Hidup glamor selebriti memang tidak dapat dinafikan lagi dengan ada sahaja aktiviti bermewah yang ditayang pada laman sosial. Tapi tak semua mereka beli sendiri, ada diantaranya menerima sumbangan atau salah satu cara insentif dalam mengemaskan kini profil mereka sebagai public figure.

Di Malaysia sahaja memang ramai selebriti yang berjaya, bukan sahaja dari popular tapi poket wang mereka. Ini semua hasil bakat, usaha yang kita lihat melaui cara mereka ‘menjual diri’ dan bijak menyimpan aset.

Mari kita ketahui lima selebriti Malaysia yang dalam diam punya aset hingga jutaan ringgit!

#1 Tan Sri Michelle Yeoh
Aset: RM997 juta


Foto – Pinterest

Tak perlu kenalkan lagi nama antarabangsa ini yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia apabila sering memegang watak dalam filem-filem hebat Hollywood. Kejayaan luar biasa yang diperoleh beliau dijadikan contoh kepada penggiat seni yang lain. Bukan itu sahaja, Tan Sri Michelle Yeoh mendapat banyak anugerah dan pengiktiran terbaik dari negara luar seperti Commander of the Legion dari Perancis.

#2 Ling Tan
Aset: RM224 juta


Foto – Wikipedia

Supermodel berasal dari tanah air ini telah pun berjalan dengan pelbagai jenama fesyen terkemuka antaranya Tom Ford, Chanel, Donna Karan, Yves Saint Laurent dan banyak lagi. Beliau juga pernah diambil oleh lensa dari jurugambar terkenal seperi Mario Testino. Nama Ling Tan sering kali disebut-sebut sebagai pengaruh kuat dalam dunia modelling di Asia Tenggara.

#3 Datuk Seri Siti Nurhaliza
Aset: RM69 juta


Foto – Yahoo

Penyanyi dan buah hati nombor satu Malaysia ini sememangnya akan tercalon dalam senarai ini. Melihat beberapa kejayaan beliau dalam bidang nyanyian dan juga perniagaan. Datuk Seri Nurhaliza sentiasa menjadi penyuntik semangat dikalangan selebriti tempatan untuk berjaya sepertinya. Bukan sahaja kaya dalam aset, malah Datuk Siti kaya dalam budi-bahasa serta personaliti yang beliau bawa.

#4 Maya Karin
Aset: RM57 juta


Foto – Rojak Daily

Mungkin Maya Karin kurang tampil dilayar perak tapi dengan kejayaan filem yang beliau lakonkan sebelum ini telah banyak membantu beliau. Selain itu, Maya juga berbakat dalam bidang nyanyian dan pengacaraan sehingga beliau mampu mengeluarkan dua album berjudul ‘Erti Cinta’ dan ‘Teka-Teki’. Fasih dalam berbahasa Inggeris turut memberi peluang menjadi pengacara hiburan Inggeris Chanel V.

#5 Bront Palarae
Aset: RM33 juta


Foto – ThePinsta.com

Setiap kali melihat karya yang diluahkan oleh aktor kacak ini sudah tahu tiada siapa dapat menandingi pesona yang dimiliki. Kerap kali diambil berlakon dalam banyak produksi Indonesia menjadi peluang besar untuk melebarkan sayap disana.

Wow! Top 4 semuanya dimonopoli selebriti wanita.

Sumber:wanista

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *