FESYEN itu mempunyai ruang maksud yang cukup luas dan ia mungkin berbeza-beza pada setiap individu.

Atas dasar itu juga, kita dapat lihat pelbagai gaya yang ditampilkan mengikut cita rasa masing-masing dan adakalanya ia agak keterlaluan atau pun tidak kena dengan si pemakai.

Mode menyenaraikan tujuh panduan buat mereka yang kurang berkeyakinan dalam berfesyen dan ia mungkin dapat membantu anda nanti.

Rozita Che Wan antara contoh apabila dia memilih fesyen bukan berdasarkan usia namun masih tetap kelihatan elegan dan sofistikated.

1. Berfesyen mengikut badan, bukan umur

Wanita berusia 40-an yang memakai gaun pendek mungkin dipandang serong tetapi mengapa tidak jika mempunyai bentuk tubuh langsing?

Pilihlah fesyen dan gaya yang sesuai dengan bentuk tubuh dan personaliti anda, bukannya usia anda!

Skinny jean yang dipadankan dengan baju T longgar bersama jaket gaya ringkas, namun Uqasha Senrose masih menyerlah.

2. Padanan ketat dan longgar

Baju sendat dengan seluar jean potongan skinny sebenarnya padanan yang menyesakkan! Sebaik-baiknya, jika memilih baju mengikut potongan badan, padankan dengan seluar yang longgar atau sebaliknya. Kan lebih manis?

Aksesori subang pelengkap gaya kebaya kosong Fasha Sandha.

3. ‘Twist’ gaya klasik anda

Baju kurung yang diwarisi daripada ibu mungkin nampak kolot pada mata orang lain – cuba beri ‘twist’ dengan menambah aksesori seperti kerongsang atau padanan tudung yang sesuai pasti memberi visual berbeza pada pakaian tersebut.

Warna lembut sentiasa menjadi penyelamat fesyen buat Nabila Razali

4. Apabila ragu-ragu, pilih warna lembut

Ada hari-harinya pasti ada antara kita agak serabut memilih pakaian. Jangan bimbang apabila itu berlaku pilihlah warna daripada rona lembut yang sesuai dengan kulit anda.

Warna jingga menyerlahkan keyakinan si pemakai seperti Elfira Loy ini.

5. Atasi ketakutan terhadap warna

Jika anda memakai pakaian berwarna hitam setiap hari mungkin sudah tiba masanya anda dapat mengatasi ‘ketakutan’ terhadap warna dan tampil berani.

Cuba rona warna terang seperti kuning atau biru laut sebagai permulaan dan mungkin anda akan terkejut dengan perubahan gaya anda.

6. Berbelanja untuk aksesori

Kasut, barang kemas, tudung sebenarnya memberi tambah nilai kepada pilihan fesyen anda. Jadi jangan lokek berbelanja sedikit untuk aksesori dalam melengkapkan gaya harian anda.

Jualan murah kadang-kala boleh menyebabkan pembaziran.

7. Jangan terpedaya dengan jualan murah

Jualan murah memang selalu buat kita lupa diri! Tetapi tanamkan dalam diri bahawa tanda harga RM19.99 itu tidak semestinya sesuai dengan gaya dan cita rasa anda dalam berfesyen – Berbelanja kerana ia sesuai dengan anda dan bukannya kerana ia murah.

Apa Kata Anda semua? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

sumber : Mstar.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *