Siti Aisyah binti Ismail (lahir 31 Julai 1996) atau lebih dikenali sebagai Chacha Maembong merupakan seorang pelakon wanita Malaysia dan adik kepada pelakon terkenal Emma Maembong. Ayahnya, Ismail Embong atau lebih dikenali sebagai Maembong adalah seorang pelukis tersohor negara. Beliau pernah melakonkan watak sebagai Mira Sofea. Chacha juga pernah digosipkan di instagram kerana mempunyai hubungan istimewa dengan Ikwal.

Pelakon Chacha Maembong akui serius tentang hubungannya dengan jejaka bukan beragama Islam bernama Leslie. Chacha dan Leslie telah menjalinkan hubungan sejak tiga tahun lalu dan mendedahkan jejaka itu kini sedang mempelajari agama Islam.

Ramai sebenarnya tidak mengetahui bahawa Chacha terlebih dahulu terjun ke dunia hiburan berbanding kakaknya tetapi tuah tidak menyebelahinya. Kalau ada yang masih ingat, beliau pernah berlakon di samping Eina Azman dan Afiq Muiz dalam drama Mimpi Cinderella suatu ketika dahulu. Dan berlakon di samping sepupunya Nelydia Senrose dalam drama Setia Hujung Nyawa.

Jangan tanya kenapa ai pandang sana ai nak feeling2 hot jap dgn @mionevape tapi tak tahu kenapa dia pun ada jugak nak feeling2 dgn kita @dazrin88

Beliau juga pernah muncul bersama Zain Saidin dalam muzik video “Lebih Indah” nyanyian Datuk Siti Nurhaliza yang dimuatkan dalam album Fragmen.Chacha berlakon di samping Nur Risteena dan Fattah Amin dalam drama Playboy Itu Suami Aku.

“Dia bukan bangsa Cina tetapi Iban dan berasal dari Sarawak. Ramai yang tersalah faham sebenarnya.

“Sekarang dia sedang belajar tentang agama Islam dan kalau ada rezeki untuk perhubungan lebih matang, saya terima sebab nampak dia pun serius.

“Kami juga sudah mengenali keluarga masing-masing dan menyokong hubungan kami dan apa yang terbaik,” katanya kepada Gempak.

Chacha yang ditemui pada majlis pelancara drama bersiri Selafaz Cinta di One Utama, Damansara semalam mengakui sering menerima kritikan negatif netizen terhadap perhubungannya.

Chacha selalu bila shooting on break duduk dalam kereta rest lucky got my pink puffy plushie boleh peluk2 im so crazy in love comel gila!! Arrghhh!! Thankyou so much @thepasteldiaries.co bagi ai unicorn puffy ni sangat lembut geram mcm nk gigit pukul2 haha korang semua wajib ada satu hilang kan stress tgk unicorn ni..

“Apabila bercinta dengan lelaki bukan Islam, ramai yang kritik cakap saya tak ingat agama.

“Tetapi kalau saya sendiri boleh bimbing dia apa salahnya. Masa akan datang kita tak tahu.

“Yang penting, saya sentiasa ingat pesanan keluarga saya, jangan lupa asal-usul dan agama,” tambahnya.

Adik kepada pelakon Emma Maembong itu juga mengakui Leslie individu yang memahaminya.

“Dia seorang lelaki yang baik, menerima saya seadanya dan sentiasa menyokong kerjaya saya. Kadang-kala ada juga romantiknya,” kata Chacha lagi.

Dalam perkembangan lain, Chacha bakal muncul menerusi drama bersiri 60 episod terbaharu, Selafaz Cinta melakonkan watak Inaz. Selain Chacha, Selafaz Cinta dibintangi Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin, Puteri Aishah, Sharifah Sakinah, Aqasha dan ramai lagi. Selafaz Cinta akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang mulai 27 November menerusi slot Tiara di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

Jangan Lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Ariana Rose.

Sumber : gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *