Susulan pergolakkan yang pernah melanda rumah tangga Mia Ahmad, peminat berasa lega melihat posting terbaru mereka sekeluarga sedang bercuti di Jepun, yang dimuat naik di Instagram Izham Tarmizi.

Menerusi posting itu, Izham memuat naik gambar mereka sekeluarga bersama anak tersayang, Sayf Issa yang kini sedang bercuti. Melihatkan gambar itu, peminat menyangkakan pasangan itu sudah pun berbaik.

Sebelum ini Mia pernah berkata, beliau akan mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan rumah tangganya yang bergolak. Rata-rata di ruangan komen, ramai mendoakan pasangan itu kembali bahagia seperti dulu.

Terdahulu tindakan Mia memadam semua gambar suaminya di media sosial, seolah memberikan bayangan rumah tangganya sedang bermasalah. Bagaimanapun Izham pula menafikan dakwaan beliau curang dengan wanita lain.

Setiap masalah ada penyelesaiannya, jika boleh diselesaikan secara baik apa salahnya. Tumpang gembira melihat Mia kembali bahagia disisi suami tersayanag dan anak yang baru saja dilahirkan.

Mia Ahmad tekad pertahankan rumah tangga

Mia Ahmad Dan suami dilihat bercuti bersama, alhamdulillah semoga kekal bahagia.
Meski sedang berdepan kemelut rumah tangga yang kini sedang hangat diperkatakan, pelakon Mia Ahmad bertegas untuk terus mempertahankan ikatan perkahwinan yang dibina bersama penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Mohd. Izham Tarmizi Roslan.
Menerusi Insta Storynya beberapa hari lalu, Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, 30, menyatakan dia akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan rumah tangganya.

“Anda boleh cakap apa saja dan saya tahu apa yang saya lakukan serta akibatnya.

“Hanya ALLAH, saya, suami dan dia (wanita yang dikaitkan dengan suami) tahu kebenarannya.

“Saya akan buat apa sahaja untuk menyelamatkan rumah tangga saya,” luahnya.

Dalam pada itu, pelakon Hati Perempuan ini juga enggan mengambil peduli tentang kata-kata orang di luar sana terhadap kemelut rumah tangganya itu.

“Orang tidak tahu apa yang saya lalui. Mereka tidak rasa apa yang saya rasakan.

“Apa pun saya juga berterima kasih kepada media sosial kerana memudahkan semua ini (pastinya ada baik dan buruk). Jadi, apa pula seterusnya?” tambahnya.

Terdahulu, Mia mengundang tanya tanya ramai apabila memadamkan semua gambar suaminya di laman Instagram, selain memuat naik status yang memberi gambaran seolah-olah rumah tangganya sedang bergolak.

Biarpun seuaminya Izham tampil membuat penjelasan dan menepis segala spekulasi berhubung pergolakan rumah tangga mereka, namun ia terus diperkatakan ramai sehingga hari ini.

Mia dan Izham mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sayf Issa pada 28 September lalu.

Sumber : rotikaya / sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *