Salam

Aku baru terbuka page confession ni sebab post pasal kahwin. Dan aku tengah stress sejak dua hari lepas sebab masalah family. Sampai rasa tak nak raya. Aku perlukan tempat untuk aku cerita. Bukannya takde kawan, dan bukannya kawan baik aku tak tahu cerita aku. Cuma aku nak tempat aku cerita di mana aku boleh anggap aku sedang cerita ke family aku.

Aku gaduh dengan mak aku. aku selalu je gaduh dengan mak aku. sejak sekolah sampailah ke umur aku 24 tahun. Selalunya gaduh sebab mak aku selalu letak kesalahan anak lelaki dia kat aku sebagai anak perempuan. Dan bile aku point out salah anak laki dia, mak aku akan back up anak laki. Oh God knows how I feel. Bukannya mak aku tak tahu anak lelaki dia hopeless, tak buat kerja dan kerja jadi syaitan… And dia akan tetap back up her sons even by downgrading me. Aku kemas rumah, tapi abang aku report kat mak aku dia yang kemas itu ini.

Mak aku bukannya tak tahu aku buat kerja rumah. aku pandai je buat kerja rumah. setiap kali family gathering, akulah yang akan fulfil permintaan anak buah aku untuk buat kek sama-sama. tengah hari masak lunch untuk anak buah makan. petang sambung balik buat kek. pastu masak berbuka. kemas dapur lagi. At the end of the day, “Anon, kau tak reti nak buat kerja rumah ke?”

Sebelum ni, aku boleh je beralah dan cool je. Tapi semalam, aku rasa aku dah tak boleh cool. Nak berdoa lepas solat untuk mak ayah pun aku rasa sayu kenangkan benda ni.

Well, aku cerita benda macam ni mesti ramai kata pentingkan diri aku ni. Benda yang aku nak cerita tapi tak mampu nak cakap kat mak aku adalah aku pernah kena caabul, hampir diroogol, kena selak baju, diintai mandi, kena pukuul dan hentak kepala setiap hari, ugut kena bunuuh oleh abang-abang aku dan adik lelaki aku. Semua ni berlaku sejak aku umur 7 tahun sampailah ke darjah 6. I remember well cause I write a diary. Dan sebab tulah setiap kali mak aku back up anak lelaki dia, aku tak boleh terima. lagi-lagi dia nak compare aku dengan anak lelaki dia yang dia tahu diaorang tak solat, tak buat kerja, pemalas…

Pernah terfikir, agak-agak kalau aku kahwin, mak aku akan masih layan aku macam ni. Husband aku akan dapat ubah tak hidup aku… I am so devastated… rasa macam useless belajar tinggi-tinggi, pandai itu, pandai ini, last-last mak dan ayah sendiri downgraded macam kau takde value lansung. Aku penat. Sepanjang aku sekolah, hidup takde self-esteem. Self-confidence lagi jauh takde. mak ayah kerja compare dengan abang, kakak, adik. just because my math skills is level c and my whole life has no worth. Ditambah lagi dengan aib abang aku yang aku kena simpan. rasa macam nak pecah hati ni.

6 tahun aku bangun sendiri, bina sendiri value pada diri aku. cari siapa aku nak jadi. apa aku nak buat. and now, mak ayah aku setiap hari akan compare dengan siblings aku yang berjaya atas pertolongan mak ayah aku. berjaya buat bisnes pun sebab ayah kasi tanah, modal. dapat kerja tinggi pun sebab guna cable dalam mak. And here I am, have to struggle my master, get my job by myself. nak buat bisnes kena cari duit sendiri.

Everytime, after a fight, I always ponder to myself “Am I that lucky?” “Does everyone still think I am lucky after knowing the real stories?”…

Aku dah takde rasa nak raya dengan famili aku. aku tak rasa pun nak masak rendang, buat kuih raya, ironkan baju mak ayah aku… I dont feel like I want to do it. Aku promise tahun depan dan seterusnya aku tak akan balik rumah masa raya. I won’t.

Dan sebenarnya aku buntu… aku nak lari dari rumah raya ni but i can’t.

Sumber : Anon via utusan kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *