BIARPUN tidak menyatakan tujuannya, namun usaha pelakon Datin Paduka Eina Azman untuk mencari keluarga dua beradik yang menghidapi penyakit kulit dipuji ramai.

Menerusi Instagram miliknya, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 23, bertanya kepada mana-mana pengikut Instagramnya yang mempunyai nombor pasangan suami isteri, Shahrul Azmi Aziz dan Nurul Ain yang terpaksa menyara dua anak mempunyai penyakit kulit serius berbekalkan gaji RM850 sebulan.

Assalamualaikum. Siapa ada contact kakak ini? Tolong… kongsi dengan saya,” tulisnya ringkas.

Sebelum ini, kisah dua beradik Lela Safiya dan Muhammad Nayl Safiy Shahrul Azmi yang kini berusia enam bulan, disahkan menghidapi ekzema.

Keadaan Nayl Safiy lebih serius berbanding kakaknya apabila badannya kudis menyebabkan kegatalan.

Lebih memilukan, mereka terpaksa bergantung dengan sumber pendapatan sebanyak RM850 sebulan, kerana bapa mereka hanya bekerja sebagai kelindan lori.

Tular sebelum ini dengan Hanya Berbekalkan Gaji Suami RM850 Sebulan Untuk Sara Dua Anak Hidap Penyakit Kulit

Hati ibu mana tak sedih apabila kedua-dua anaknya menghidap penyakit kulit serius (ekzema). Paling memilukan apabila mereka dipandang jijik kerana dianggap sebagai pembawa penyakit berjangkit.

Menurut ibunya, doktor mendakwa masalah itu disebabkan demam campak dan akan pulih dalam tempoh beberapa minggu saja. Namun sehingga kini, masalah ini sudah berlarutan selama setahun.

Penyakit semakin serius

Masalah sama dihadapi adik Lela Safiya, Muhammad Nayl Safiy Shahrul Azmi yang kini berusia enam bulan, sejak dua bulan lalu. Keadaannya lebih serius berbanding kakaknya apabila badan Muhammad Nayl Safiy dipenuhi kudis menyebabkan kegatalan.

Menerusi Harian Metro, doktor mengesan kudis di telinga dan muka anak sulungnya ketika kanak-kanak itu mengambil suntikan vaksin sewaktu usianya dua bulan. Masalah kulit dialami Lela Safiya yang semakin serius menyebabkan die tertekan, ditambah pula dengan tohmahan orang ramai.

Tidak tahan dengan tohmahan itu, tiga beranak itu hanya mampu memencilkan diri dan menghabiskan sebahagian besar masa mereka setiap hari di dalam rumah sahaja.

Lebih setahun berlarutan masalah kulit
Kalau demam campak, kenapa sampai sekarang masih belum baik? Masalah kulit Lela Safiya sudah berlarutan lebih setahun manakala Muhammad Nayl Safiy, pula sudah lebih dua bulan, namun tidak menunjukkan sebarang tanda akan pulih. Fikiran saya menjadi buntu, kalau dibawa ke hospital pasti jawapan diberikan doktor sama.

Saya bercadang mahu rujuk anak ke pakar kulit, tapi kos perubatan tinggi membantutkan hasrat itu. Memang saya ada ekzema tapi saya khuatir masalah kulit dialami anak disebabkan penyakit lain.

Selain itu, kehidupan tiga beranak ini lebih malang apabila hanya mampu bergantung kepada sumber pendapatan suami, Shahrul Azmi Aziz sebanyak RM850 sebulan yang bekerja sebagai kelindan lori.

Rela berlapar nak rawat anak

Pernah suatu ketika saya terpaksa menebalkan muka untuk meminjam wang daripada ibu saudara dan adik-beradik semata-mata mahu beli ubat serta makanan untuk anak. Sebagai ibu, saya rela berlapar dan mendahulukan keperluan anak termasuk membeli ubat untuk mereka.

Saya tak sanggup melihat anak merengek kerana kegatalan akibat kudis pada badan. Sebelum ini, saya memohon meminta bantuan daripada pihak berkaitan bagi menampung perbelanjaan dan kos rawatan anak, namun ditolak, jadi saya serik untuk hantar permohonan lagi.

Tidak cukup dengan itu, Nurul Ain yang juga menghadapi masalah penglihatan mendakwa tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan dan mengharapkan kepada pendapatan suami sepenuhnya untuk meneruskan kehidupan.

Masalah kesihatan kedua-dua anaknya hanya berbekalkan ihsan segelintir jiran dan saudara-mara yang tampil hulurkan bantuan.

Tak sanggup lihat mereka nangis dan rengek

Kalau boleh saya tak nak meminta-minta atau meraih simpati daripada orang ramai, mungkin ada insan lain lebih susah berbanding kami.

Apa yang amat saya harapkan sekarang ini adalah dua beradik ini pulih semula, tak sanggup lagi melihat mereka merengek dan menangis akibat masalah kulit dialami.

Meskipun diduga dengan pelbagai penyakit namun dia bersyukur masih mampu meneruskan kehidupan dan mengharapkan orang ramai dapat mendoakan serta berkongsi pengalaman bagi memulihkan kembali dua anaknya.

Apa yang amat saya harapkan sekarang ini adalah dua beradik ini pulih semula, tak sanggup lagi melihat mereka merengek dan menangis akibat masalah kulit dialami.

Orang ramai mahu membantu meringankan beban keluarga ini boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Maybank 162085464155 Nurul Ain Abdullah.

Sumber : sinar harian dan Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *