Kalau sebelum ini majlis perkahwinan mewah dua anak jutawan terkemuka Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan menjadi perhatian ramai apabila artis antarabangsa terkenal hadir membuat persembahan. Majlis nikah dan resepsi mereka itu dibuat di sebuah private resort di Bentong, Pahang milik keluarga Chryseis dan MITEC.

Tidak cukup dengan itu, rupanya kedua-dua mempelai ini turut adakan majlis resepsi mereka di Kyoto, Jepun pada Sabtu lepas. Ramai netizen menganggap pasangan ini seperti dalam filem ‘Crazy Rich Asian’.

Memilih musim luruh

Kami mahu sesuatu yang intim dengan keluarga dan kawan rapat kami di majlis resepsi kedua ini.

Menerusi BAZAAR, pasangan ini menunggu lama untuk mengadakan majlis di Kyoto kerana menunggu musim luruh (Autumn). Mereka memilih Kyoto, Jepun dan musim luruh adalah kerana itu merupakan musim kegemaran Chryseis. Menurut Chryseis, dia suka untuk berkumpul beramai-ramai serta dikelilingi oleh kenalan rapat.

Pereka dari Asia

Dua persalinan untuk majlis resepsi itu ditempah khas dari New York City. Chryseis memilih Oscar De La Renta (yang mempunyai Laura Kim sebagai salah seorang pengarah kreatif) dan Prabal Gurung sebagai pereka kali ini kerana menyokong negara Asia sendiri.

Gaun itu menampilkan korset di luar bahu, dihiasi dengan beratus-ratus bunga renda halus. Kerudung transluscent putih seperti ceri di atas membuatkan gaun itu ala-ala pakaian fairytale.

Untuk pakaian adat pula menampilkan garis leher renda leher tinggi, dihiasi dengan manik-manik dan kristal. Prabal dan Chryseis memilih siluet bergaya duyung dengan potongan rata untuk kelihatan lebih moden. Kedua-dua pakaian ini boleh dikatakan, menakjubkan bagai seorang puteri kayangan.

Lokasi bagai kayangan

Majlis perkahwinan tertutup yang diadakan di Four Seasons Hotel di Kyoto, Jepun ini boleh dikatakan sangat mewah. Ditambah pula lokasi ini mempunyai daun-daun musim gugur menjadikan majlis mereka luar biasa.

Sekitar majlis

Mewah betul

Fuh memang mewah habis! Siap ada penyanyi K-POP! Tapi admin kurang pasti nama group kumpulan ini. Ada siapa-siapa tahu?

Sumber : Hyper

Kredit:ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *