Mohd. Saharul Ridzwan bin Hashim atau lebih dikenali sebagai Saharul Ridzwan (dahulu dikenali sebagai Syarul Ridzwan) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia.

Beliau merupakan finalis Hero Remaja 2012 dan sering muncul dalam beberapa drama dan telefilem tempatan. Pada Mac 2016, beliau menjenamakan semula dirinya sebagai Saharul Ridzwan, sambil menyatakan bahawa nama “Syarul Ridzwan” sebagai sebahagian daripada proses kematangan usianya.

Saharul sama seperti selebriti dan artis tanahair lain yang gemar berkongsi kisah dan aktiviti peribadi di laman sosial termasuk Instagram.

Terbaru beliau berkongsi satu kisah yang mencuit hati netizen dimana sewaktu beliau sedang ‘live’ untuk bersembang dengan peminat, secara tiba-tiba muncul isteri beliau, Deena Emir mencelah.

Apa yang melucukan adalah isteri Saharul isteri mencelah semata-mata untuk mengingatkan Saharul supaya tidak lupa membeli barang yang dia pesan. ” Ayam, wet tissue ( size besar) dan sabun basuh pinggan”, tulis Deena di ruangan ‘chat’.

Berikut kapsyen yang ditulis Saharul yang berkongsi kejadian tersebut;

” Sempat pulak!!! @didiyzaidy yang buat sayang @deenaemir …
Bila tgk husband keluar rumah pagi pagi , mesti terus kirim beli barang @saharulridzwan , jangan lupa tau.. Ayam, wet tissue dgn sabun basuh pinggan #goodmorning semua, Jom tag isteri korang..”

Rata-rata netizen terhibur dengan aksi mereka suami isteri. Malah netizen turut sempat ‘membawang’ apabila meng’tag’ suami masing-masing berkongsi pengalaman serupa.

” Sama dengan suami saya sebelum balik keje tu saya msj dia suruh beli barang dapur.. kna pesan byk kali…apa yg dia pikir tah..” komen netizen bernama Anna.

Dalam pada iti, isteri pelakon Saharul Ridzwan iaitu Qaabila Deena Emir mengakui tidak pernah sekalipun menonton lakonan suaminya biarpun drama tersebut popular dan hangat diperkatakan.

Qaabila atau lebih dikenali sebagai Deena Emir, 28, berkata, kerjaya sebagai pengusaha butik membuatkannya tidak mempunyai banyak masa menonton drama televisyen.

“Saya tidak pernah menonton drama Saharul sejak dia bergelar pelakon kerana saya sibuk menguruskan hal-hal bisnes dan tiada masa untuk menonton drama.

“Kadang-kadang cerita popular yang dia berlakon saya tidak tahu, tapi saya sentiasa beri sokongan kepada dia untuk terus berlakon,”ujarnya kepada mStar Online.

Saharul dan Deena ditemui pada majlis resepsi perkahwinan mereka di Dewan Sri Siantan, Putrajaya, petang Jumaat.

Bagai pinang dibelah dua…Saharul dan Deena memotong kek pada majlis resepsi perkahwinan mereka.
Pasangan ini selamat diijabkabul di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya, pada pagi Jumaat.

Dalam pada itu, Deena berkata, dia dilamar oleh aktor itu pada Januari lalu menerusi telefon.

“Kami berkawan sejak tahun 2012 tapi sekadar kawan biasa sehingga bertemu semula awal tahun ini. Saya terkejut dia tiba-tiba telefon saya dan bertanya kesudian saya untuk berkahwin dengannya.

“Saya betul-betul terkejut dan selepas membuat solat sunat istiharah saya terima lamaran tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, Saharul berkata, dia melihat Deena seorang wanita istimewa dan tidak memandang kepada harta kekayaan seorang lelaki.

Katanya, dia juga sentiasa berasa tenang ketika melihat wajah wanita itu.

“Kami kenal sebelum saya jadi pelakon dan ketika itu saya hanya bawa kereta Perodua Viva sahaja sedangkan ramai lagi lelaki yang lebih bagus sukakan dia.

“Dia tetap menunggu saya dengan sabar. Selain itu, wajahnya sentiasa membuatkan hati saya tenang,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang lokasi berbulan madu, Saharul berkata, dia merancang untuk membawa isterinya melakukan ibadah umrah akhir tahun ini.

Majlis perkahwinan tersebut turut dihadiri oleh pelakon Janna Nick, Sheila Rusly dan pengarah Jinggo.

Pasangan tersebut juga bakal mengadakan sebuah lagi majlis resepsi bersama rakan-rakan dan peminatnya pada Ahad ini di Shah Alam.

Jom baca apa komen netizen

1) @deenaemir made my day!!! Aku lelaki normal alhamdulillah syukur sebb aku pun 40x pesan baru ingat wakkaakka

2) fadzilah5376 sempat lg ye pn @deenaemir ingatkan suaminya @saharulridzwan utk beli barang dapur

3) nr_annah Sama dengan suami saya sebelum balik keje tu saya msj dia suruh beli barang dapur.. kna pesan byk kali…apa yg dia pikir tah..

4) neyni_archila@deenaemir kalau saya pesan, siap ambil gambar, kalau tak..lain yg di beli. Nak kena tulis bape ekor ayam..nak kena jelas kalau x..satu kedai nak bi

5) ciedayusof@deenaemir i feel you . Paling stress bila da ckp brand tu byk kali still salah beli .

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newscoviral

Sumber: mstar & ig saharul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *