Assalamualaikum. Aku harap admin dapat post pasal confession aku ni.

Kes buuli yang makin teruk sekarang ni membuatkan aku terpanggil untuk ceritakan yang aku adalah mangsa buuli waktu sekolah. Sampai sekarang aku boleh kira dengan jari kengkawan yang ada disebabkan trauma ni.

Cerita dia start dengan sorang bff aku. After kitaorang dapat straight A dalam pmr, aku ditawarkan ke mrsm tapi bff aku tak dapat offer dari mana mana sbp. So dia stay sekolah lama.

Aku ni ada penyakit scoliosis since lahir. Fizikal aku macam orang normal, tapi bila perhati betul betul bahu aku ni senget sebelah. Simptom aku dapat, sakit yang teramat di bahagian backbone. Plus kalau study lama 5-6 jam, dia punya sakit sampai panas and kebas kat situ. Itu membuatkan aku untuk berbaring sekejap.

Nak dijadikan cerita, aku masuk mrsm tak lama dalam 2 bulan +- . Aku ambik keputusan untuk berhenti disebabkan badan aku dah tak tertahan sakitnya.After sebulan aku rehat dekat rumah, aku daftar masuk semula ke sekolah lama.

Sehari sebelum aku daftar, ada buat jamuan hari jadi anak saudara kat rumah aku time tu. And aku jemput la bff aku ni. Dengan gembiranya aku bagitahu dia yang aku nak masuk balik belajar kat sini. Tapi luluh hati aku belum sempat lagi bff aku ni turun dari motor ( aku jemput dia dgn motor) dia terus kata ” biar aku terus terang dekat kau. Actually bebudak dekat dalam class semua tak suka kau balik sini semula”. Aku tersentap weh.. Kenapa?? Apa salah aku sampai diorg tak suka? Sebab sebelum aku pergi pun, diorang elok je dengan aku siap farewell. Aku pun tak pernah cari pasal dengan diaorang. Takde pulak masam muka. Pelik pelikk.

So malam tu dia msg aku bagitahu yang dia pun sebenarnya tak suka aku balik sekolah ni. Korg tahu sebab apa yg dia bgtahu aku?? AKU IRI HATI DEKAT KAU SEBAB KAU NI PANDAI. SEMUA CIKGU SUKA KAT KAU AND KAU DAPAT MASUK SEKOLAH BAGUS. Ya Allah.. Kawan baik aku. Dalam diam iri hati hasad dengki. Dari kecik aku kawan dengan dia sememangnya baik. Tapi langsung tak sangka dia lah batu api satu class taknak terima aku balik semula sekolah.

Kawan aku ni dari dulu mmg selalu result dia belakang aku, waima dia study lebih dr aku. Tp itu rezeki masing masing. Aku no 1, dia no 2 . Aku ada lebih satu A kdg dia kurang. Kadang sama, tp pointer pulak. Ntah la. Cikgu aku selalu jugak kata ” kamu kalau nak berjaya, kamu kena iri hati pada kawan yg berjaya” . seriously aku rasa kawan aku ni dah salah faham advice cikgu aku ni. Iri hati kat situ means kau kena bersaing secara sihat, bukannya kau burukkan kwn kau lepastu kau pulau kan dia sebab dia lebih seinci je kejayaan dari diri kau.

Malam sebelum aku daftar sekolah, bertalu msg masuk dari sorg budak lelaki dlm class aku. Dia maki aku. Katanya aku tak layak masuk sini smula. Mcm mcm kata kesat dilempar. Aku tahan airmata. Gagahkan diri, aku daftar jugak pada keesokannya.

Masa aku mula langkah masuk ke class, semua mata memandang aku atas bawah. Tak kurang yang menjeling, berbisik. Seharian tu classmate aku yg biasa bersembang dgn aku pun tak bertegur. Si bff aku tu lagi lah, terkunci mulut and duduk jauh dari aku. Nasib la ada sorang kawan aku yg tak ambik port sgt hal nak pulaukan aku ni. So aku kawan la dengan dia ni stiap hari.

Aku sangka pulaukan aku akan habis dalam sebulan dua. Tapi tak, dari form 4 sampai sekarang umur aku 22 tahun nak masuk ke 23.

Verbally bullied. Telinga aku ni tadah je. Aku kan takde kawan nak backup, so aku senyap. Balik rumah aku menghadap airmata dalam bilik berjam jam. Sampai la aku decide untuk attend skolah 2-3 hari je seminggu. Kadang sehari je aku attend. Memang banyak la yang aku tertinggal. Tapi aku belajar sorang diri setiap chapter baru dekat rumah. Aku bukan goyang kaki. Bagi aku, kalau kat sekolah aku tak dapat focus, at least aku study kat rumah. Aku dtg sekolah bila ada experiment, buat report, ulbs , test, quiz and segala yg penting untuk aku attend je. Memang classmates aku teramat suka aku tak mari sekolah kan. Bila exam aku perform. Aku dapat 2 top student dalam class. Mana tak berapi nya yang anti aku.

Lama kelamaan aku perhati kawan kawan aku mcm dah tawar hati nak satu group dengan aku bila experiment biology, chemist dgn physics. Mana tak nya, aku ada 3 org. Kalau grouping nak ramai ramai ikut ats cikgu.kena lah cekau sorg dua dari group yang anti , tapi korg tau apa? Diorg sanggup grouping sampai 6-7 org . Punya lah taknak join group aku. Sampai 2-3 x aku tak dapat buat experiment sebabnya tak ckup org. At last aku suruh kawan aku 2 org tu pegi lah masuk group diorg. Mesti korang pelik, asal cikgu tak handle diorang ni? Diorang ni kuat mengampu cikgu, and cikgu pun turut je apa yg diorg buat pada aku dalam lab.

Kalau tinggal aku sorang pun kat table tu, cikgu still buat dunno. Yang paling aku kesian bila buku 2 orang kawan aku kena koyak, conteng dgn kata kesat. Aku ambik keputusan untuk drop biology. Cikgu class aku puas pujuk tak bagi drop sbb last exam aku dapat A. Aku explain kat dia, aku taknak disebabkan aku, kwn aku dua org tak dapat focus biology and dipulaukan. Aku sanggup berkorban. Walaupun impian aku nak jadi doctor. So aku ambik prinsip akaun which is bebudak top dalam class aku tu anggap prinsip akaun ni paling low or bebudak yang bodoh je ambik.

Ni pun dah bulan ogos. Aku tak tahu ape langsung akaun ni.

Aku ni hari hari minum air mata agaknya. Mana aku tahan, aku kena perli. Ejek.. Barang barang aku dalam meja class kena buang. Aku pernah kena lontar batu dari belakang kena dekat kepala. Diorang budak pandai, tapi aku tak tahu kenapa perangai diorg macam takde akhlak buat aku macam tu. Fikiran budak budak. Ada satu hari aku dah hilang sabar. Cikgu addmath tengah explain dekat depan, geng diorang ni 14-16 org duduk tido. And cikgu buat dunno je. Aku tak pernah tido dalam class, tapi kwn aku dua org ni ada lah sekali sekala dulu tido, terus kena herdik . Kebetulan masa tu kawan aku dua org tak tido, so aku cakap kuat kuat bagi smua orang dengar yang cikgu tengah mengajar kat depan. Kau tau cikgu cakap apa ? ” biarlah diorg tido, penat tu”

what the??!! Ohh tukang mengampu boleh lah tido. Ni class bukan rumah. Aku perli diorg. Berbalas jugak lah perli tu. Aku bagi paling power and jeling paling tajam , terus senyap.Ehh .. Esoknya baru lagi aku letak beg masuk class, dah kena panggil guru disiplin. Aku puukul budak ke? Aku buuli org ke ape ? Semua tersengih menganjing aku kena panggil cikgu disiplin.

Fyi, cikgu ni tegas tp dia baik dgn aku. ” saya dengar awak mengamuk semalam? Betul ke?” Bermulalah air mata aku jatuh and cerita perkara terjadi. Cikgu conclude yang aku tak bersalah tapi diorang dah melampau. Cikgu decide nak basuh sikit diorg ni.

Aku pun ingat semua ni akan reda. Tapi tak. Kali ni teacher english aku masuk campur yang entah dari mana aku buat salah dekat dia. Dia burukkan aku dekat cikgu lain. Katanya aku tak focus dalam class dia. Aku bukak buku subject lain lah. Aku pakai baju sendat lah. Padahal badan aku ni keding. And aku pakai baju kokurikulum yang lama. Korang tahu apa yg buat dia malu? Lepas spotcheck baju sendat, aku ni pass kot. Dah siap nak masuk lab chemist. Ehhh kena panggil balik semula. Katanya baju aku ni dah alter bagi sendat. Dia datang dekat aku sekali dia sentap baju kuat kuat dia tarik tengok bahagian dalam . Terkejut dia. Malu . Satu haram jahitan alter pun takde. Baju yg aku pakai tu jahitan sama macam aku beli. Cuma lusuh sikit. Boleh dia mngamuk dekat aku, ” pegi sekolah jangan pakai baju lama! Faham!!”

Ulbs aku pun dia taknak buat korang tau. Aku datang sbb dia panggil buat ulbs. Boleh pulak dia halau aku. Dia cakap busy. And taknak buat dah ulbs aku ni. Aku merayu la bagi 5 mins je. Takk. Muka dia berkeras taknak aku buat padahal panggil aku datang. Tak faham betul aku. Busy apa nya, aku tgk online fb dkt laptop. Hmmm .

Aku tahan air mata, aku pegi pada ketua panitia bhasa inggeris . Aku buat ulbs dengan dia. Habis cerita. Dia ingat boleh fail kan aku macam tu je.

Banyak lagi sebenarnya yang diorang buat pada aku. Selama 2 tahun aku cuma balas masa kena pangil cikgu disiplin tu je. Lepas tu aku tadah muka, telinga segala yang ada dengan herdikan diaorang. Nak dipendekkan cerita, aku print segala classmate aku kutuk dekat fb. Banyak memang banyak. Aku bawak dekat kaunselor. Aku bagitahu nak report kes buuli yang terjadi pada diri aku. Aku nak bawak hal ni ke peringkat lebih tinggi. Kali ni aku nak report sekali pasal teacher ke ppd. Korang tahu apa? Cikgu kaunselor aku merayu rayu pada aku supaya jangan ambik sebarang tindakan pada teacher and *student kesayangannnnn*. Aku hembur air mata. Cikgu tak bagi aku rosakkan nama baik sekolah. Aku dah lapor pada pengetua sebelum tu tapi apa pun takde tindakan. Aku pendam hati yang luka, aku harapkan cepat lah habis sekolah. Aku tak mampu bergenang air mata setiap hari.

Sehari sebelum spm aku dischrage ward. Dengan tak banyak preparation untuk spm, aku akur. Kata kata diorang pada aku ” Dia bukan sakit pun. Saje mintak simpati” . Allah.. Kalau lah korang yang mengata tu tahu macamna sakit dia. Ada lah sorang dua yang datang mintak maaf pada aku sebab nak spm kan. Kang ada dosa selambak, nak jawab payah.

After spm semua bawak haluan sendiri sampai lah tahun lepas aku di invite masuk group batch sekolah. Aku bertegur sapa dengan diorang dengan harapan * dah tak ada dendam antara kita. Masing dah besar, lupakan hal dulu*

Pappp. Ternyata aku silap. Nampak je nama aku dalam group, semua senyap. Ada sorang classmate laki dulu yang maki aku, dia ejek ejek aku dalam group. Korang nampak tak.. Sepanjang 6 tahun ni. Jujur demi allah, aku selalu termimpi apa diorang buat pada aku sampai aku menangis dari tidur. Trauma. Dalam mimpi tu macam flashback ap yang jadi. Sedangkan aku dah maafkan diaorang. Aku cuba nak lupakan tapi tak boleh. Aku nak berkawan dengan diaorang semula tapi diaorang tolak diri aku. Fb pun diaorg tak friend dengan aku. Yang sorang lagi classmate aku tu friend dekat wechat, ingatkan okay dengan aku sebab aku tebal muka beraya rumah dia. Lepas je tu terus dia unfriend aku. Malu aku yang cuba berbaik ni. Salah ke sedangkan aku mangsa cuba berbaik. Hmm.

Sebenarnya kesan buuli tu mendalam pada mangsa macam aku. Bukan sehari dua terkesan, tapi macam aku trauma 6 tahun . Dan aku tak tahu sampai bila akan berhenti. Aku jadi taakut nak berkawan dengan student lain dekat kolej. Sekarang diaorang pandang sinis pada aku sebab tak study uni/ poli macam diaorang. Walhal aku dapat biasiswa, matrik, offer foundation to dgree, etc. aku nampak low sebab masuk ipts. Aku decide untuk study kolej dekat dengan rumah, so that aku ulang alik fisioterapi dan tengokkan orang tua aku. Yang paling okay kat kolej aku ni, lecturer dia bagi aku untuk rest pegi berbaring. Lepastu sambung masuk class. Excuse fisioterapi. Ok la.

Yang menampakkan aku lagi low, after graduated kolej, aku tak kerja. Eventhough aku dapat best award student. Aku buat freelance.Satu sebab kesihatan aku, tapi yang paling utama , aku berbakti pada mak ayah aku memandangkan ayah sedang uzur sakit dua jenis cancer. Semua tahap 4. Ayah aku dah tua hampir 80 tahun. Aku bongsu, jadi apa salahnya aku stay rumah berjasa pada mak dan ayah? Kejayaan tu ditentukan pada nilai gaji and pekerjaan ke? Aku tak dibayar gaji, tapi aku kumpul saham akhirat. Kenapa perlu pandang sinis pada aku dengan jalan hidup aku ni? Tak cukup ke apa yang diaorang dah buat pada aku dulu?

Please mentality orang kat luar sana. Jalan hidup kita tak semuanya sama. Aku pernah disoal dalam group ” wehh apa dah jadi dengan life best student kita? Huhuhu” . Mengherdik, mengejek kehidupan aku sekarang. Beruntung lah kau dan kau diluar sana yang dikurniakan tubuh badan yang sihat dan kedua ibu bapa yang masih gagah. Dan satu lagi, tolong lah pada yang kaki buuli dekat luar sana tu, korang pasti apa yang korang buat tak terkesan pada mangsa? Korang pasti apa yang korang lemparkan kata kata dulu tak tinggalkan trauma? Jangan diakhirat nanti kau merangkak mencari mangsa buuli kau dulu, sedangkan dia dah terseksa hidup dengan kenangan buruk disekolah macam aku. Dan hati hatilah dengan kawan yang backstabber.

Maafkan aku kalau coretan ni panjang sangat dan penulisan yang tunggang langgang. And some of them yang buuli aku pun tak tahu kenapa diorang pulaukan aku ni. ( terikut ikut nak buuli sama. Nanti kena pulau pulak kalau baik dgn aku) Dari sorang kawan baik aku dia pernah tanya kenapa . Yang buuli aku takde pun cakap aku pernah buat salah mcm mengumpat ke ape ke. tapi the reason ” dia tu fast learner. Tak belajar sangat pun dapat result gempak” itu je?? Sebab tu je semua jadi pembuuli pada diri aku? Jauh sekali aku nak bangga diri. Itu rezeki masing masing. Kadang terfikir, student class depan ni sememangnya takde kerja lain gamaknya. Hal mcm tu pun sanggup pulaukan aku sampai sekarang.

Hmm ada tak cara macamana aku nak keluar dari trauma ni? Tolong aku macamna.

– Mangsa buuli via utusan kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *