(Skroll ke bawah untuk tonton video)

PERNAH berasa kecil hati apaboila kerap ditaya bila isetri nak hamil, pelawak Abam (Bocey) akhirnya berkongsi berita gembira dia bakal menjadi bapa.

Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 30, berkata, isterinya Siti Norhidayah Mohd Ali disahkan hamil tiga bulan dan ia merupakan berita yang ditunggu-tunggu sejak mendirikan rumah tangga pada hujung tahun lalu.

“Alhamdulillah rasa macam nak lari laju sambil jerit kuat-kuat. Tak tahu nak cakap macam mana. Terima kasih atas doa semua,” ujarnya kepada mStar Online.

Abam dan isterinya, Norhidayah. Foto: Instagram Abam

Abam dan Norhidayah berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.

Abam berkata, dia mengetahui tentang kehamilan isterinya sejak bulan lalu, namun membuat pemeriksaan doktor petang Rabu.

“Saya dah tahu lama tapi tadi baru kami ke klinik buat pemeriksaan. Alhamdulillah.

“Saya tidak kisah lelaki atau perempuan yang penting bayi itu sihat dan semuanya selamat,” ujarnya.

9 Foto Majlis Pernikahan Dan Persandingan Abam Bocey
Dengan sekali lafaz, pelawak Abam Bocey, 29, selamat dinikahkan dengan gadis pilihannya, Nurhidayah Mohd Ali, 26

Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin di Sabak Bernam, Selangor, sementara majlis persandingan pula diadakan di rumah pengantin perempuan, juga di Sabak Bernam.

Pada acara sederhana tapi meriah itu, Abam menyerahkan seutas rantai emas dan mas kahwin bernilai RM 3,000 serta wang hantaran sebanyak RM 13,888.

Abam yang pernah dua kali dinobatkan sebagai Pelakon Komedi Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada edisi 2014 dan 2015, mula berkenalan dengan Nurhidayah pada tahun 2009, namun hubungan itu terhenti seketika atas kesibukan masing-masing.

Di sini kami kongsikan foto-foto menarik sepanjang majlis berlangsung.

“Terima Abam Bukan Sebab Popular” – Isteri
ISTERI kepada Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali menyangkal tuduhan bahawa dia menerima lamaran pelawak tersebut kerana harta dan populariti.

Hidayah, 25, berkata dia menerima Abam sebagai suami kerana sifat peramah lelaki tersebut yang dikenali sejak empat tahun lalu.

“Saya setuju berkahwin dengan Abam sebab dia seorang yang peramah dan merendah diri. Sikap bertanggungjawab dia turut memikat hati.

“Kalau orang kata saya pilih Abam sebab harta dan populariti, saya menafikan tentang hal itu. Saya dah kenal Abam empat tahun lalu.

Abam terpikat dengan kejujuran Hidayah sepanjang perkenalan mereka.

“Inilah dikatakan jodoh dan mohon orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk kami,” katanya kepada mStar Online.

Hidayah ditemui selepas majlis pernikahan mereka yang berlangsung di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin di Sabak Bernam, Selangor pada Jumaat.

Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 29, bergelar suami dengan sekali lafaz.

Abam sudah mengenali Hidayah hampir empat tahun.

Sementara itu, Abam mengakui terasa hati dengan komen negatif yang dilemparkan netizen terhadap isterinya itu.

Bagaimanapun, dia tidak mahu terlalu ambil pusing dengan kata-kata tersebut.

“Sejujurnya, terasa hati juga bila dengar orang kata begitu. Tapi tak apalah, biarlah orang nak cakap apa pun.

Abam dan Hidayah mahu ramai anak.

“Lebih ramai yang menyokong perkahwinan saya ini berbanding yang berkata buruk. Jadi saya fikir tak perlulah nak ambil kisah sangat tentang hal itu.

“Yang penting hubungan ini direstui keluarga dan doakan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat,” ujarnya.

VIDEO :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *