Assalammualaikum pembuka bicara seindah kata…Aku seorang lelaki..Umur pertengahan 20an..Tergerak di hati ni nak berkongsi kisah dan pengalaman aku tentang ‘kawan baik’ dan bakal tunang aku..Kisah ni jadi dalam pertengahan tahun lepas..Tujuan aku menulis bukan ingin membuka aib sesiapa tapi lebih kepada ingin berkongsi rasa dan meminta pandangan..Harap para pembaca dapat memberi komen yg bernas dan membina sekiranya kisah aku ni disiarkan..Okay mari kita mulakan.. Bismillahirahmanirahim

Aku namakan kawan baik aku ni Fuad..Kami dah lama berkawan sejak dari sekolah rendah hingga la sekarang..Fuad ni aku anggap ‘blooodbrother’ , sebab baik buruk aku dia tahu dan begitu juga sebaliknya..Segala suka duka kami memang akan kongsi dan bertanya pendapat..Semua nya seperti biasa sehinggalah aku ditakdirkan utk bertemu dgn seorang wanita yg membuatkan aku rasa , yeahh dia la bakal bini aku.. Ayu nama nya..

Pendek kan cerita masa Aidilfitiri yg lepas aku ada buat open house . Jadi Fuad dan Ayu memang tetamu wajib dalam list aku.. Aku belum pernah bawa Ayu jumpa Fuad sebab masa tu Fuad masih belajar di utara tanah air..Kira pertemuan pertama mereka di rumah aku.. Selang seminggu atau dua minggu aku perasan yg Ayu ni layan aku dah lain..

Chat balas pendek2 call kdg2 tak jawab.. Aku nak ambik balik keje dia taknak..Nak dtg rumah tak bagi…Tapi aku tak syak apa2 lagi sebab aku memang jenis tak suka bersangka buruk..Aku tanya Ayu , aku ada buat salah ke.? Jawapan nya tidak . Dia okay jer..Perasaan aku je katanya..Jadi bila macam ni aku memang akan cari Fuad untuk minta pandangan..

Tapi bila aku tanya Fuad selalu cakap dia sibuk nak final exam..Tggu dia balik nanti dia jumpa aku.. So aku okay jer..Tak lama lepas tu Fuad balik tapi dia tak bagitau pun..Kebetulan jer terserempak dgn aku kat pasar..Terus aku ajak dia minum , aku cerita dan minta pendapat Fuad..Dan jawapan Fuad , dia suruh aku tinggalkan Ayu..Ayu dah tak sayang kat aku la ape la..Rugi aku kejar Ayu..Kira pendapat yg dia bagi tu untuk kebaikan aku la.. Aku angguk je dengar apa dia cakap..

Plot twist nya disini , aku dah tahu yg Fuad dgn Ayu..Macam mana aku tahu..? Sehari sebelum aku terserempak dgn Fuad kat pasar tu , aku dah nampak Ayu dlm kereta Fuad.. Petang tu aku balik keje awal..Aku ingat nak singgah jumpa Ayu kt tempat keje dia.. Tapi aku tak bagitahu Ayu..Entah macam mana Allah gerakkan hati aku untuk singgah kedai mamak beli air dulu kt depan ofis Ayu ni.. Tiba2 aku nampak Fuad dtg dan Ayu pun senyum je masuk kereta dia..

Tak dapat aku gambarkan perasaan aku masa tu..Saakit pedih kecewa..Tapi aku tak bertindak melulu.. Aku cuba nk korek kebenaran..Sebab tu bila aku terjumpa Fuad kat pasar aku terus ajak minum.. Sepanjang perbualan tu muka dia takde rasa bersalah pun.. Cara cakap bagi nasihat memang terbaik.. Menggigil aku menahan sedih dan geram..

Malam tu aku terus chat Ayu aku mintak dia jujur..Sebab aku dah tahu dia ada affair dgn Fuad…Ayu dah mula menangis rasa bersalah..Dia kata tu pertama kali Fuad ambik dia sebab Fuad baru sampai kampung..Dia tak bercinta pun dgn Fuad.. Cuma mesej2 biasa je..Dia mintak maaf sebab diam kan diri.. Kata nya Fuad buat dia rasa was was kat aku.. Fuad chat dia kata aku macam tu macam ni..Awal nya memang aku tak percaya sebab takkan tergamak Fuad nak buat macam ni kat aku..

Sampai la Ayu screenshot chat yg Fuad hntr kat dia..Ya allah gugur airmata lelaki aku.. Pedih sakit rasa nya ditikam kawan baik sendiri sebab seorang perempuan…Aku tahu Fuad memang mulut manis kalau dengan perempuan..Tapi tak sangka dia punya manis sampai kawan baik punya bakal tunang pun dia nak try siap pakej kutukan dan fitnah kat aku…Aku ambik keputusan untuk undur diri dari dua2 insan yg aku syg ni..

Aku tahu Fuad dah sedia maklum yg dia dah kaantoi dgn aku.. Hari2 aku tunggu dia chat mintak maaf.. Tapi hampa..Aku syg hubungan aku dgn Fuad..Ayu pula terus merayu mintak maaf dan diberi peluang..Akhirnya aku lembut hati dan terima Ayu semula..Akhirnya setelah 2 bulan Fuad pun chat aku.. Panjang lebar ditulisnya.. Katanya dia takde niat nak rampas Ayu.. Niat dia nak tolong aku macam mana cara nak ambik hati Ayu.. Last2 dia yg jatuh hati.. Mudah nya dia berkata.. Aku cuba positif dan berdoa agar Allah kuatkan hati aku..Aku maafkan Fuad sebab aku sayang kan hubungan persahabatan kami..Aku cuba buat macam bendaa ni tak pernah berlaku..Tapi maaf yg aku beri takkan dapat menebus kepercayaan yg telah berkeecai..Sorry bro..

Aku tak boleh nak percaya kau macam dulu.. Kita masih ‘kawan baik’ tapi tak sebaik yg dulu.. Kdg2 aku rasa boodoh maafkan kau..Tapi aku selalu pujuk diri aku sendiri untuk lupakan.. Semoga aku terus istiqamah.. Aku nak bertunang dah dgn Ayu hujung minggu ni.. Aku harap pertunangan ni dapat membawa sinar baru.. Doakan aku .. Terima kasih..

– syedhafzan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *