Salam semua. Aku mardiah, anak kedua dari 7 org adik beradik. Aku rasa nak menulis pasal lelaki itu, iaitu orang yang dah banyak berkorban untuk hidup aku. Tapi dia bukan BF, bukan ayah, bukan datuk aku. Dia ialah abang aku yang aku panggil Along. Tahun depan umur Along dah masuk 28 tahun dan aku 25 tahun.

Apa yang aku nak cerita dah lama terpendam di sanubari aku. Aku datang dari family yang sederhana, ayah aku seorang kontraktor. Mak aku pula suri rumah. Masa aku umur 17 tahun ayah aku pergi meninggalkan kami semua dalam keadaan langsung tak bersedia. Masa tu adik2 aku semua masih kecik. Aku pulak nak SPM. Ada adik aku yang nak ambik PMR, UPSR jugak masa tu. Along sedang sambung belajar. peringkat diploma di kolej kemahiran

Selepas arrwah ayah aku pergi, mak aku seolah2 hilang sebelah tangan. Mak aku tak kuat. Hari2 menangis. Masa hari kemaatian arrwah ayah, along tak sempat tatap jenaazah arrwah ayah buat kali terakhir. Sebabnya dia sampai orang dah siap solatkan jenaazah. Bayangkan perjalanan dari utara ke selatan. Jauh beribu batu. Dari riak muka along aku tahu dia sangat2 sedih. Baru bulan lepas kami satu family ke utara melawat along.

Melihat keadaan mak aku yang begitu beremosi, terlalu banyak benda nak diuruskan di rumah ni, harta peninggalan, bisness arrwah ayah lagi,dan adik2 yang ramai untuk diuruskan along mengambil keputusan untuk berhenti belajar. Ketika itu dia dah disemester keempat pengajian. Tanpa fikir panjang emak mengiyakan sahaja keputusan along.

Beberapa bulan selepas itu berlaku konflik antara pak cik aku dan along dalam urusan bisness arrwah ayah, akhirnya along beralah dan dia biarkan pak cik uruskan. Pak cik berjanji yang dia akan bayar setiap bulan pada family aku. Tapi sampai ke sudah janji tinggal janji. Sebab tu aku memang tak boleh tengok muka pak cik aku, aku jadi benci sangat2.

Maka bermulalah kisah along duduk di kg,bermacam kerja dia lakukan demi kami sefamily. Along sangat berjimat cermat menggunakan duit gaji dia, tidak suka lepak malahan makan di luar pun boleh kira berapa kali je dia makan. Selepas result SPM aku keluar, aku ditawarkan ke matrikulasi. Yang kira2 3jam perjalanan dari rumah aku. Along la orang paling gembira selepas mak aku. Ingat lagi masa tu, macam mana along drive jauh2 semata-mata nak hantar aku. Masa ni dia baru dapat lesen. Tetiba aku rasa sedih sangat, sepanjang perjalanan tu aku menangis senyap2, boleh bayangkan orang baru dapat lesen macam mana drive? Aku bertekad untuk belajar bersungguh2 dekat matrik ni sebab aku nak balas jasa along aku. Aku nak masuk universiti dan dapatkan biasiswa.

Alhamdulillah berkat usaha dan doa mak, aku berjaya dapat 4.0 flat untuk dua2 semester. Dan aku pun berjaya melangkah ke univeristi yang aku idam2 kan serta kos yang memang aku minat dan juga aku dapat tajaan JPA. Kisah kedua semasa hari pendaftaran masuk universiti hanya along,aku dan adik aku je pergi. Kami pergi dengan menaiki bas. Along tak yakin nak drive jauh2, lebih kurang 8 jam perjalanan. Masa sampai dekat dewan tempat daftar tu, hanya aku je yang bawak masuk beg baju dalam dewan. Along sempat kata “angah tak malu kan,kita bawak masuk beg2 ni?”..nak menitis air mata aku masa tu tapi aku tahan.

Semester satu berjalan dengan lancar, sampailah ke semester 5. Ketika aku sedang bersukan di padang, tetiba aku pengsan. Dan felo kediaman bawak aku ke hospital terdekat. Masa tu DR ada buat ECG, Xtray,Ct scan dan blood test. DR sah kan ada sesuatu yang tak normal pada badan aku. Jadi aku kena warded untuk tunggu blood test result. Masa ni aku ws along je bagitahu aku demam kena warded aku menipu masa ni dengan dia. Dan ini ayat dia “along mintak maaf,along tak dapat ada dengan angah waktu angah sakit”.

Esoknya aku boleh discharged tapi kena follow up dengan DR setiap sebulan sekali. Aku pun meneruskan pengajian macam biasa, dan aku perasan badan aku selalu cepat letih. Tangan kaki selalu shaking. Disebabkan kos aku ni tersangat la busy banyak je aku tak pergi appointment.

Tengah tunggu bas nak balik hostel aku dapat ws dari along. Katanya dia dah dapat kerja. Tapi kontrak. Alhamdulillah keje pun dekat je dengan rumah aku. Kadang2 along ada jugak anta gambar dia bekerja, kerja menggunakan kudrat tenaga bukannya kerja dalam ofis. Kdang2 berdepan dengan risiko, kadang2 kena masuk terowong besar, kena wiring tempat2 tinggi. Tapi bagi along ni peluang dia. Sebenarnya, lepas habis belajar tu along banyak buat kerja part time. Antaranya jadi cashier dengan gaji rm 80 sehari, duit ni la dia simpan hari2. Dia jugak ada masuk kolej kemahiran yang dekat rumah aku ni. Sampailah dia mampu hasilkan grill, pintu pagar rumah kami, sendiri. Dan ada juga mendapat tempahan dari jiran2.

Dalam family aku dijadikan contoh buat adik2 aku, sebab aku mampu belajar sampai ke peringkat ijazah. Hari berganti hari akhirnya aku berjaya tamat belajar. Dan pada masa ni jugak along beberapa kali tukar kerja. Banyak jugak kerja dengan kerajaan dipohon namun direject. Antaranya bomba,polis bantuan, kerja sebagai pemandu van hospital pun pernah sebabnya fizikal along tak sempurna macam insan lain dia awal2 kena reject.

Masa aku darjah 3, along ketika tu darjah 6. Kami ke sekolah berbasikal sorang satu. Suatu hari aku mintak along bawakkan bekas makanan aku. Nasib kurang baik, bekas tersebut masuk ke dalam roda basikal. Dan along mengalami kecederaan sebab basikal hilang kawalan dan dia jatuh. Tempurung siku tangan kanannya pecah di tengah. Menyebabkan kecacatan kekal sampai sekarang. Sebab tu bila ada jawatan yang memerlukan ujian fizikal along dah tak mohon dah. Sampai ke hari ni benda ni membuatkan aku rasa bersalah sangat dengan along. Sedih sangat rasa.

Hari graduasi aku pun tiba, sekali lagi kami pergi dengan menaiki bas. Tapi kali ni hanya aku dan emak sahaja. Along tak dapat cuti, masa ni dia sedang bekerja di Labuan kontrak selama tiga bulan. Selepas aku tamat belajar kira2 akhir bulan julai, aku terus hantar resume ke semua company. Aku harap sangat dapat kerja dalam masa terdekat. Tapi rezeki aku masih belum sampai.

Aku masih lagi tak putus asa, aku buat bisness online. Jadi dropship jual tudung,beg,skincare. Alhamdulillah maju bisness aku. Walaupun baru mula. Dalam masa aku penat berbisnes tu, aku mula perasan bila aku menaip pada keypad hp selalu je tak “tertekan”. Dan hp pun selalu terjatuh bila aku pegang. Masa ni berat badan aku pun menurun. Tapi aku abaikan sebab aku rasa benda tu normal. Masa belajar dulu pun aku tak selalu makan. Berbalik pada history penyakit aku tu, aku beranikan diri untuk ke hospital semula buat appointment baru. Maka bermula lah perjalanan aku dan sakit yang aku hadapi.

Dr sahkan aku ada hypeerthyroid. Sebab mak aku,mak cik aku pun ada jugak sakit ni. Dia macam keturunan. Dan aku ada perasan ada benjoolan tepi leher aku. Keadaan aku makin lesu, aku perlu ke hospital hampir setiap dua minggu dan bisness pun kena slow down. Dan untuk pengetahuan aku ni tak reti drive manual, semua kereta pulak manual kat rumah ni. Jadi untuk jumpa pakar along la yang akan bawak aku ke hospital. Dan sebab asyik ulang alik ke hospital, habis cuti tahunan along gunakan untuk aku.

Hampir berbulan ke hospital,akhirnya aku terpaksa dioperated untuk buang kelenjar thyroid yang semakin membesar. Dan kos rawatan 2/3 adalah dari duit simpanan along berikan untuk aku. Hari berganti hari, keadaan aku bertambah baik. Masa ni aku dah start cari kerja balik ikut kelulusan aku. Akhirnya aku dipanggil iv di sebuah company di negeri aku jugak. Memang betul2 rezeki ni. Bisik hati aku. Masa iv tu, interviewer tanya aku “boleh drive kan?,sebab kerja ni awak kena banyak travel”.

Tanpa fikir panjang aku terus anggukkan je, sebab aku memang nak sangat kerja tu. Balik tu aku bertekad nak belajar kereta. Tapi aku hanya ada sebulan je nak masuk kerja. Dan aku memang totally lost dah nak bawak manual. Jadi mak cik aku ajar aku drive balik,tapi guna auto bukan manual. Terkial-kial aku bawak. Sambil tu mak cik aku sempat rakam moment aku belajar memandu tu, dalam video tersebut aku sempat la bergurau sambil mention nama along aku “along,tengok ni dah boleh drive! Nak kereta auto satu”, tapi masa tu aku melawak je.

Dan mak cik aku pun sent video tu dekat along aku. Dia memang macam tak percaya aku boleh drive lepas bertahun tak bawak kereta. Aku pun selalu berdoa semoga Allah bagi jalan untuk aku macam mana aku nak belajar drive dan ada kereta sendiri sebab tuntutan kerja aku nanti. Dua minggu lepas tu, along bagitahu. Dia nak jual kereta dia sebabnya nak beli kereta lain yang auto. Tapi nanti kereta tu dia bagi aku guna untuk kerja.

Aku tanya,”habis tu along nak naik apa?”

“along naik moto je. Lagipun dekat je tempat kerja ni. Sekali sekali kerja jauh along pinjam la kereta Man tu”- merujuk pada kereta arrwah ayah aku. Man tu adik lelaki no 3 aku.

Ya allah,besarnya pengorbanan along. Aku tak mampu nak balas dengan apa2. Makin hari makin terharu dengan along. Terlalu banyak pengorbanan dia untuk kami satu family. Walau along tak de kelulusan macam orang lain, hanya setakat SPM je, tapi dia rajin bekerja. Pandai berjimat cermat. Pernah masa tu nak raya, depan kami adik beradik along bagi mak rm 3000 katanya buat belanja raya. Beli adik2 baju,beli kuih raya sikit2. Dia kumpul sampai banyak tu. Kami tak kaya tapi kami bahagia.

Setiap kali aku solat,aku tak pernah lupa nak selitkan nama along aku. Aku selalu doakan along dapat pekerjaan tetap,along dapat jodoh yang solehah.

Kepada along yang tersangat aku sayang, semoga Allah balas jasa2 along buat untuk kami. Kepada korang yang sudi baca cerita aku ni, doakan along aku ya. Amin

– Mardiah via kisahrakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *