Bercakap mengenai Mr Bean, siapa sahaja yang tak mengenali beliau kerana rancangan komedi ini sudah hampir berpuluh tahun menghiburkan kita sekeluarga sehingga menjadi sebuah animasi.

Cukup hanya menggayakan aksi spontan yang lucu tanpa suara, nama Mr Beanlakonan Rowan Atkinson sudah sebati dengan beliau.

Mendirikan rumah tangga bersama Sunestra Sastry, seorang jurumekap yang berdarah Anglo-India pada 1990 dan bercerai pada 2015, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Ben Atkinson dan Lily Atkinson.

Rata – rata komen dari netizen membuat andaian bahawa ini adalah anak – anak Rowan dimana akan menyerupai wajah beliau.

Namun, tahukah anda inilah wajah anak – anak Mr Bean yang anda tidak akan sangka!

Menurut sumber, wajah anak lelaki Rowan tidak banyak kelihatan di media semasa kerana Ben Atkinson kini merupakan seorang askar dan tidak seperti kakaknya yang kini turut berjinak – jinak di dalam dunia hiburan. Kacak dan cantik bukan? Jauh dari sangkaan kita semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *