Suami aku terpaksa berhenti kerja dah nak masuk 4 tahun sbb nak jaga parents dia sakit dek kerana dia anak lelaki sulong. Kedua2 mertua aku sakit. Tp pak mertua meningggal last two years. Tinggal mak mertua jer skrg – tak boleh berjalan. Dialisis 3 kali seminggu. Menghidap penyakit serius buah pinggang, kencing manis and darrah tinggi. Nak mandi kena usung ke toilet, berak kencing in pampers dan kena dibasuhkan.

Suami hilang punca pendapatan. Sebelum ni aku bekerja and aku tanggung suami. Masa tu aku berkorban jugak tak apa lah aku ada gaji yg okay utk bantu suami. Kereta, motor, rumah, bills, makan pakai sume aku byr… tp malang nasib aku, ada sesuatu berlaku dan aku akhirnya hilang punca pendapatan as a professional. Nak cerita details tak payah lah. Cukup aku cakap aku susah nak dpt kerja lain skrg mengikut kelulusan aku.

Skrg dah dua2 x berkerja. Aku buat online business utk tampung hidup. Bolehlah sikit2. Now dah ada anak. Kos sara hidup makin bertambah. Fyi, mak mertua aku ni berduit orgnya. Beratus2 ribu dlm saving account tak termasuk yg ada dlm asb dan tabung haji yerrr (aku tahu sbb aku yg bwk dia ke bank dan urusan lain)…tapi dia punya berkira tu haihh. Hopefully dia boleh faham yg anak lelaki dia hidup susah sekarang.

Mak mertua aku seolah2 pikir aku boleh tanggung anak dia so dia tak perlu nak bg apa2. Mmg lah tggjwb anak lelaki dia jaga dia…tp entahlah…aku makan hati berulam jantung. Kalau aku ni asal dari keluarga kaya raya, i really dont mind nak tanggung suami aku. Tp aku sekarang ni pun tercungap2 nak hidup. Dengan anak yg masih baby di mana keperluan baby boleh tahan mahal jugak. Semput jgk dibuatnya.

Bukan nak mintak simpati mertua… aku sendiri pun segan tp orang tu kan kalau ada hati dan perasaan, boleh pikir, …”ohh anak aku tgh susah skrg sbb jaga aku…berkorban berhenti kerja…bini pun susah…skrg dah ada anak kecik pulak…” tapi macam tak pikir pun…mungkin aku paham lah dia sakit. Pernah suami aku minta bantuan kewangan sikit tp mcm air lalu…siap sound lg ada… “jaga mak sendiri pun berkira ke??…” nak jer aku cakap…kot kalau nak beli barang and makan pakai air liur jer takpelah tak payah mintak bantuan pun…

kalau anak dia tu bujang tak kawen lg takpe lah. Ini dah ada anak bini nak kena bagi makan. Aduhai. Lagi pulak dia mmg ada duit tapi mmg dia jenis takkan keluar duit sendiri. Pernah mertua aku sound suami aku suruh mintak kat family aku, bergaduh jgk suami aku dgn mak dia dulu pasal ni just because of asking for help utk dptkan sikit belanja nak beli barang2 sikit.

Mak mertua aku ni physically mmg sakit. Kurus tinggal tulang jer skrg. Tp mulut tak sakit weiii. Kalau pasal duit, tiba2 boleh jd singa. Menjerit2 maki suami aku. Hahaha. Luckily, mak and ayah aku faham situasi aku. Banyak bantuan jgk dr family aku sendiri. Ayah aku tak pernah question perihal suami aku tak berkerja dan sebagainya. Sbb dia nampak suami aku jaga mak dia. Suami aku ada adik tp perempuan, dah kahwin ada anak kecik. Susah nak diharapkan.

Susah betul nak menyimpan sekarang ni. Duit savings aku pun habis utk tampung hidup kami. Skrg tgh berusaha berjuang cari duit dgn buat business sendiri. Guna modal apa yg ada. Hopefully ada sinar di hujung jalan.

Zaman sekarang ni bukan mudah. Perit nak carik duit. Semoga mertua aku terbuka hati nak bantu anaknya. Bukan org lain, anak dia sendiri. Duit banyak2 nak buat apa? Anak sendiri susah hilang kerja sbb nak jaga dia takkan takde sikit rasa besar hati nak membantu. Aku ckp mcm ni sbb aku tahu mertua aku ada duit.

Kalau mertua aku jenis org yg susah duduk rumah pondok lain lah cerita. Anak susah, sape lg nak tolong? Dia susah, anak dia sentiasa ada di sisi. Jujur, aku dah berapa tahun takde nafkah bulanan dari suami. Sendiri carik duit, sendiri tanggung. Simpan semua rasa sedih dlm diri.

Pernah suami bgtau mak dia yg dia nak kerja balik…mak mertua aku terus jadi emosi and cakap siapa nak jaga dia kalau suami aku kerja. Aku faham perasaan suami aku. Dia pun rasa bersalah dgn aku dan family aku. Aku just harap Allah berkati dan merahmaati suamiku dan dilimpahkan rezeki berlipat kali ganda lagi hendaknya. Jagalah org tua selagi masih ada. InsyaAllah saya masih mampu bertahan. Semoga Allah kurniakan kesabaran yg tinggi buat saya dan awk encik suami. Aamiinn.

Jika anda seperti suami ini. Anda kene lebihkan emak kandung tp perlu berhati-hati kerana anda juga ada isteri dan anak. Lebihkan ibu jangan sampai lupa tanggungjawab pada anak bini. Sebolehnya anda sebagai lelaki dan suami patut bawa berbincang dengan emak anda dan berdoa agar emak dilembutkan hati.

jika anda seperti isteri ini. Jadilah isteri yang memahami keadaan suami. Kerap jadi tulang belakang suami selagi yang mampu.Apa Pendapat Anda? Silakan SHARE Dan Semoga Bermanfaat.

Sumber : kuasa rakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *