Tujuan aku menulis hanyalah untuk berkongsi kisah hidup aku, moga jadi pengajaran pada masyarakat di luar sana yang sudah berkeluarga atau yang mahu membina keluarga. Siapkanlah diri dengan ilmu dan didiklah keluarga dengan suasana penuh kasih sayang. Maaf jika confession ini terlalu panjang. Doakan aku & keluarga.

Aku anak sulung, aku dan adik kedua sahaja anak perempuan dalam keluarga. Aku mulakan kisah dari aku masih kecil. Ayah aku muallaf, ibu aku muslim tapi tidak benar-benar mengamalkan agama. Sejak aku kecil, aku langsung tak pernah nampak mak ayah aku solat dan puasa. Aku tahu mengenai solat dan puasa melalui sekolah agama rendah. Aku ingat lagi bila tiba bulan Ramadhan, aku berpuasa sendirian. Aku gembira sebab mak sediakan makanan sahur & berbuka, ayah bagi duit raya lebih sebab puasa.

Aku tahu mak ayah aku baik tapi ayah aku ada satu masalah, dia tak mampu nak kawal sikap panas barannya. Jarak aku dan adik-adik aku 4-9 tahun, sepanjang tempoh tu aku jadi mangsa sikap panas baran ayah aku. Mak aku pernah cerita ayah aku pernah bertengkar dengan nenek (mak pada mak aku) sebab nenek aku marahkan ayah aku puukul aku hanya disebabkan aku asyik menangis, normal lah budak kecil umur 1-2 tahun menangis. Bukan sekali dua aku kena sampai aku dah masak. Oh ya, ayah aku cuma garang dengan anak-anak je, dengan mak aku tak pernah nampak dia naik tangan.

Bila adik-adik aku lahir, mereka pun rasa benda yang sama tapi tak seteeruk aku sebab masa ni ayah aku kerja jauh, setahun berapa kali je balik. Kami tak boleh buat bising sikit dalam rumah, kalau tak confirm kena jentik telinga, jerkah, tolak kepala, paling teeruk kena penampar. Rumah memang bersih giila sebab ayah suruh kami kemas, kami buat sebab taakut. Bila ayah takda, macam tongkang pecah juga. Sewaktu 5 tahun aku masih belum boleh lupa,pernah tangan aku lebam dipuukul sebab conteng lantai, conteng sikit je.Ayah buka baju aku,koyakan baju,ayahh buat aku mcm sebiji mcm binataang takde perasaan,aku disebaat dengan rotan,baju aku time ayah buat kain buruk suruh bersihkan lantai yng aku conteng td. jadi kan kain buruk Mak aku lah yang akan sapukan ubat dan pujuk aku. Yang penting kitorang adik-beradik tak ada rasa teruja pun bila ayah balik.

Disebabkan aku dah terbiasa ditengking dipuukul dari kecil, aku jadi berani buat semua tu pada adik-adik aku juga, dan aku tak pernah rasa benda tu salah. Adik-adik aku yang masih berumur 4-5 tahun, aku tengking, pulas telinga, rotan (berdosanya aku atas tiap kesakitan mereka dan air mata mereka). Mungkin mereka juga taakutkan aku macam kami taakut pada ayah. Hubungan aku dengan adik perempuan Alhamdulillah baik sekarang ini tapi tidak dengan adik lelaki.

Alhamdulillah Allah permudahkan aku dalam urusan pembelajaran tapi adik-adik aku tak seberuntung aku. Aku dapat rasakan antara tanda rahmat Allah pada ujian besar yang akan melanda keluarga kami adalah apabila Allah gerakkan hati aku untuk masuk sekolah menengah agama walaupun ditentang keras oleh ayah.

Perkahwinan mak ayah aku diuji dengan adanya orang ketiga mengganggu ayah aku. Mereka berbincang secara baik tapi perkahwinan tak dapat diselamatkan sebab mak minta cerai. Kami adik-beradik tak rasa apa, bagi kami mungkin ini cara untuk kami bebas dari segala tengkingan ayah. Tapi mak aku mula berubah, dari seorang yang lemah-lembut jadi pemarah, suka memaki-hamun terutamanya bila sebut tentang ayah aku. Aku mengiyakan sahaja perbuatan mak aku kerana ayah aku memang salah, kami adik-beradik cuma menadah telinga mendengar perkataan buruk mengenai ayah kami, dan aku nampak perubahan pada adik-adik lelaki terutamanya, mereka semakin benci pada ayah. Ayah aku masih peduli pada anak-anak, selalu menelefon kami tapi adik-adik lelaki selalu mengelak sampailah satu hari ayah aku terdengar dari talian, adik lelaki kata tak nak cakap dengan ayah. Sejak hari tu ayah aku dah tak telefon rumah, ayah cuma hubungi aku atau adik perempuan bertanyakan khabar kami semua.

Form 4 aku masuk asrama, still sekolah agama dan aku rasa ni juga salah satu tanda Allah sangat sayangkan aku. Sejak aku masuk asrama, bila balik aku dah kurang marahkan adik-adik (tapi still tak rasa benda tu salah). Hati aku dilembutkan dengan berjumpa kawan-kawan yang baik, pengisian² rohani di asrama. Semakin lama aku sedar apa yang mak aku buat selama ni salah (cerita keburukan ayah pada anak-anak).

Maka bermulalah episod aku dan mak pula. Tiap kali balik dari asrama, mak aku tak berhenti maki-hamun ayah aku. Hati aku sakit sebab aku tahu benda tu salah tapi aku tak tahu nak buat apa. Bila aku ada keberanian, aku tegur mak aku dengan cara yang baik tapi mak aku tak boleh terima, mak aku tinggikan suara dan aku juga yang ada tempias panas baran ayah aku juga tertinggikan suara. Aku tak mau adik-adik aku bencikan ayah. Dan aku dan mak aku selalu bertengkar disebabkan perkara yang sama. Bila tiada ketua keluarga dan kau anak sulung, aku turut rasa bertanggungjawab untuk menjaga keluarga aku.

Banyak masalah dan kesilapan yang aku cuba perbetulkan tapi berakhir dengan pertengkaran dan adik-adik aku jadi saksi semua tu, aku tak tahu mereka faham atau tidak niat aku tapi yang pastinya mereka hanya saksikan pertengkaran antara mak dan aku. Mak burukkan ayah depan adik-adik, aku nasihat. Mak utamakan hal-hal lain, aku nasihat supaya utamakan adik-adik, adik-adik perlukan duit untuk tuisyen. Ada lelaki yang bagi aku tak baik cuba dekati mak, aku nasihat. Semuanya bermula dengan niat dan nasihat yang baik tapi berakhir dengan tangisan mak dan juga aku, berakhir dengan pertengkaran. Setiap nasihat yang aku beri, mak akan persoalkan kenapa aku tak pernah nasihat ayah seolah-olah dia suci dari dosa, kenapa aku tuding semua yang buruk pada mak.

Berbalik pada ayah, ayah aku tak pernah jumpa kami adik-beradik selepas cerai dengan mak sebab taakut mak marah. Masa aku form 5, ayah aku datang ke asrama. Aku sambut dengan baik dan maklumkan pada mak tapi respon yang aku terima menghampakan. Mak marah. Sejak dari hari tu, aku tak bagitahu mak lagi kalau aku keluar dengan ayah. Beberapa bulan sebelum SPM, aku nak balik ke rumah ayah dan aku fikir mak akan lembut hati bila aku maklumkan pada beliau. Mak kata terserah tapi aku tahu dia tak suka.

Aku sangat terkilan dengan apa yang mak buat. Hari semasa aku balik ke rumah ayah, mak datang ke asrama dengan adik-adik naik ke bilik cari aku sedangkan beliau tahu aku kat rumah ayah, dan mak pun bukan jenis selalu lawat aku kat asrama. Masalah ni sampai ke pengetahuan warden, pelajar-pelajar termasuk pelajar lelaki dan guru atasan sehingga aku dipanggil oleh guru hal ehwal pelajar. Aku dimaklumkan bahawa mak mengamuk di asrama dan marah pada warden yang biarkan aku keluar tanpa pengetahuan mak. Aku sangat-sangat terkilan kerana mak buat onar beberapa bulan sebelum aku nak hadapi SPM. Sepanjang hidup aku, tahun aku nak hadapi SPM lah tahun aku banyak menangis. Disebabkan rasa terkilan yang amat, aku tak balik rumah sampailah mak saudara aku pujuk, dan aku balik rumah lagi sebulan nak SPM tak silap. Masa ni mak aku tak sentuh langsung isu pasal ayah aku mungkin atas nasihat mak saudara aku.

Alhamdulillah result SPM aku boleh dikatakan cemerlang. Aku pun tak sangka, tambahan dengan ujian yang aku hadap. Aku sambung pengajian dalam bidang agama dalam negara dan sekarang tahun terakhir aku dalam pengajian juga dalam bidang agama tetapi kini di luar negara. Hidup aku tak pernah sekali pun Allah palingkan aku dari lingkungan agama dan orang-orang yang baik, syukur pada Allah.

Sehingga tahap ini, aku baru temui hikmah yang sebenar-benarnya dari ujian yang Allah beri pada kami sekeluarga. Barulah aku sedar hikmah itu tidak semestinya dirasai sehari dua selepas diuji, mungkin memakan masa bertahun-tahun.

Barulah aku sedar betapa Allah sayangkan keluarga aku. Allah pisahkan mak ayah aku mungkin dengan adanya ayah dengan sikap panas barannya, keluarga kami takkan mampu berubah jadi lebih baik. Allah temukan ayah dengan wanita yang baik, ayah yang tak solat dan puasa kini istiqamah melaksanakan solat dan puasa in sha Allah. Mak menghidap penyakit misteri dan kini semakin mendekatkan diri pada Allah selepas dirawat. Adik-adik aku keputusan SPM mereka tak seberapa, sekarang berminat mendalami ilmu agama walaupun sebelum ini mereka tidak menunjukkan minat pada agama. Aku yang sudah terbiasa menjadi seorang yang keras hati Allah hantar dari satu tempat ke tempat yang lebih baik, dan kini baru aku sedar perbuatan aku yang sering memarahi adik-adik itu salah tapi aku tak tahu siapa yang patut dipersalahkan atas semua yang terjadi. Aku tak pernah minta untuk jadi seperti ini.

Aku dapat rasa banyak sikap negatif muncul dalam diri aku. Aku jadi seorang yang tidak yakin pada diri, pendiam, suka memendam, suka mengkritik orang lain (aku cuba nak hentikan tapi agak susah), benci pada lelaki yang mendekati aku lebih daripada kawan. Aku sedih dan aku tak nak pun jadi macam ni.

Macam mana hubungan aku dengan mak dan adik-adik sekarang? Pertengkaran dengan mak masih ada tapi tidak sekerap dahulu. Mak aku juga dah boleh terima nasihat-nasihat aku. Aku pernah rasa ujian yang Allah bagi ini terlalu berat bila aku kena berhadapan dengan mak kerana dia ibu aku dan aku wajib menjaga hatinya, dalam masa sama aku tak mahu dia kecundang dengan kebenciannya pada ayah. Hubungan dengan adik-adik masih tidak baik dan aku nampak tanda-tanda mak mengharapkan kami berbaik. Kami tak macam adik-beradik lain yang boleh bergurau-senda, berkongsi cerita. Aku tahu mereka memandang aku dengan kebencian bila melihat mak menangis kerana aku, kerana yang mereka lihat hanyalah pertengkaran.

“Untuk ibuku syurgaku, aku sedar dirimu menanggung lebih banyak derita daripada aku. Ampunkan anakmu yang penuh khilaf. Ampunkan anakmu ini yang banyak berkasar pada anak-anakmu yang lain, aku tidak minta menjadi seperti ini. Aku tahu engkau selama ini bertahan untuk kami, aku sedar engkau taakut kehilangan kami, kerana itu engkau taakut aku mengikuti ayah dulu. Hatimu terguris dengan teguran demi teguran yang aku berikan, tapi aku tahu setelah itu engkau berusaha merubah dirimu. Aku tahu engkau berusaha memberikan yang terbaik untuk kami. Tiap kali aku balik ke rumah, engkau tanyakan makanan yang ingin aku makan lalu engkau masakkan. Hanya saja engkau berkeras bila menyebut tentang ayah.

Percayalah nasihatku bukan kerana benci. Aku mahukan yang terbaik untuk keluarga kita. Maafkan anakmu ini kerana tidak menunjukkan penghargaan di mata kasarmu berbanding anak-anakmu yang lain. Aku ini banyak menyusahkanmu sedari aku dikandungkan, aku sudah menyakitimu. Maafkan anakmu ini wahai ibu. Di hadapan ka’abah aku memohon agar Allah memberi aku kesempatan untuk berbakti padamu dan ayah sebaik-baiknya sehingga akhir hayat kalian.”

“Untuk adik-adik, ampunkan kakak atas dosa-dosa kakak pada kalian sejak kalian kecil, kakak tak tahu semua itu salah, selama ini kakak fikir normal seorang kakak sulung memarahi adik-adik tapi kakak tak sedar kakak sudah melampaui batas, emosi tak terkawal. Kakak tak sengaja. Kakak sentiasa harapkan yang terbaik untuk kalian. Kalian sedar atau tidak, pertengkaran dengan ibu yang kalian lihat itu adalah kerana mempertahankan kalian. Kakak tak mau ibu memburuk-burukkan ayah di depan kalian kerana kakak tak mau kalian membenci ayah, kakak tak mau kalian rugi di dunia dan akhirat dengan membenci ayah.

Kakak nasihat ibu untuk jaga kebajikan kalian di rumah (bukan untuk kakak sebab kakak tak tinggal kat rumah pun). Kakak nasihat ibu supaya tak layan lelaki lain sebab tak mau kalian nampak contoh yang tak baik & sebab kakak tau kalian perlukan perhatian seorang ibu. Harapan kakak, moga satu hari nanti kalian dapat memaafkan ayah. Andai kakak tak mampu lagi mendidik keluarga kita dengan ilmu agama yang kakak ada, kalianlah harapan kakak.”

– Nur via utusan kam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *