Sebagai artis tanah air tentunya penampilan bermula dari atas hinggalah bawah selalu akan menarik minat masyarakat. Malah ia sudah menjadi trend kalangan anak muda. Salah satu yang ditiru oleh kebanyakan orang tentunya adalah beg tangan super mahal yang dimiliki oleh artis. Koleksi beg tangan mereka seolah-olah boleh buka butik sendiri.

Apa sahaja dengan nama Louis Vuitton adalah sangat ekslusif dan melambangkan imej mewah. Ianya bermula pada tahun 1854 di Kota Paris. LV dinamakan sebagai antara jenama paling berpengaruh di dunia selama 6 tahun berturut-turut.

Tas tangan LV artis ini harganya boleh mencapai puluhan hingga ratusan ribu ringgit. Malah ada seorang artis yang beg tangannya sahaja harganya sampai RM23k. Wah wah!, siapa agaknya ya? Lihat gambar-gambar di bawah ini, seperti disenaraikan oleh Hangat.com dari berbagai sumber. Harga hanyalah sekadar anggaran.

Marion Caunter: LV Chain It Bag (RM10,864.00)
Jenis tas tangan yang dipakai oleh bekas hos TV ini tidak dapat ditemui melalui laman web LV. Kemungkinan ia direka khas buat Marion.

Uqasha Senrose: LV Petite Malle ( RM23,526.00 )
Jika dilihat pada gambar-gambar yang dimuat naik oleh Uqasha di Instagram miliknya, pelakon muda ini mempunyai banyak koleksi tas tangan berjenama.

Dato’ Aliff Syukri: LV Men Bag Totes (RM7,656.00)
Rasanya semua orang tahu perangai Aliff yang gemar menunjuk barang-barang jenama miliknya di Instagram mahupun di mana-mana media sosial. Selain beg LV, Aliff juga pernah menunjukkan barang-barang LV yang lain seperti kasut dan cincin.

Datuk Seri Vida: LV Chain Bag (RM16,682.00)
Sukanya tengok jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida “shopping” membeli barangan berjenama. Laman sosial Instagram milik Vida, berkongsi segala aktiviti “shopping” Vida, bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk anaknya. Tas tangan ini antara puluhan koleksinya jenama LV. Boleh tahan mahal juga!

Fasha Sandha: LV Monogram Canvas (RM3,469.00)
Fasha memang dikenali sebagai selebriti yang tak pernah kalah dalam fesyen sejak bergelar selebriti. Beg kecil jenama LV yang dipakai nampak ringkas tetapi bergaya.

Kagumkan? Tak salah berbelanja selagi mampu untuk diri sendiri selepas penat bekerja. Jadikan inspirasi bukannya untuk dikecam nanti nampak ada unsur dengki la pula. Husnuzon!

Sumber Louis Vuitton.

Kredit:hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *