Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau sudi siarkan confession ni. Aku bukanlah daripada IIUM. Tapi aku harap kisah ni jadi pengajaran untuk semua.

Aku dilahirkan dalam keluarga yang susah. Zahirnya keluarga kami nampak happy, walaupun tak senang. Walau makan berlaukkan ikan kering, tapi alhamdulillah boleh mengalas perut kami. Aku taknak bercerita mengenai kesusahan aku yang pergi ke sekolah berbekalkan duit belanja 10sen, nanti panjang dan sedih la pulak.

Disini aku nak highlight kan masalah dalam family aku. Aku yakin banyak keluarga di luar sana yg mengalami masalah seperti ini tapi mereka mungkin merahsiakan daripada masyarakat. Bukan niat nak membuka pekung di dada, tapi sebagai iktibar kepada semua. Mohon jangan kecam keluarga aku, buruk pun tetap keluarga aku.

Abah aku kahwin dua. Mak aku isteri kedua. Mula mula kahwin mak aku taktahu pun abah dah ada isteri. Abang² aku adalah hasil perkahwinan abah dan isteri pertama manakala kakak dan aku anak abah dan mak aku.

Okay. Abang sulung aku, telah berkahwin. Kahwin pun sebab terpaksa. Dia dah lama tinggal serumah dengan girlfriend dia (sekarang wife). Bapak mertua dia jumpa diorg menyewa serumah dan paksa kahwin.

Abang kedua aku juga dah berkahwin. Kahwin elok je. Tapi last last kitorang tahu dia sebenarnya dah ada anak dengan wife dia sekarang. Dia kahwin lepas girlfriend dia (wife sekarang) beberapa bulan melahirkan. Dia nak bertanggungjawab.

Kakak aku pulak satu universiti dengan boyfriend dia. Memang selalu la buat homework kat rumah. Diorang sekelas. Selalu jugak la boyfriend kakak tido kat rumah. Tapi ada satu hari tu, pak imam datang. Time tu semua ada kat rumah. Memang gelabah la. Pak Imam suruh dia balik time tu jugak. Haram sebab bukan mahram.

Aku dkatakan paling membanggakan dalam family. Result daripada UPSR sampai SPM tak pernah mengecewakan. Tapi aku sebenarnya tak lah sebaik yang disangka. Sekarang ni pun baru pakai tudung. Pernah jugak aku n Boyfriend kena sergah dgn polis sebab ada kat dataran malam malam.

Tempat takdelah gelap tapi mungkin sebab takde orang time tu. tapi kami tak buat apa apa pun. Time tu boyfriend aku tengah cerita pasal hidup dia. Dia dtg dari broken family. Tetiba polis datang. huhu.

Aku rasa family aku jadi macamni sebab hilangnya rahmat. Mak aku tak solat. Tapi aku takboleh salahkan mak seratus peratus. Mak aku serabut. Stress dengan abah. Abah tak adil. Perbelanjaan anak anak pun mak banyak tolong. Inikan pula nafkah untuk mak. Baju mak pun baru dua kali dia beli sejak 24 tahun berkahwin.

Mungkin aku tak boleh salahkan abah jugak. Hidup kami kais pagi, makan pagi. Pakaian abah pun tak bertukar. Abah lagi rela tak makan, pura pura kenyang sebab nak tengok anak anak kenyang. Bukan salah abah, abah dibesarkan tanpa kasih sayang sorang bapa. Abah tak dibenarkan bersekolah, dan perlu bekerja dan akhirnya upah bekerja tu dia tak dapat rasa, semua bapak tiri dia yang rampas.

Aku yang paling rapat dengan abah. Abah selalu pesan kat aku, supaya ajak mak solat. Abah kata abah gagal pimpin keluarga. Tapi mak keras hati. Mak selalu cakap kat aku, “malanglah perempuan kalau salah pilih suami”. Hmmm.

Aku rasa keluarga aku ada masalah sebab tak dapat redha Allah. Kalaulah abah ajak mak solat jemaah, mesti mak suka. Aku pun baru sekali je solat jemaah dengan abah. Bahagianya rasa masa tu. Bila boyfriend aku jadi imam, aku teringat kat abah. Aku nak keluarga aku macam tu.

Abah buta huruf. Dulu kecik kecik aku selalu ajar abah baca quran. Sekarang ni kalau mengaji aku selalu sedekahkan pahala untuk mak abah aku. Aku doakan mereka dapat hidayah.

Aku nak keluarga aku macam keluarga orang lain, yang ibubapa mereka sangat menerapkan nilai islam dalam keluarga. Aku ajar abah baca Surah Al Waqiah, supaya lapang rezeki kami sekeluarga.

Kesimpulan nya disini, masalah keluarga tu puncanya daripada kurang didikan dan amalan agama yang dipraktikkan. Aku sayang keluarga aku, walaupun begini. Kalian yang dibesarkan dalam suasana Islam, tolong lah bersyukur. Aku pun nak hidup senang dengan mak abah, solat jemaah sama sama. Sweet kan? Tolong doakan kami supaya dibekalkan hidayah dan sentiasa istiqamah ya.

Terima kasih semua.

Sumber : utusan kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *