Siapa sangka artis veteren Malaysia mempunyai anak yang sangat cantik. Artis yang dimaksudkan adalah Ziela Jalil yang popular di kaca televisyen suatu ketika dahulu.

Anak perempuan nya yang dikenali sebagai Puteri Julia Nabilah itu merupakan seorang doktor.Memang tidak dinafikan anak gadis Ziela Jalil ini memiliki kecantikan ibunya di usia remaja dahulu. Tidak hairanlah kalau menjadi tumpuan netizen.

Memang cantik dan bijak!

Puteri Julia Nabilah memulakan pengajian di Royal College of Surgeons di Ireland pada 2012 sebelum menamatkan pengajiannya tahun ini. Selepas 5 tahun pengajian, akhirnya Julia kini bergelar seorang doktor. Beauty with brain!

Sama cantik macam ibunya

Buat pengetahuan semua, Julia merupakan anak hasil dari perkahwinan Ziela Jalil dengan arwah suaminya iaitu Tan Sri Megat Junid Megat Ayub. Arwah ayah Julia merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Ziela Jalil pernah memuat naik beberapa keping gambar majlis Majlis graduasi Julia sehingga mencuri tumpuan netizen.

Macam artis korea

Sumber: OhBulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *