Seiring dengan perubahan zaman, kebanyakan pengantin kini lebih gemar memillih untuk menyarung busana moden dari fabrik lace dan chiffon berbanding material tradisonal warisan, songket. Malah untuk hiasan kepala pengantin perempuan lebih gemar berhias dengan kain layah, tiara dan bunga segar berbanding hiasan cucuk sanggul.

Mungkin harga songket yang lebih mahal berbanding fabrik mewah yang lain menjadi kekangan untuk dijadikan pilihan pada hari bahagia tersebut. Ada juga yang berfikiran yang material songket tidak sesuai dipakai pada hari resepsi yang panas, bimbang tidak selesa pada hari penting tersebut.

Namun, secara peribadi, penulis tetap merasakan yang songket adalah fabrik yang akan ” menjamin keanggunaan raja dan ratu sehari. Fabrik seperti lace dan chiffon kalau dinilai betul-betul, sudah menjadi fabrik lazim dan sudah jatuh “nilai keistimewaannya”. Manakan tidak, pada majlis-majlis perkahwinan kini, kebanyakan tetamu majis sendiri sudah biasa menggayakan baju kurung dan kebaya daripada dua fabrik ini. Fenomena seperti ini mungkin akan buat pengantin seperti kurang seri walhal fokus pada majlis tersebut seharusnya hanya milik kedua mempelai.

Mungkin agak sukar untuk mereliasikan konsep majlis tradisioanal melayu memandangkan faktor susah didapati, kos yang tinggi atau mungkin juga kurang praktikal. Konsep kontemporari dan unsur-unsur moden boleh dikombinasikan dalam menjadikan busana pengantin anda lebih menawan pada hari berbahagia tersebut.

Tidak perlu serba serbi perlu ada elemen tradisional. Malah gabungan tradisional-moden buat busana nampak lebih menawan. 13 busana pengantin yang digayakan para selebriti Malaysia ini mungkin yang boleh dijadikan inspirasi.

1. Rozita Che Wan dan Zain Saidin

Persalinan ini digayakan dua merpati sejoli ini ketika majlis berinai mereka. Tidak menggunakan songket 100%, namun elemen tradisional dalam busana

ini memang terserlah, ditambah pula dengan hiasan cucuk sanggul Rozita yang begitu unik dan pilihan warna royal purple memang tepat untuk mood dan imej raja sehari .


Kredit Gambar : Astro Awani

2. Scha Alyahya dan Awal Ashaari

Posh dan David Beckham Malaysia kita, Scha Alyahya dan Awal Ashaari juga menyarung busana sepenuhnya dari kain songket tenun pada majlis berinai sesudah majlis pernikahan mereka. Rekaan yang moden dalam material tradisional. Cukup klasik! Dan oh ya, siapa kata hiasan kepala pengantin tradisional perlu sarat?

3. Datin Paduka Umie Aida dan suami

Hanya kain pengantin perempuan dan sampin pengantin lelaki sahaja daripada songket namun rekaan kontemporari dari Jovian Mandagie ini masih tidak lari dari konsep pengantin tradisional.

Kredit Gambar : Ministryofmoment.com

4. Khairul Fahmi dan Leuniey

Ini juga satu contoh busana hasil sepenuhnya material songket. Cuma berbeza dengan busana yang dinyatakan di atas, Leuniey tidak mengenakan cucuk sanggul sebaliknya tiara dan layah.

Kredit Gambar : thr.fm

5. Diana Danielle dan Farid Kamil

Dress dari songket digayakan Diana memang nampak moden. Yang menjadikan busana ini nampak tradisional? Sudah tentu kerana fabrinya dan pilihan warna kuning keemasan. Sama seperti Leuniey, Diana juga tidak mengenakan cucuk sanggul tetapi hanya tiara ringkas.


Kredit Gambar : metrowealthpicture.net

6. Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair

Kami sukakan headgear yang dipakai Bunga Citra Lestari , seiring dengan konsep majlis yang dibuat mengikut adat minang.


Kredit Gambar : kapanlagi.com

7. Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri

Hanya rekaan bahagian atas menggunkan material songket. Jatuh hati dengan rekaan baju Nina (mestilah dari Jovian sendiri), ringkas dan unik. Busana masih nampak berseri walau tiada aksesori digayakan pengantin perempuan.

8. Mizz Nina dan Noh Hujan

Kombinasi konsep pakaian Jepun dan Melayu. Busana Mizz Nina yang direka Michael Ong adalah gabungan kebaya dan kimono.Walaupun busana ini hasil pertembungan dua budaya, namun ciri kemelayuanya tetap kuat dan menyerlah.


Kredit Gambar : cutecarry.com

9. Fouziah Ghous dan Suami

Sekali pandang busana yang digayakan mempelai ini seakan-akan sama dengan yang digayakan pasangan Scha dan Awal. Mungkin disebabkan material dan warnanya tetapi rekaannya ternyata berbeza.

10. Emelda Rosmilla dan Adlin Aman Ramli

Jika selebriri lain banyak memilih dress dan kebaya untuk majlis persandingan, pelakon berbakat Emelda Rosmilla selesa memilih baju kurung. Cucuk sanggul pilihan Emelda juga sangat menarik dan bercirikan tradisonal.

11. Farah Wahida dan suami

Rasanya dari segi busana, memang kurang bercirikan tradisional, tetapi rambut yang digayakan dengan cucuk sanggul buat penampilan raja sehari nampak klasik.

Kredit gambar : BicaraLensa

12. Liyana Jasmay dan suami

Ini persalinan yang digayakan ketika majlis bertandang Liyana Jasmay yang diadakan di Dewan Perdana Felda. Daripada busana resepsi pertama pertama lagi Liyana menggayakan dress potongan princess cut dengan full skirt. Cuma untuk persalinan ketiga ini, bahagian atas dress dari songket.

Kredit Gambar : m-y-r-i-z-a-l.blogspot.com/

Sumber gambar : Internet

Kredit:wanista

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *