Dalam dilema dek kerana kekasihnya dipaksa untuk berkahwin dengan orang lain, Azira Shafinaz akhirnya memilih Zul Ariffin sebagai calon suami. Azira tertarik dengan sikap Zul yang sentiasa mengambil berat terhadap dirinya. Setelah membuat solat istikharah, Azira yakin Zul adalah jodohnya. Mesti semua tak sangka kan?

Jangan terkejut… Memang mereka akan berkahwin, tetapi sekadar menjayakan watak terbaharu mereka dalam drama Seribu Rindu yang sudahpun mula bersiaran di slot Akasia pada 12 November. Selain Zul Ariffin dan Azira Shafinaz, Seribu Rindu turut dibarisi oleh pelakon Fadlan Hazim, Mona Allen, Ku Faridah, Harris Baba, Fazlina Ahmad Daud, Hafizuddin Fadzil dan ramai lagi.

Drama terbitan Orangetree Production Sdn. Bhd ini mengisahkan mengenai konflik cinta Maisarah dan Airel yang terhenti atas desakan bapa Airel iaitu Datuk Muiz. Datuk Muiz mahu menyatukan Airel dengan Damia, anak kepada rakan perniagaannya Datuk Sri Johari.

Walaupun mencintai Maisarah, Airel tunduk dengan kehendak bapanya. Maisarah kecewa lalu pulang ke kampung dan meluahkan rasa sedihnya kepada Irfan (Zul Ariffin), rakan baiknya yang juga seorang cef. Mereka memang rapat sejak kecil, kerana Maisarah dibesarkan oleh neneknya yang mesra dipanggil Tokma tanpa kehadiran seorang ayah dan Irfanlah menjadi tempat luahan perasaannya selama ini.

Tidak mahu kehilangan Maisarah yang terus bersedih, Irfan membuat keputusan untuk melamar Maisarah di saat hubungan Maisarah dan Airel berantakan. Maisarah terkejut kerana dia tidak pernah menyangka Irfan yang sudah dianggap abang telah lama menaruh perasaannya. Akhirnya, Maisarah menerima lamaran Irfan setelah membuat solat istikharah. Airel kecewa dengan keputusan Maisarah. Dia sakit hati kerana sebelum ini Maisarah sering menafikan dia juga sukakan Irfan dan mengatakan mereka sekadar kawan baik sahaja

Sepanjang perkahwinan mereka, Irfan menjaga Maisarah bagai seorang permaisuri. Semua permintaan Maisarah akan dituruti. Suatu hari ketika ingin membeli makanan yang diidamkan oleh Maisarah yang sedang hamil, Irfan ditimpa kemalangan dan disahkan lumpuh.

Walaubagaimanapun, Irfan masih boleh dirawat dengan penjagaan rapi oleh doktor pakar di hospital. Konflik tercetus, apabila Airel adalah doktor yang bertanggungjawab bagi membantu proses penyembuhan Irfan. Irfan merasakan masih ada sisa cinta di hati Maisarah buat Airel. Irfan mula menjauhkan diri kerana beranggapan Maisarah hanya bersimpati dengan keadaanya yang lumpuh.

Jom baca apa komen netizen

1) Tutie julaidi official Comel jer aku tngok azira ni .. Tah knpa org lain duk bnci dia .. Dh rezeki dia dpat watak tu kot .. Btw i love wtch this drama .. Layan jer tkye sakit hati sngat

2) Nor Hana Heroin tak best, tapi Zul Ariffin terbaik..teringat kat sepupu..mirip sgt dgn abg Zul,..sihat bebenor Abg Zul skrg

3) mamar ssyasya Dia belakon lembut je..X Sama dgn reality cam sosial je. Apapun azira belakon sgt best..

4) Jiey Klg Bila drama je sibuk heroin best ke x best… tengok jew sudah.Jnji awek sndri best cukup la…. ke awek sndri pn x best?tu bila tngok drama pn meroyan…

5) Muhammad Rahmat heroin muka kayu sikit berlakon..tp xpela xpenting sgt pun..Sy suka heroin ni

6) faizal ismail Tv3 suku byk drama mengarut dan tak de satu benda pun yg boleh di berikan manfaat umum pada rakyat jelata….

7) tok mu Manyak ketui2 ma badan belade jul alipin.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newscoviral

Foto/Instagram: youtube dan urtv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *