Foto sekadar hiasan.

Aku seorang suami dan bapa kepada 2 orang anak. Usia aku baru 29 tahun. Yang aku nak ceritakan ni bukan berkenaan isteri or anak aku. Ni tentang diri aku sendiri. Masalah yang aku sedang nak cipta. Aku mempunyai isteri yang cukup sempurna di mata aku. cantik, pandai jaga rumahtangga walaupun dia isteri yang bekerja. Makan minum dan pakaian aku cukup terjaga.

Cuma masalah sekarang ni diri aku. Aku tak tahu nak mulakan dari mana. Semuanya terjadi sejak November 2016 yang lepas. Aku berjumpa balik dengan kawan-kawan lama aku. Kawan-kawan aku yang hampir 7 tahun aku lost contact dengan diaorang. Itupun terserempak dengan cara tidak sengaja. Ada 5 orang semuanya. 3 orang masih bujang dan lagi 2 dah bernikah macam aku.

Kisah aku bermula apabila salah seorang kawan aku yang bernikah, aku gelarkan dia Haikal jelah ye, perkenalkan isteri dia kepada kitaorang. Kitaorang terkejut Sebab Haikal kenal isteri dia melalui cara yang sama dia kenal aku. Lupa aku nak bagitahu, kami semua kenal melalui MIRC. Mesti ada yang familiar kan dengan nama tu kan. Mula-mula tak ada apa yang jadi pun masa first time kitaorg lepak. Namun lama kelamaan, aku rasa sesuatu yang pelik jadi pada aku. Aku jadi resah gelisah bila tak jumpa dengan isteri Haikal. Yelah. Korang bayangkan, hampir setiap hari kitaorang jumpa dan lepak sama-sama.

Aku pernah tanya Haikal, kenapa dia perlu bawak isteri dia setiap kali kitaorang lepak. Haikal jawab, dia kesian isteri dia sorang diri dekat rumah. Mesti bosan. Jadi, korang bayangkan, setiap kali kitaorang lepak, isteri Haikal ada. Kalau seminggu lepak hampir setiap malam, setiap malam jugak lah aku bertemu isteri Haikal.

Ok Aku ceritakan sedikit ciri-ciri isteri Haikal. Orangnya rendah dan kecik sangat. Comellah kiranya. Aku rasa kira tinggi dia kurang 150cm kot. Badan dia pun kecik je. Orangnya talkative dan peramah. Dia boleh masuk kepala gila-gila kitaorang. Cuma tak ada lah kitaorang bergurau lebih-lebih sebab dia tetap isteri Haikal. Mata isteri Haikal ni redup je. Memang sekali pandang, rasa tenang je tengok muka dia. Muka dia aku kategorikan sebagai natural beauty sebab dia memang tak pernah bersolek sepanjang kitaorang lepak. Even bedak pun tak pernah pakai. Aku tahu sebab aku nampak dia kerap cuci muka.

Aku sedar perasaan aku lain masa kitaorang pergi pusat karaoke. Dia nyanyikan lagu kegemaran aku. lagu Siti Nurhaliza (Kau Kekasihku). Masa dia nyanyi tu memang dia pandang je muka Haikal. Aku tahu diaorang memang pasangan yang romantik. Tapi aku tak tahu, kenapa aku tiba-tiba rasa sakit hati bila tengok diaorang. Aku cemburu. Untuk pengetahuan, aku ada ambil gambar isteri Haikal secara curi-curi. Aku simpan jadikan wallpaper untuk hp aku yang satu lagi. Handphone yang aku letak dalam pejabat saja.

Aku sampai suruh Haikal invite bini dia masuk group whatsapp kitaorang. Yelah, sebab dia pun chatters. Kawan-kawan yang lain pun tak kisah. Kitaorang makin kerap lepak. Kadang tu, sampai Subuh. Pernah satu ketika, Haikal buat plan nak buat majlis anniversary dia dekat Pulau Perhentian. Aku boleh kata, jom. Aku boleh bawak anak isteri aku pergi sana. Diaorang tak pernah pergi situ. Haikal pun jawab, okay gak kan. Leh aku buat party terus. Masa tu, aku happy sangat-sangat. Sebabnya aku akan jumpa dia lagi.

Hubungan aku dengan isteri aku tetap macam biasa. Tetap happy family. Tapi hati aku ni, macam jatuh cinta semula pulak. Boleh dikatakan aku rindu dengan bini Haikal. Rindu nak dengar suara dia, tawa dia, rindu nak tatap mata redup dia. Semua apa yang ada pada diri dia aku rindu. Untuk makluman semua, aku nikah dengan isteri aku bukan kerana sebab cinta. Tapi kitaorang ditangkap khalwat. Aku Diperangkap oleh abang aku (bekas pakwe isteri aku).

Untuk pengetahuan, ini kali pertama aku jatuh cinta. Ye! Kali pertama aku rasa apa itu cinta dan rindu. Aku cuba nak tarik perhatian isteri Haikal. Dia tak layan pun. Dia buat biasa. Malah aku pernah konon-konon tersepak kaki dia. Dia tetap buat b0doh. Dia seperti biasa, tunjukkan kemesraan diaorang suami isteri. Aku jadi cemburu. Rasa nak tumbuk je muka Haikal masa tu. Bini Haikal selalu suruh aku bawaklah anak bini sekali bila lepak. Boleh berkenalan dengan bini aku. Aku bagi seribu satu alasan. Aku kata bini aku penatlah. Kadang lepak hari minggu pun aku tak bawak anak bini aku. bila bini Haikal tanya, aku jawab anak bini aku pergi rumah mak bapak dia. aku takut isteri aku perasan, aku curi2 pandang pada bini Haikal.

Dan masa aku tulis luahan ni, aku dah sebulan tak jumpa bini Haikal. Raya baru habiskan. Haikal pun jarang lepak sekarang sebab dia pun sibuk. Aku memang rindu gila-gila dengan bini Haikal. Aku pernah call dia. Saja nak dengar suara dia. Mujur masa tu handphone Haikal problem. Jadi adalah alasan aku untuk call nombor bini dia.

Malam minggu ni, Haikal dan isteri dia ajak datang rumah. Diaorang ada buat makan-makan. Diaorang suruh bawak anak bini. Aku tak tahu nak bagi alasan apa lagi. Aku tak nak bawak anak bini aku. Aku nak lepaskan rindu aku pada bini Haikal. Salah ke aku mencintai isteri orang??? ni kali pertama aku rasa apa semua ni. Indah sangat. Tapi rasa sakit sebab dia tidak akan menjadi milik kita.

Semalam aku dapat whatsapp dari Adi (salah seorang dari kawan kitaorang). Dia kata dia perasan yang selama ni aku dok pandang bini Haikal. Dia ada bagi nasihat dengan aku untuk elakkan apa-apa perasaan. Adi kata aku salah kalau ada perasaan dengan isteri orang. Lagi-lagi aku ni suami orang. Aku pernah tanya pasal benda ni dalam group kitaorang, “Apa pendapat korang kalau seorang suami jatuh cinta dengan isteri orang lain?”. Korang tahu apa yang bini Haikal jawab? Dia membebel.

Dia marah. Dia kata tak baik buat macam tu. Dia kata tak baik ada perasaan macam tu dekat isteri orang. Dia boleh cakap, kalaulah jadi kat dia, dia takkan jumpa dah orang tu. Dia akan elakkan diri dia berjumpa dengan orang tu. Sebabnya, dia ada suami dia saja. Dan mustahil ada orang lain lagi dalam hidup dan hati dia. Lepas je baca ayat dia, air mata aku mengalir. Aku menangis. Rasa sakit sangat bila baca ayat dia. Apa patut aku buat? Aku tak mampu nak lupakan dia. Sekian terim kasih.

Sumber : ekisah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *