Assalammualaikum admin,

Saya nak kongsi pengalaman hidup sy kpd admin, klau admin rasa ada benefit utk disiarkan kpd umum, silakan.

Saya ibu tunggal berusia 31 taon pd thn ni, sy dh berpisah masuk thn ke 5 dan sy ada 2 org anak dr perkahwinan tersebut. Sy berasal dr Negeri Sembilan dan bermastautin di Sgor sebaik selepas kahwin, sekarang dh 12 thn di Sgor. Sy kahwin muda, 18 thn. Dan bercerai pd usia 25 thn, masa tu thn 2013. Sy xnak cerita psal kegagalan rumah tangga sy di sini tp ttg kehidupan slps becerai sy.

Semasa bergelar isteri sy xdibenarkan ambik lesen memandu, sebaik sja bercerai perkara pertama yg sy lakukan adalah mintak bekas suami keluarkan duit deposit utk kereta secondhand (sbb sy lnsg xtuntut apa2 harta sepencarian or nafkah), dan kemudian sy ambik lesen memandu, Alhamdulillah lulus kejap je. Dah xda masalah memandu kemana-mana secara halal.. hehehe.

Lepas cerai sy buat keputusan utk ttp bekerja dan menetap di Sgor.. even family dh pggil2 suh balik N9. Keras hati pnya pasal, sy masih di Sgor jgk. Oleh kerana sy cuma Pembantu Admin je masa tu, gaji taklah besar mana, sy sewa bilik dgn cost xlebih RM350 sebulan (budget sy ttpkan). Anak2 sy menetap dgn bekas suami dan keluarga. Mula2 ssh nk adept xserumah dgn anak2.. lama2 ok. As ibu, routine sy, akan hntr anak2 pergi sekolah, bagi duit belanja, pastikan anak2 dh mkn sebelum sy balik rumah. Anak sy kedua-duanya lelaki, jadi bagi sy mereka lebih independent.

Rezeki sy semakin dipermudahkan saban tahun, saya dh boleh simpan duit dalam akaun dari gaji bulanan dan tak runsing nak beli keperluan anak nak sekolah atau nak raya sebab rezeki yg Allah bagi kepada sy (sy xde side income, full time kerja 1 tempat je). Anak2 nak mkn or mintak apa selagi sy rasa x keterlaluan sy tunaikan. Thn 2014, sy promoted as Supervisor dan gaji bertambah agak banyak, tp masih boleh claim overtime. Simpanan sy xla banyak mana, cuma untuk backup emergency diri saya, anak2 atau mak dikampung sy rasa cukup.

Thn 2015, sy tukar kereta secondhand saya kpd kereta baru, sbb malas nak handle masalah kereta asik rosak banyak sangat. Sy ni kedekut sikit kot, jdi sy pon ambik kerata yg minimum utk sy bayar bulanan tp masih boleh penuhi keperluan sy utk travel mana2. Jadi sy ambik Axia Manual. Bulanan 350 pon tak sampai… hehehe. Cukuplah untuk sy pegi kerja, balik kg or jalan mana2. Minyak kereta ni sgtlah jimat. 2015 jugak sy mula sebagai seorg pelajar EPJJ, UiTM, ambik diploma utk tempoh 4 thn (sebelom ni xsmpat belajar terus kawin… hehehe). Sbb sy ibu tunggal, sy apply Program Menggubah Destinasi Anak Bangsa anjuran UiTM, di mana sekiranya sy capai 3 pointer atas sy xperlu bayar apa- apa yuran pengajian, dah 4 sem sy dapat pengecualian ni. Alhamdulillah lg.

Lupa nak bagitahu, selepas beberapa bulan sy becerai, sy berkawan dgn seorang lelaki dan kami rapat, dia lah org yg bertanggungjawab meransang sy utk buat pekara- perkara yg sy xpernah terfikir utk capai seperti sambung belajar, belajar rajin-rajin dan jgn sesekali terfikir nak berhenti belajar, walau ssh mcm mna nak manage masa, kerja keras, simpan duit, buat business (ni belum buat), dan miliki aset-aset sendiri. Thn 2017, rezeki sy lebih dipermudahkan, sy promoted as Executive (padahal Diploma still ongoing lg). Rezeki Allah tetapkan xpernah salah orang. Sy syukur walaupun education level terpakai masih SPM tapi majikan percaya dgn kebolehan sy dan letak sy pada level junior management.

Memandangkan sy dah lebih 10 thn menetap di Sgor, kawan lelaki sy tdi tu, suruh sy cuba apply Rumah Selangorku, Alhamdulillah lepas hmpir setahun menunggu (mgkin sebelum tu level gaji tak cukup utk application approve) akhirnya sy terima surat tawaran dr LPHS, happy la sgt hati ni, lepas ni boleh bwk anak-anak duduk sekali. Di saat berita gembira ni sy terima, sy dan kawan lelaki tu dah tak lagi berhubung. Dia decide utk akhiri hubungan kami atas dasar kebaikan bersama. Sedih sbb dh lama kawan tapi mgkin perancangan Allah lebih baik.

Sy struggle jgk nak dapat loan bank, sbb pendapatan sy masih rendah utk kelayakan bank. Developer cuma ada 3 bank panel yg sy boleh cuba iaitu, UOB, OCBC dan Bank Islam. Separuh mati jugak lah sy mencuba utk meluluskan diri, tp bank asik tanya, ada suami tak, klau ada senang nk lulus sbb ada penama kedua. Pengalaman sy dgn ketiga-tiga bank:- bank OCBC luluskan loan sy 80%, mana pulak sy nak dapat duit bayar 20% lg, sbb akaun 2 EPF cuma cukup-cukup 10% harga rumah .

Bdw, this Chinese lady from OCBC mmg sgt baik, bersungguh2 nak tolong sy dan bagi sy penerangan yg sgt berguna dan jelas. Berbanding dgn Bank Islam, maafkan sy, mungkin bukan rezeki sy nak dpt wakil jualan yg baik dr bank ni, submit document sgt lama. Telefon direject, whatapp bluetick, bila dpt follow up, baru nak tgok, within a few minute trus cakap xlayak. Tanpa ada apa-apa penjelasan ttg kenapa, ada cara lain ke atau x. Yg berurusan dgn sy seorang wanita islam yg sepatutnya memudahkan urusan org lain.

Tp entahlah, mungkin dia ada sebab dia sendiri. Dan akhirnya, loan sy lulus 90%, dgn bank UOB, dengan syarat sy perlu buat sejumlah fix deposit utk tempoh 4 thn dengan bank mereka. Skrg LO dh sign, S&P agreement pun dh sign. Duit simpanan semua sy dh pakai utk buat fix deposit dan lawyer fee. Sekarang kena mula menabung balik dr awal balik. Sy tak rasa membazir sbb ini asset yg sgt sgt sy impikan dlm hidup sy dan Allah izinkan sy utk memilikinya pd usia 31 thn secara milikan individu.

Semua wanita wanita yg single, becerai hidup atau becerai mati diluar sana, jgn terlalu berharap dan bergantung kpd org lain, sebaliknya, guna kan segala kemampuan utk memiliki apa yg anda perlu dalam hidup dan impikan. Selain dari usaha yg beterusan, jgn lupa jaga hubungan kita dengan Allah, dan ibu bapa (utama) dan org lain. Ini penting.

Sy pernah lalai dan berdosa pd Allah satu masa dulu, tp sejak merapatkan diri dgn Allah, byk perkara-perkara luar biasa yg Allah bagi pd sy secara direct dan indirect. Sy juga percaya rezeki sy ini adalah rezeki anak anak sy yg Allah salurkan melalui sy, jdi sebolehnya sy akan ttp memenuhi pemintaan anak-anak asalkan tak keterlaluan. Bagi yg bakal berkahwin, please continue kerja atau miliki pendapatan anda sendiri, kerana kita tak tahu apa yg akan berlaku di masa depan.

Sy bertuah kerana ada ibu yg sgt memahami (ayah meninggal sejak sy form 5) tak pernah paksa sy nak buat apa, berkawan dgn siapa (xpaksa sy kawin lg, wlaupun dia risau sy sorg diri kat Sgor ni) asalkan sy tahu kesan buruk dan baiknya. Sy juga dikelilingi oleh insan insan baik yg tiada pertalian darah tp sgt mengambil berat dan sentiasa mendoakan sy.

Sebagai seorang perempuan, kdg2 sy tewas dgn permainan perasaan, sy kecewa, dikecewakan dan rasa sgt berseorangan ketika dlm kepayahan. Menangis itu biasa, tp jgn biasakan.. nanti airmata tu dh tiada nilai. Sgt teringin nak berkongsi semua berita gembira ni dgn dia yg sy syg cuma sy rasa Allah belum izinkan.

Impian sy seterusnya, sebaik saja tamat study, sy nak buat business berkaitan apa yg sy suka (belum decide lg pun) dan sy berdoa, kalau ada jodoh sy dengan lelaki lain, dtgkan lah lelaki yg matlamat nya sama seperti sy, mencari kesederhanaan di dunia dan menyiapkan diri utk bertemu Allah pd bila bila masa. Kalau takda jodoh, sy pasti Allah lebih tahu apa yg terbaik utk sy. Allah kan ada. Apa Pendapat Anda Silakan SHARE Dan Semoga Bermanfaat.

Sumber : kisah rakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *