Syakila Nisa binti Jahangir Khan (lahir pada 17 Mei 1992) atau lebih dikenali sebagai Kilafairy merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia dan merupakan anak kepada penyanyi veteran terkenal, Rohana Jalil. Pelakon dan penyanyi Kilafairy menegaskan tiada apa yang boleh dilakukan untuk menutup mulut orang ramai daripada berkata-kata buruk mengenainya.

Kilafairy pertama kali diperkenalkan kepada umum dalam bidang lakonan pada 2010 menerusi drama Mistik Alam Hitam, kemudian diikuti oleh watak sebagai Kila dalam drama muzikal Hotel Mania.

Pada tahun berikutnya, Kila muncul dalam filem sulung lakonannya, Karak arahan Yusry Abdul Halim.

Beliau menjadi pelakon bersama Erwin Dawson, Cristina Suzanne, Hefny Sahad dan Sarah Hildebrand dalam siri drama misteri, Nafas di ntv7, memegang watak sebagai Khadijah.

Malah, anak kepada penyanyi legenda Rohana Jalil itu enggan mengambil pusing komen negatif netizen di media sosialnya.

3 generasi . Eh tetiba bila sebut generasi, rasa macam nak gi karaoke lagu “Koleksi Gemilang”. So random Ok back to the picture, ni gambar tadi kat open day untuk sesiapa nak kawin, sila pergi ya. Today je segala package kahwin semua affordable Location tu i tag kat atas. Ok bye, lebiu

“Semua benda saya buat orang kata nak tayang aset, pakai baju besar pun orang masih fokus kepada sudut-sudut seksual.

“Jadi, saya tak boleh buat apa-apapun sebab orang akan tetap bercakap. Saya hanya jadi diri sendiri.

“Walaupun pakai baju kurung sekali pun, orang masih nak kecam saya,” katanya kepada Gempak.

Kilafairy yang ditemui pada pertunjukan fesyen Rico Rinaldi Women’s Wear 2019 di White Box, Publika malam tadi menjelaskan dia sentiasa menjaga batas dan mengikut garis panduan berpakaian yang ditetapkan keluarganya.

“Keluarga saya terutama Papa sentiasa menjaga cara berpakaian, seksi-seksi memang tak boleh.

“Jadi saya ikut guideline yang keluarga tetapkan.

“Orang lain nak cakap apa, cakaplah! Yang saya tahu saya masih menjaga maruah keluarga saya, itu paling penting,” tambahnya.

Baru-baru ini Kilafairy menjadi mangsa buli siber apabila posting mempromosi produk penjagaan wanita menjadi medan netizen mengecam pakaiannya. Dalam perkembangan lain, Kilafairy bakal muncul dengan single terbaharu dan melancarkan produk terbaharu Kilafit di Singapura pada Disember ini. Pelakon itu juga akan memulakan penggambaran telefilem sekuel Pengancam Perkahwinan tidak lama lagi.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page ini.

Sumber : gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *