan anak-anak selama dua minggu, tetapi beliau tidak mahu tunjukkan kesedihan itu di hadapan mereka.

Datin Shahida turut sempat memohon kemaafan atas semua kekhilafannya dengan suaminya. Datuk Aliff. Apa yang menariknya Datin Shahida turut berpesan sesuatu kepada Datuk Aliff sebelum pergi.

“Jauhkan kontroversi, tingkatkan prestasi..”

Alahai sempat lagi Datin Shahida nak bergurau dengan Datuk Aliff. Tapi pesanan Datin Shahida itu ada betulnya. Beliau mungkin tidak mahu melihat dan mendengar suaminya dikeccam lagi selepas ini.

Jom baca perkongsian Datin Shahida dan tonton video penuh di bawah :

“Part paling susah bila nak tinggal anak…. @aliffsyukriterlajaklaris jgn lupa ya tgk homework anak tu… jgn tik tok je 24 jam..”

Rata-rata netizen sebak menonton video ini. Antara komen-komen netizen :

– Untung dapat bini mcm datin ini baik , sopan santun lemah lembut seorang mama yg baik , isteri yg baik rasa bersyukur saya dapat isteri macam datin ini. Semoga Allah S.W.T permudahkan urusan datin amin. amin..

– Assalamualaikum Dtin slmt menjalani ibadat umrah semuga mndpt umrh yg mabrur. Tlg sampaikan salm Assalamualaika ya rasulullah pd junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Semuga ada rezeki sy seklurga ke sana lagi. Aamiin..

– Huhuu mmg xleh tngok drama2 gini baik drama di tv apatah lgi yg real mcmni mudah nk brguguran mutiara. Semoga diprmudahkn segalanya..

– Terelnye la datin.. x nangis langsung. Kalau sy anak2 peluk gitu dah banjiir klia tu. Haha..

– Sebaknyer tgok… semoga Allah permudahkan perjalanan datin Dan si comey….

– Sedihnyee.. semoga mendapat umrah mabrur..

– Ank mcm mana pun x nak jauh dgn ibunya.. mcm tu jgk ibu..

– Sedih pulak saya tengok video ni. Semoga selamat pergi Dan balik datin @shahidadherbs..

Kami mendoakan semoga urusan Datin Shahida di tanah suci nanti dipermudahkan. Semoga mendapat umrah yang mabrur. Aminnn..

“Bukan Sebab Merajuk, Isteri Yang Larang Saya Pergi”

“Saya memang nak pergi, namun pihak pengurusan iaitu isteri dan konsultan yang lain menasihatkan supaya saya tidak datang. Ketiadaan saya di GV semalam bukan disebabkan saya merajuk, sebaliknya saya hanya mengikut arahan daripada pihak pengurusan.

“Untuk konsert final, saya akan ikut apa kata pengurusan saya. Kalau isteri benarkan saya pergi, barulah saya akan pergi,” katanya kepada KopiPlanet.com

Baru saja mengadakan majlis penyerahan zakat, bagaimanapun Aliff menafikan majlis itu dibuat hanya kerana untuk menutup isu hangat yang terjadi kepada dirinya. Katanya lagi, majlis seperti itu sudah dilakukan oleh syarikatnya sejak enam tahun lalu.

“Saya buat persiapan untuk majlis ini sudah lama, bukan disebabkan nak tutup kontroversi minggu lepas kalau itu yang didakwa oleh netizen.

“Tujuan saya adakan majlis ini bukan sebab nak tunjuk riak atau apa. Memang saya sudah lakukan perkara sebegini sejak enam tahun lalu di samping memberikan sumbangan wang dan barangan persekolahan kepada para pelajar terpilih,” ujarnya.

Terdahulu, Aliff dihentam teruk kerana memanggil seorang hadirin dengan gelaran wanita hodoh. Tindakannya itu menerima kecaman ramai bukan saja dari netizen malah beberapa selebriti tempatan. Bagaimanapun, Aliff sudah pun membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi akuan Instagram miliknya.

Silakan SHARE…

Sumber dari Ajinomoto

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *