Terharu campur Terkedu, begitulah yang dapat min simpulkan buat insan kurang upaya yang tidak sangka penyanyi asal duet bersama sama dengan nya. Lagu Sayang Maafkan Aku yang dipopularkan oleh nya mendapat sambutan yang hangat juga dalam kalangan peminat peminat seni tanah air. Jom lihat reaksi busker tersebut apabila Syafiq pergi dekatnya dan sambung nyanyian lagu tersebut.

Ke mana tumpahnya kuah, kalau bukan ke nasi. Peribahasa itu sangat sesuai buat jejaka bernama Nursyafiq Farhain yang merupakan anak penyanyi popular 90-an, Allayarham Saleem Iklim apabila video nyanyiannya di aplikasi Smule menjadi tular di media-media sosial penghujung Februari 2017 yang lalu. Rata-rata netizen yang menonton video berkenaan memberikan reaksi positif dan memuji kelunakan suara anak kelahiran negeri penyu bertelur ini. Paling menarik, netizen turut mendoakan agar pemuda ini mengikut jejak arwah ayahnya sebagai seorang penyanyi satu masa nanti.

Mimpi Yang Pulang (Cover by Syafiq Farhain)

Dibawah merupakan biodata ringkas mengenai Syafiq Farain :

1. Selain menyanyi, beliau juga merupakan anggota bomba dan penyelamat, bertugas di cawangan Putrajaya. Sebelum ini pernah berkhidmat di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Johor Bahru.

2. Selain bergelar penyanyi solo, beliau juga adalah vokalis kepada kumpulan muzik ‘Fire Fingers JDT’ yang dianggotai oleh beberapa anggota bomba yang lain. Kumpulan ini aktif menerima undangan untuk majlis-majlis berkaitan bomba, termasuk acara korporat dan kenduri kahwin.

3. Seorang pencinta haiwan terutamanya kucing.

4. Aktif menyanyi di aplikasi Smule sejak hujung tahun 2016. Antara lagu covernya yang mendapat perhatian ramai seperti Suci Dalam Debu, Mimpi Yang Pulang, Luhur dan Warisan.

5. Mempunyai cita-cita untuk merakamkan single duet bersama bapanya, penyanyi lagenda Saleem Iklim.

Jom Sama Sama Lihat Syafiq Farain duet bersama Abang Busker, terkejut dia kan :

Jom lihat juga apa kata netizen setelah melihat reaksi busker dan syafiq farain yang bersahaja duet bersama :

Assalammualaikum……terbaik…biar buta mata tapi jangan buta hati….

Terbaek syafiq smoga murah rezeki. X sombong n very humble.

Suara adikk nazri(oku) ni memang terbaikk ….dari dulu smpai skrg…semua lagu blh bawak..xnyesall jemput diaa atauu call dia menyanyi.dok cheras dia

akk ulang2 video ni smpai mengalir air mata tengok abg busker tu mmg x sangka…tahniah shafiq semua suka dn minat x kira cmna orgnya kan

terbaiklahhhh Syafiq. sangat2 humble

Kenangan indah bagi sipenyanyi tu , kerana @shafiq sudi berduet dgn nya walaupun sedikit.

Abang syafiq budak baik semoga selalu di berikan rejeki yg berlimpah oleh allah swt.aamiin .salam dr indonesia

shafiqfarhain awqk memang terbaik…mengalir airmata tengok..

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Ariana Rose.

Sumber : IG ir.farhan88

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *