Nik Zaris Nelydia Binti Nik Sen (lahir 30 Julai 1994) atau lebih dikenali sebagai Nelydia Senrose ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia dan merupakan adik kepada Uqasha Senrose, yang juga seorang pelakon. Beliau mula bergiat aktif sejak 2007 dan telah tampil dalam beberapa drama televisyen dan mula dikenali melalui drama Setia Hujung Nyawa sebagai Ersalina..

Nelydia juga terkenal dengan beberapa peranan TV termasuk Friday I’m In Love (2012), Cinta Jannah (2013), Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan Setitis Kasih Darmia (2014), Encik Suami Mat Salih Celup (2017) serta Lafazkan Kalimah Cintamu (2018). Selain peranan di televisyen, Nelydia juga terkenal dengan peranannya di layar lebar termasuk watak sebagai Nurul dalam Cinderella (2013) dan sebagai Zizie dalam Mat Tudung (2014). Melangkaui kerjaya lakonannya, Nelydia merupakan pengasas bersama produk kecantikan Secret of Senrose.

Nelydia atau lebih mesra disapa Nely mula berlakon pada usia 13 tahun menerusi watak sebagai Melissa dalam Spa Q yang dibintangi oleh Norish Karman, drama terbitan Global Station Sdn. Bhd itu disiarkan di Slot Akasia TV3 dari 22 Oktober 2007 hingga 26 Mac 2009. Nelydia membawakan semula peranannya dalam Spa Q musim ketiga yang bersiaran di Astro Ria dengan judul baru Spa Qistina selepas dua musim disiarkan di TV3.

Setiap individu pastinya mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam diri masing-masing. Misalnya pelakon cantik, Nelydia Senrose yang rupa-rupanya mempunyai masalah fobia dengan ketinggian.

Menerusi IG Stories di Instagramnya, difahamkan Nelydia ada melakukan sesi photoshoot di salah satu bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa khusus bagi mendapatkan latar belakang bandar indah di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, dek fobia sehingga tidak boleh berdiri gara-gara gayat kerana difahamkan berada pada ketinggian bangunan pada aras 148 tingkat itu, pelakon Cinta Tiada Ganti itu mulai ketakutan!

Tidak mahu patah semangat, Nelydia tetap memberanikan diri meneruskan photoshoot tersebut dan mahu berdiri, namun perasaan gayatnya itu tidak dapat dikawal, sebaliknya dia hanya mampu duduk secara bersimpuh sambil menangis.

Selang beberapa ketika, adik kepada Uqasha itu dilihat tersandar pada sebatang tiang di suatu sudut bangunan tertinggi itu.

Aduhai, tak sangka Nelydia ni seorang yang gayat dan takut akan ketinggian, kan?

Foto: Insta Stories Nelydia Senrose

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *