Wah tak sangka MH selain berlakon, menyanyi rupa-rupanya artis-artis ini pandai juga melukis.

Ye lah kalau dah ada darah seni yang mengalir di badan pasti banyak lagi ilmu seni yang dimiliki kan.

Nak tahu siapa artis-artis pandai melukis yang MH maksudkan? Ok jom MH share dengan korang lima artis Malaysia yang ada bakat melukis!

1. Emma Maembong

MUNGKIN ada yang tidak tahu, aktres cantik Emma Maembong amat pandai melukis. Menurut Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, sebelum bergelar artis dia selalu melukis dan genre lukisan yang selalu diakrabinya adalah lukisan jenis animasi dan potret.

Tidak syak lagi, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Darah seni dan kepandaian melukis itu sebenarnya datang daripada ayahnya, Ismail Maembong, pelukis profesional terkenal negara.

2. M. Nasir

Lama sebelum lelaki kelahiran Singapura ini terlibat dalam dunia hiburan, beliau adalah seorang pelukis dan belajar di Nanyang School of Fine Art.

Bercakap mengenai Tanda yang menjadi tema pameran lukisannya, M.Nasir menjelaskan tanda menceritakan tentang perjalanan yang terdapat kesan atau tanda yang ditinggalkan untuk masyarakat hari ini atau masyarakat akan datang.

Beliau mengalu-alukan kritikan terhadap lukisan yang dihasilkan tetapi berharap peminat seni tampak tidak mengaitkan ia dengan dunia hiburan yang disertainya.

3. Imuda

Kebanyakan karya kartun Imuda bersifat loose dan joke dengan sedikit slapstick.
Selepas bergelar kartunis popular, pada pertengahan 1980-an, Imuda mula belajar teknik melukis melalui buku.
Selama tiga tahun dia cuba mendalami teknik lukisan menggunakan akrilik dan pensil warna, tanpa ada guru yang mengajarnya.

4. Zul Handyblack

5. Tiz Zaqyah

Tidak disangka-sangka sebenarnya Tiz Zaqyah yang popular dengan Drama Nur Kasih ini mempunyai bakat yang sangat besar dalam bidang seni. Kata orang seni itu pelbagai dan dipecahkan oleh beberapa jenis seni.

Walaupun Tiz Zaqyah berbakat dalam bidang lakonan tetapi dalam bidang seni lukis juga sebenarnya dia berbakat. Sememangnya bakat adalah satu anugerah yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia. Mungkin artis lain berbakat dalam bidang seni lakonan tetapi dalam bidang seni lukis belum tentu dia berbakat.

Sumber : Mediahiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *