Selebriti terkenal Uqasha Senrose mendedahkan dia telah menerima mesej daripada seorang lelaki yang sudah berkahwin.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di Insta Stories akaun Instagram miliknya.

Dalam kiriman mesej tersebut, individu itu memberitahu Uqasha sering hadir ke dalam mimpinya namun bukan sebagai perkara yang tidak baik.

Lelaki tersebut mengaku dirinya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak kepada Uqasha supaya tidak berlaku salah faham.

Disebabkan naluri hatinya, individu itu bertindak berterus terang dengan memberitahu dia ingin berkenalan tanpa niat tersembunyi ataupun ingin berkahwin sekali lagi.

Lelaki itu juga mengaku dia mempunyai perasaan sayang terhadap Uqasha namun niatnya hanya untuk berkenalan sahaja.

Kiriman mesej itu telah dihantar kepada Uqasha pada hari Selasa yang lalu dengan tidak mendedahkan siapa individu tersebut.

Uqasha mula aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2010 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam filem serta drama tempatan.

Sumber: astro gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *