Pelakon jelita, Nur Fazura mengakui dia turut mempunyai perancangan untuk menimang cahaya mata bersama suami, Fattah Amin meskipun sibuk dengan kerjaya seni masing-masing.

Ujarnya, setiap perkahwinan adalah berbeza dan ramai yang mahu berkahwin serta isteri mahu mengandung.

“Apa yang saya ingin katakan pada peminat, kami buka ‘kilang’ untuk menghasilkan anak dan apabila masanya tiba, Tuhan merestui, ia akan berlaku. Buat masa ini, sedang bersenam dan mencuba,” katanya kepada media selepas ditemui pada majis sidang media Pelancaran Konsert Elmina Lakeside di Shah Alam, Selangor hari ini.

Jelasnya, dia ada menerima rawatan di sebuah hospital baru-baru ini kerana kesan alergi terhadap makanan.

“Saya tidak pernah ada ‘allergic reaction’ sebelum ini. Tiba-tiba saya ada makan sesuatu di restoran dan makan ubat, berlaku campuran kimia tersebut,” katanya.

Di sebalik menjawab isu berbadan dua, Fazura juga tampil menjelaskan wujud pihak tertentu yang bertindak mahu melakukan sabotaj terhadap dia dan Fattah.

“Sebenarnya, mula-mula Fattah yang kena, mungkin ada niat nak memporak peranda perkahwinan kami. Saya tidak pasti tapi saya tahu daripada siapa dan pihak mana.

“Saya tidak boleh komen banyak cuma Allah itu Maha Berkuasa, apa saja fitnah dan cubaan untuk melakukan perkara yang boleh mencipta tanggapan pada orang lain bahawa sesuatu itu terjadi tapi sebenarnya tidak,” katanya.

Jelasnya, dia sebenarnya tidak mengambil peduli perkara tersebut tapi ada peminat memberitahu padanya.

“Apabila saya dapat tahu, saya bersyukur kerana Allah tunjukkan perkara yang sebenar. Fattah pernah kena dan selepas itu saya.

“Objektif yang mereka cuba lakukan sejak bertahun-tahun tak habis-habis lagi adalah cubaan mahu meruntuhkan rumah tangga kami.

“Saya percaya setiap perkahwinan ada dugaan dan mungkin saya rasa dalam 10 orang, ada 2 peratus iaitu pihak yang sentiasa cuba mencipta sesuatu isu yang sebenarnya langsung tidak benar untuk buat saya dengan Fattah bergaduh dan sebagainya.

“Alhamdulillah perkara itu selesai dengan cepat kerana Allah tunjuk pada saya iaitu ia terjadi apabila wujud akaun palsu yang menyamar sebagai Fattah konon dia yang bertindak,” katanya.

Fazura menyatakan Fattah sangat tenang berdepan situasi tersebut dan dia sendiri berasa sangat bertuah kerana mempunyai peminat yang sangat positif yang mencerminkan dirinya.

“Saya sangat bersyukur kerana mereka sangat fokus pada saya dan Fattah saja. Sifat yakin pada diri mereka membuatkan mereka tidak fokus pada diri orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Fazura memberitahu dia memenangi anugerah Selebriti Usahawan Sepanjang Tahun dan syarikatnya meraih anugerah ‘Most Promising Brand’ pada satu majlis anugerah yang dianjurkan SME semalam.

Terdahulu, Fazura menghadiri sidang media mengumumkan Konsert Elmina Lakeside anjuran Sime Darby Property dengan kerjasama Universal Music Malaysia, di sini.

Pada konsert itu, Fazura bakal berkongsi pentas dengan bekas anggota kumpulan Westlife, Shane Filan dan seorang lagi artis yang masih dirahsiakan namanya.

Konsert dan karnival mini itu akan diadakan di kawasan perumahan, City of Almina, di sini, pada 19 Januari depan.

Foto: IG @missfazura

kredit: astro gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *