“ Ya Allah!! Nak menangis aku tengok pad berdarrah sekali dengan undeerwear dalam beg dia. Darrah tu dah kering! Macam-macam dah dalam kepala hotak aku ni. Dia ni pemuja syaitan ke?…” Ini ada lagi cerita berkenaan dengan roomate pengotor. Dalam cerita tersebut menceritakan seorang wanita telah mendapat seorang roomate baru setelah roomate lamanya berpindah. Setelah mendapat roomate baru perkara yang mengrikan menggangu hidupnya di dalam bilik itu. ikuti kisah wanita ini.

Terima Kasih admin tolong publish kan cerita aku ni.

Aku dah 5 tahun menyewa bilik di rumah yang sama. Dari zaman belajar sampai la aku kerja. Tak pernah aku ada masalah dengan roommate walaupun aku ni jenis tak banyak cakap and suka buat hal sendiri. Lebih daripada 5 orang keluar masuk dari bilik tu sepanjang aku menyewa. Kesemuanya okay macam aku cakap tadi.

Nak dijadikan cerita roommate terakhir aku ni nak kahwin and dia nak pass la bilik tu dekat orang lain. Tak sampai sebulan dia dapat penyewa untuk gantikan dia. Aku tak kisah sapa je nak duduk dalam bilik tu yang penting dia tak memekak waktu malam, tak amik barang aku sesuka hati and yang paling penting tak pengotor.

Budak baru yang gantikan roommate aku tu aku bagi nama P lah eh. Sebab aku memang tak tahu nama dia. And dia tak pernah kenal kan diri masa dia mula-mula masuk. Korang kalau setiap kali datang tempat baru mesti menyapa orang and kenal kan dirikan? Tapi dia tak. Aku pun malas la janji tak kacau hidup aku. Sepanjang 2 hari dia duduk bilik tu, Ya Allah dia punya busuk macam bau loji. Serius weh. Pening kepala aku!

Sampai setiap kali balik rumah, Masuk je bilik aku terus nak muntah. Masa tu dia ada je dalam bilik tu. Aku pun terus lancang mulut ni cakap. BUSUKNYAAAA!! Aku keluarkan perfume, terus sembur satu bilik. Ingatkan keesokannya balik rumah, takde dah la bau busuk sebab aku mengharapkan dia terasa dengan apa yang aku buat. Tapi tak……… Busuknya sama. Ak uterus keluar rumah beli pewangi and letak dalam bilik. Lega sikit.

Benda ni berterusan sampai la dua minggu. Sepanjang dua minggu tu aku tak pernah tengok dia mandi! Balik kerja tak mandi, terus tidur pakai baju kerja dia tu! Pagi pulak, housemate aku yang lain cakap dia tak mandi pergi kerja. Woii!! Kau manusia jenis apa ni tak mandi? Kalau jenis tak mandi tapi wangi aku tak kisah. Ni bau kau boleh muntah aku.

Semalam nak dijadikan cerita,bilik aku berbau lagi. Tapi bau ni lain dari biasa. Aku pun investigate la. Setiap celah katil, almari, beg dia aku check. Ya Allah!! Nak menangis aku tengok pad berdarrah sekali dengan underwear dalam beg dia. Darrah tu dah kering! Macam-macam dah dalam kepala hotak aku ni. Dia ni pemuja syaitan ke? Dia ni memang pengotor ke? Dia bagi jin makan darrah dia ke? Dua tiga kali weh aku tengok benda tu nak pastikan yang aku tak salah. Tapi memang betul la tu pad. Sampai sekarang aku teringat and nak muntah.

Ak terus whatsapp housemate aku yang lain. Rupanya dorang pun perasan budak tu pelik sikit. Dorang pun kata setiap kali balik rumah, ruang tamu bau busuk siap kena sembur febreez. Malam tu, housemate aku tengok dapur dah berulat tapi tak jumpa punca ulat tu dating dari mana. Sebabnya memang tak ada sampah yang berair dekat dapur. So malam tu jugak kemas satu rumah. Budak P tu tak balik kerja lagi.

Lepas dia balik je kerja aku terus tanya dia pasal pad tu. Hayati eh dialog aku dengan dia kat bawah ni:

AKU: Weh kau, apasal kau simpan pad berdarrah dalam beg?

P: Haaaa!! Tak da la. (Muka terkejut)

AKU: Tak da?

Ak terus masuk bilik, dia ikut dari belakang. Aku bukak beg tu tunjuk dekat dia. Lepas tu aku keluar bilik dia pun ikut sama.

P: Saya tak ingat bila…… ( Aku potong dia cakap)

AKU: Sapa punya?

P: Saya. Tapi saya tak ingat bila punya. Macam mana boleh ada dalam beg tu.

Berasap telinga aku dengar jawapan dia.

AKU: TAK KAN KAU TAK INGAT BILA KAU PERIOD? TAK KAN KAU TAK BASUH PAD KAU? TAK KAN KAU TAK TUKAR PAD KAU? TAK KAN KAU TAK PERASAN UNDERWEAR KAU HILANG SATU?! Pergi buang sekarang!!

Dia terus masuk bilik sambal mengomel sorang, “Macam mana la boleh ada dalam beg ni” Masa tu aku rasa nak lempang je. Dah tua pun benda macam tu orang nak tegur. Kalau keluar dengan boyfriend bukan main banyak perfume kau sembur sampai ke tekak aku boleh rasa! Dah la perempuan jaga la sikit kebersihan lagi-lagi darrah kotor kau tu. Kau nak segala hantu hisap darrah kau tu ke!

Nasihat kepada semua di luar sana terutamanya wanita. Jaga lah kebersihan diri anda sendiri terutamanya waktu datang bulan. Jika bau busuk itu hanya anda seorang je yang bau tak apa lah. Ni bau busuk sampai ke hidung orang lain kena la berubah. Apa pendapat Anda? Silakan SHARE Dan Semoga Bermanfaat

Sumber : kisah rakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *