Walaupun dulunya pernah mempunyai konflik rumahtangga, Norman Hakim dan Abby Abadi tetap menjalinkan hubungan baik demi kebahagiaan anak-anak. Malah, Abby Abadi sendiri sudah menganggap Memey Suhaiza seperti adik sendiri.

Hasil perkongsian, Abby Abadi dan Norman dikurniakan 3 orang anak iaitu Danish Hakim, Marissa Dania dan Maria Danisha. Mempunyai rupa paras yang cantik seperti Abby, Marissa Dania mendapat perhatian netizen. Dahlah comel, sopan santun pula tu!

Perwatakannya yang sopan dan lemah lembut itu membuatkan Marissa kelihatan lebih matang dari usia.

Sebelum ini Norman Hakim pernah berkongsi mengenai anaknya Marissa Dania.

Norman telah meluahkan rasa pelik apabila anak keduanya yang baru berusia 13 tahun itu tiba-tiba viral dan menjadi perhatian netizen.

Serentak dengan itu, Norman telah meninggalkan pesan kepada netizen yang telah menghantar mesej peribadi kepadanya di Instagram yang berniat untuk merisik anak daranya itu.

Beberapa hari lali, pelakon drama bersiri Gerak Khas itu dikatakan telah mendapat jemputan daripada pihak sekolah Dania untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Al-Quran, Hadith & Turath As-Sofa Ke-6 sekaligus meraikan anaknya yang berjaya menamatkan hafazan bersempena dengan bulan kelahiran Maulidur Rasul.


Berbangga terhadap pencapaian Dania, suami kepada Memey Suhaiza itu meluahkan rasa syukur di Instagram dan mengakui agak gementar untuk melihat anaknya menerima anugerah tersebut.

“Alhamdulillah, terima kasih Jumaat yang indah. Syukur untuk update ini dari pihak sekolah..Jangan berhenti berusaha & berdoa, berdoa & berdoa untuk memohon segala kebaikan di langit dan di bumi.

.

Terima kasih untuk doa-doa kalian untuk cenonet @marisadania_ ni. Alhamdulillah syukur, terima kasih Allah”

Menerusi Instagram Abby Abadi pula memuatnaik ucapan tahniah sempena kejayaan anak gadisnya di Majlis Kovokesyen yang berlangsung hari ini.

Majlis Konvokesyen Al-Quran,Hadith & Turath As-Sofa 2018
Anugerah Hafalan Qasidah Burdah Al-Busiri untuk @marissadania_ @marissadaniaaaaa_ .

.

Apa itu Qasidah Burdah?Qasidah Burdah adalah terjemahan kehidupan Nabi Muhammad s.a.w ke dalam bentuk bait-bait puisi kesusasteraan Arab oleh Imam Al-Busiri yang mengandungi 160 bait

.

Dan Alhamdulillah syukur Ustazah bagitau Dania adalah pelajar wanita pertama yang dapat hafal 160 bait itu dalam masa 4 hari.Allahu alhamdulillah syukur terima kasih sekali lagi Ya Allah Maha Pengasih & Pemberi segala nikmat & rahmat

.

Terima kasih Ya Allah kerana memilih & memberi peluang kepada anak2 kami dalam memperjuangkan kitab2 suciMu🙏🏻

Difahamkan abby abadi tidak dapat bergambar ketika ini kerana membawa anak angkat yang merengek untuk menyusu.

Tahniah Marissa, Norman & Abby sekeluarga!

Rata-rata, ramai pengikut yang mengucapkan tahniah terhadap Norman Hakim serta memuji kehebatan dan kerajinan anaknya dalam menuntut ilmu.

Penyejuk hati ibu & ayah

Terdapat juga pengikut yang merasakan betapa beruntungnya Norman dan Abby Abadi kerana mempunyai anak yang dilihat begitu sempurna disamping memuji mereka sebagai ibu bapa yang berjaya dalam memberi didikan terbaik untuk anak-anak.

Tahniah untuk ibu bapa cemerlang

Hantaran puluhan ribu pun berbaloi..full package muslimah

Ramai masuk meminang nanti

Sementara itu, mengikut update daripada Norman, Majlis Konvokesyen tersebut berlangsung pada hari ini. Di harap Marissa Dania terus berjaya di masa hadapan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: IG Norman Hakim & Abby Abadi via MediaOhsem

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *