Negara kita sememangnya kaya dengan kepelbagaian makanan daripada pelbagai bangsa dan kaum. Lebih menarik lagi, pergi sahaja ke pasar malam dan anda akan dapati terdapat pelbagai jenis makanan istimewa yang dapat memenuhi selera dan citarasa kita sebagai rakyat Malaysia. Antara yang menjadi pilihan apabila ke pasar malam ialah murtabak.

Tidak semua tempat ada menjual murtabak. Ia dengan mudah di dapati ketika bulan puasa di bazar-bazar, pasar malam atau di kedai tertentu sahaja. Jadi, ia menjadi satu masalah kepada peminat makanan itu untuk menikmatinya tidak kira masa.

Apa kata anda cuba sendiri membuatnya? Jom kita teliti resepi murtabak mini yang telah dikongsikan oleh Puan Rosnah Sidek yang hanya menggunakan kulit popia.

Bahan-Bahan :

500g daging kisar
1 paket rempah kari daging
6 biji bawang Holland – dipotong dadu
5 ulas bawang putih – ditumbuk
2 inci halia – ditumbuk
Serbuk lada hitam / lada sulah secukup rasa
3 sudu besar gula
2 sudu teh garam
Mnyak untuk menumis
1 cawan tepung gandum

Cara membuat :
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan halia. Kemudian masukkan rempah kari dan tunggu sehingga naik bau
Masukkan daging kisar dan bawang Holland. Setelah daging agak masak, masukkan garam, gula dan serbuk lada hitam secukup rasa
Masukkan tepung dan kacau rata. Biarkan ia masak sehingga kering, kemudian sejukkan. (Tepung menjadikan inti tidak terlalu cair dan dapat mengelakkan kulit popia daripada terkoyak)
Inti tadi kemudian diletakkan pada bahagian tengah-tengah kulit popia dan lipatkan kulit popia berbentuk segi empat dan terbalikkan ia setelah siap
Panaskan kuali leper dengan minyak dan ia sedia untuk dimasak.
Siap!

Bagi mereka yang ingin menyimpan murtabak anda menjadi makanan sejuk beku, sejukkan ia pada suhu bilik sejurus sahaja digoreng. Kemudian barulah boleh disimpan dalam peti ais. Anda hanya perlu mengeluarkannya 15 minit awal sebelum dipanaskan semula ketika anda mahu memakannya. Selamat mencuba!

Sumber: Rosnah Sidek

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *