Pelakon dan penyanyi Nadzmi Adhwa mengakui sukar untuk menjalinkan hubungan cinta bersama dengan teman rapatnya, Ardell Aryana.

Menerusi entri di Instagram, Nadzmi menjelaskan dia ada sebab tersendiri kenapa Ardell tidak sesuai untuk menjadi kekasihnya.

“Sakitlah bongok, sebab itu la kau tak boleh jadi awek aku! Garang sangat kau pun.

“Kau dah boleh masuk PASKAL dah. Patutla kau andartu. Opps, dah macam shooting paskal 2 dah aku rasa!

“Ini music video yang cute weh bukan gengster punya Mv. For bodybuilder out there jangan cari trainer macam dia ni bengkak tisu-tisu badan weh,” tulisnya secara berseloroh.

Rata-rata mengakui terhibur dengan gelagat yang ditunjukkan oleh Nadzmi dan Ardell dalam video yang dikongsikan oleh mereka itu.

“Hai Jodoh, Aku Mahu Kamu…”- Nadzmi Adhwa Lamar Ardell Aryana?

Umum mengetahui pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana berkawan rapat sejak pelakon wanita itu dikatakan jatuh sakit.

Terbaharu, Nadzmi memuat naik videonya sedang menyanyi di dalam kereta bersama Ardell di akaun Instagram (IG).

Menerusi entri tersebut, Nadzmi bertanya kepada pengikut IGnya, pernahkah mereka kena ‘friendzone’ (reject bercinta/ berkawan sahaja) dihadapan orang yang disukai.

“Siapa pernah kena friendzone depan depan? Bukan sekali tapi dua kali tau, Taknak dia kata. Orang cakap orang yang mula mula memang taknak nanti dah lama lama orang yang kita taknak la orang yang paling kita sayang,” tulisnya

Dalam video terbabit, Nadzmi telah dua kali cuba ‘melamar’ Ardell sebagai kekasihnya, tetapi malangnya, Ardell menolak bulat-bulat.

“Hai jodoh…kau lah jodoh,” kata Nadzmi kepada Ardell

“Tak nak la..!” jawab Ardell.

Tidak berakhir disitu, Nadzmi kemudian cuba buat kali kedua.

“Aku mahu kamu…” katanya.

“Ehh bongok ea kau! Tak nak laaa..” jawab Ardell sambil ketawa

Rata-rata pengikut mereka terhibur melihat gelagat mereka di dalam video tersebut.

Malah ramai mendoakan agar mereka dipertemukan jodoh.

Pandai-Pandai Je Cakap Hidup Tak Lama Ardell Aryana

Pelakon Ardell Aryana berharap netizen tidak membuat andaian sendiri mengenai keadaan kesihatannya.

Menurut Ardell, tahap kesihatannya tidaklah seteruk yang difikirkan netizen.

Ardell menjelaskan perkara itu menerusi kenyataan di akaun Instagramnya semalam.

“Ajal mavt bukan di tangan kita dik, bukan sebab penyakit je boleh mennggal. Orang sihat pun boleh meninggal.

“Sakit biasa-biasa pun boleh mennggal. Jangan lah tanya soalan macam ini okay (akak tak nazak, soalan adik yang n4zak sangat akak baca. Pandai-pandai je cakap hidup tak lama,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ardell juga turut menjawab beberapa soalan yang diajukan kepadanya menerusi kiriman mesej peribadi dan emel. Antaranya berkaitan dengan soal jodoh.

“Kalau ajal je di tangan tuhan inikan pula jodoh dik, kalau tuhan kata panjang umur panjang lah jodoh (ada la jodoh dunia) kalau takde maka takde la .

“Entah lah jawapan last ni susah sikit, sebab kalau nak kata kesian bukan jodoh je. (Saya punya kakak kandung sendiri terpaksa amik cuti 4 bulan di tempat kerja dihospitalnya hanya kerana untuk menjaga saya di rumah dan bawa saya ke sana kemari bekerja, menjahit,memasak , shopping, berjalan.

“Saya ok je bukannya sakit apa sangat tapi akak risau dan saya masih ada kaki untuk berjalan ok. Itu pun kadang rasa menyusahkan.

“Tapi apa saya perlu buat untuk tak menyusahkan orang? BANGKIT la. Teruskan hidup macam biasa, keluar, kerja, buat itu buat ini. Apa yang saya rasa saya suka just do it.

“Kalau penat berhenti, jangan push diri. Kalau boleh just buat tanpa tapi atau nanti. Dah namanya dunia ni pentas ujian, maka hadapi dengan tenang . Paksa diri jadi hebat di mata orang yang sayangi kita,” jelasnya.

Terdahulu, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 28 dikhabarkan menderita penyakit k4nser tahap 3.

Ardell juga menjadi perhatian netizen selepas memuat naik vide0 berkerusi roda yang menimbulkan tanda tanya mengenai keadaan kesihatannya pada 9 Julai lalu.

Sebelum ini, rakan baiknya pelakon Nadzmi Adhwa memuat naik status di laman Instagramnya menasihati Ardell supaya tidak cepat mengalah dengan ujian Allah.

Sumber : gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *