Pelanduk dua serupa, istilah bagi dua individu yang tidak mempunyai pertalian darah tetapi memiliki wajah dan paras rupa seakan.
Pasti teruja bukan apabila mengetahui ada orang lain yang seiras dengan kita. Apatah lagi jika mereka itu pelanduk dua serupa kepada artis popular mahupun insan-insan terkenal!

Kenali lima Instafamous atau Influencer yang memiliki wajah seiras selebriti tempatan.
Bagaimanapun di antara lima ini, rasanya Nazira Nazrin dan Nora Danish yang paling seiras sehinggakan sukar untuk membezakan wajah mereka.

Sementara empat pasangan pelanduk dua serupa yang lain adalah Nur Syazana Romli mirip aktres, Fazura Sharifuddin, Hawa Rizwana – Neelofa, Intan Hanifiah – Betty Rahmat dan Mysara Muhd – Izara Aishah.
Kalau tak percaya, jom baca artikel ini.

1. Neelofa dan Hawa

Bentuk muka comel dan stail mereka berpakaian hampir sama. Kalau ada pun yang membezakan hanyalah bentuk hidung dan lesung pipit yang tidak dipunyai Hawa.

Hawa Rupa-rupanya Anak Kepada Personalitibtv Terkenal Di Malaysia..Kenali lebih dekat Pasangan Seiras Neelofa, Hawa. Sila Baca Artikel Seterusnya Di bawah.

Foto : Instagram Neelofa & Hawa

2. Fazura dan Nur Syazana

Sekali pandang, Fazura dan Nur Syazana nampak macam pasangan adik-beradik seiras wajah kerana kedua-dua mereka memiliki raut wajah yang kecil, bermata redup, berbibir mungil dan paling sama, susunan dan bentuk gigi mereka yang cantik.
Foto : Instagram Fazura & Syazana

3) Nora Danish dan Nazira Nazrin

MasyaAllah, susah hendak mencari perbezaan antara mereka. Dari bentuk kening, mata, hidung dan bibir, apatah lagi bila melihat foto Nora Danish bertudung ini, dia dan Nazira memang nampak macam kembar seiras!
Foto : Instagram Nora Danish & Nazira

4) Izara Aishah dan Mysara

Pasti seronok bukan kalau dilahirkan dengan wajah secantik Izara Aishah yang persis wanita Sepanyol dan Bollywood? Untungnya Mysara kerana wajahnya yang dikatakan seperti aktres berbakat itu, gadis ini menerima banyak peluang keemasan dalam bidang lakonan, peragaan selain diundang menghadiri majlis jenama-jenama terkenal.
Foto : Instagram Izara Aisyah & Mysara

5) Betty Rahmat dan Intan Hanifiah

Susuk tubuh tinggi lampai, potongan badan menggiurkan, struktur wajah hampir sama, berkulit sawo matang dan berambut hitam lebat, memang ramai yang menyapa Intan Hanifiah sebagai Betty setiap kali gadis ini kemana-mana. Bukan setakat paras rupa saja yang sama malah nada suara husky selain kedua-duanya berbakat dalam nyanyian.
Foto : Instagram Betty Rahmat & Intan Hanifiah

Sumber : www.hijabnheels.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *