Siapa pencinta kucing kat sini? Angkat tangan!

Baru-baru ni, seorang gadis di twitter kongsi kisah menarik tentang seekor stray cat yang dijaganya sering bawa ‘hadiah’ pelik-pelik balik ke rumah.Tapi kali ini, hadiah yang dibawa si kucing bernama Mama ni lain dari lain apabila dia bawa nasi bungkus kepada tuan rumah tersebut. Wow!

Selalu bawakan hadiah tanda terima kasih, tapi kali ini dia bawakan nasi bungkus laa”

Meskipun admin tak tahu apa kebaikan yang gadis ini dah buat pada kucing tersebut, menurut pengguna Twitter bernama Effy, seekor kucing jalanan bernama Mama sering menjadi penjaga pada rumahnya sejak beberapa bulan ini.

Lebih menarik, Mama ni bukan saja rajin jaga rumah tapi dia juga selalu bawakan ‘hadiah’ untuk tuan rumah. Kali ini tuan rumah bertuah sebab dapat nasi bungkus!. Amboi, amboi nasi siapalah ye yang awak rembat ni!

Sumber: Twitter
“Sekali dua bungkus dia rembat… terliur jugak sis sebab ada sambal belacan tapi…”

Tweet yang meletop di media sosial ini mendapat perhatian netizen yang suka akan kucing. Dalam banyak-banyak soalan yang netizen tanya dengan Effy, ada yang curious sama ada Effy makan atau tak nasi yang dibawa kucing tu.

Sumber: Twitter

Sumber: Twitter

Dalam pada tu, ramai juga yang kongsi pengalaman mendapat ‘hadiah’ pelik-pelik daripada kucing jalanan yang dijaga mereka.

Sumber: Twitter

“Ada hamba Allah nak full sponsor vaccination Mama gaiss!”

Di tweet sebelum ni, Effy ada mengatakan yang dia tak boleh bawa Mama masuk ke dalam rumah sebab kucing ini masih tak vaccine, grooming dan neuter lagi kerana Effy masih belum ada budget untuk melakukan perkara sedemikian.

Tapi syukurlah selepas tweet ini viral, ada seorang pengguna Twitter yang sanggup sponsor full vaccination buat Mama untuk tujuan bersedekah kerana ingin berkahwin tak lama lagi. Alhamdulillah…

Sumber: Twitter

Terharu admin baca kisah kucing bernama Mama ni. Dari satu kebaikan, muncul lagi beberapa kebaikan lain. Sebab itulah nabi sayangkan kucing.

Sumber : lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *