REDHA SEORANG ISTERI – “ Mak ayah dia di kampung hidup mewah , setiap bulan. mak mertua saya akan bercerita barang-barang yang dia shopping guna duit yang suami kirimkan pada dia. Sementara saya, baju T-shirt sehelai pon tak penah merasa dari suami sedangkan itu hak saya… ” Cerita nya seperti di bawah.

Asalamualaikum admin… Saya harap admin dapat siarkan kisah saya ni. Suami Luarannya Nampak Sempurna

Saya seorg istri dan bakal melahirkan cahaya mata pertama tak lama lagi. Di sini saya cuma nak bkongsi cerita y mungkin blh di jadikan teladan dan ikhtibar utk para suami di luar sana.

Umur saya awal 20-an, saya bkahwin dengan seorg suami y terlalu mjaga hubungan dia dgn keluarga dia trutama mak ayah dia. Alhamdulillah suami saya tak pernah tinggal solat walaupun sedang sakit. Pada pandangan mata org luar, suami saya nampak sempurna sebaik2 manusia, selalu pergi masjid, ikut kuliah2 maghrib. Sehingga kan dia bejaya mendidik saya , ubah cara pakaian saya dari ketat kepada y lebih longgar dan labuh. Kalau saya jumpa kawan2 lama ramai y hampir tak percaya dgn prubahan diri saya.

Saya suka tengok hubungan suami dgn keluarga dia sangat loving each other. Setiap bulan suami akan kirim wang belanja utk mak ayah dia di kg. Kadang2 dia suka beli barang2 pmainan utk anak2 buah dia. Kalau ada rezeki lebih dia suka sedekah pada org dan masjid2.

Tapi khilafnya, dia lupa hak saya sebagai seorg isteri. Spanjang pkahwinan kami dia abaikan nafkah saya, makan minum saya x terjaga. Kadang2 2 3 hari saya ikat perut tak makan nasi sebab kurang Wang belanja walaupun saya tengah mngandungkan anak dia. Dia tak pernah hulur duit utk beli barang dapur, sebaliknya saya yg tpaksa tanggung makan mnum dia. Kperluan saya dia abaikan. Dia sanggup tengok saya x berbaju raya semata2 nak beri duit raya seorg RM20 pada anak2 buah dia. Kalau nak di bandingkan antara saya dan keluarga dia, dia lebih utamakan keluarga dia bebanding saya.

Redha Sebagai Isteri

Mak ayah dia di kg hidup mewah , setiap bulan mak mertua saya akan bercerita barang2 yg dia shopping guna duit y suami kirimkn pada dia. Sementara saya , baju T-shirt sehelai pon x penah merasa dari suami sedangkan itu hak saya. Bila saya tegur, suami akan ckp itu tjawab dia sebagai anak lelaki dan mak ayah jadi keutamaan dia.

Dia hanya fikir untuk dapat keredhaan dari mak ayah dia, tapi dia lupa tntang keredhaan saya sbgai seorg isteri.

Sekarang sedikit demi sedikit saya perasaan hidup suami semakin Susah, duit gaji dia selalu tak cukup sedangkan dia bebelanja hanya utk diri dia. Dia selalu mintak duit saya sedangkan gaji dia lebih besar dari saya. Barang kperluan dia juga saya y beli dan sediakan. Tapi dia masih utaman mak ayah dia dalam soal kewangan. Mak ayah dia mampu pergi bcuti bedua, check in hotel tepi laut, makan sedap2, sedangkan saya dn anak dalam kndungan selalu x ckup makan.

Sekarang saya hanya mampu melihat bila sedikit demi sedikit Allah tarik nikmat yang dia pernah dapat. Semua urusan suami jadi Susah macam ada yg menghalang, dia selalu tertekan dengan kewangan, duit selalu x ckup, kadang2 ada sahaja bil yg terpaksa dia bayar, moto yg sebelum ni elok tiba2 rosak dan kos repair mahal.

Sekarang baru saya percaya, memang betul kata alim ulama. Kalau kita tak tunaikan hak org lain, Allah akan tarik balik nikmat kesenangan yg pernah kita rasa dgn plbagai dugaan hidup.

Suami, Pandanglah Pada Isteri

Buat suami saya, kalau abang baca post ni, tolong la buka sedikit keikhlasan dalam hati abg untuk jalankan tjawab abg sebagai suami dan bapa. Jadi suami bukan hanya utk main peranan kuasa Vito kalian, tapi sebaliknya utk mendidik dan menjaga nafkah kami sebagai isteri. Tak semua isteri mahukan kmewahan, tapi ckup lah hak kami tak di abaikan.

Kami pon manusia yg perlu kn makanan. Susah senang kalian bersama isteri, sebab isteri yg selalu mendoakn kalian. Tak salah nk balas jasa ibu dan ayah, tapi biarlah adil. Ibu ayah kalian cuci berak kalian masa kalian kecil, tapi isteri akan cuci berak kalian bila kalian dah uzur nanti.

Pandanglah kami isteri kalian dengan rasa cinta, supaya kita mampu untuk saling melengkapi sepanjang hayat kita.

Keluarga itu asas utama sesebuah masyarakat. Andai masyarakat itu sebuah bangunan, keluarga itu batu-batanya! Sebagaimana keluarga itu asas utama sebuah masyarakat, hubungan suami isteri pula asas utama sebuah keluarga. Lalu, kami mahu berkongsi 10 tugas seorang suami kepada isteri dengan anda.

Penuhi keperluan si isteri

Penuhi setiap keperluan isteri mengikut kemampuan diri sang suami. Keperluan isteri itu seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Gunakan kewangan sang suami bagi memenuhi keperluan si isteri.

Jadi sang suami, kerjalah lebih kuat bagi memenuhi lebih banyak keperluan si isteri.

Lindungi si isteri

Menjadi pelindung kepada si isteri daripada apa sahaja perkara yang boleh menyakiti si isteri. Boleh jadi, bahaya itu datang dari sang suami itu sendiri (penderaan mental atau fizikal), ataupun bahaya dari luar.

Si isteri perlu rasa selamat apabila ada suami di sisi… (bukan semasa ketiadaan si suami).

Bersabar dengan si isteri

Sabar dan menerima setiap kelemahan si isteri. Apabila ada sesuatu yang tidak seronok dipandang, tegur si isteri dengan cara paling bijaksana. Andai perkara itu sentiasa berulang, sedarlah betapa banyak lagi sikap-sikap lain si isteri yang lebih baik dan berkualiti.

Usah benci si isteri, dan ingat betapa si isteri adalah orang pertama percayakan diri sang suami.

Bimbing si isteri

Ajar si isteri dengan asas pendidikan agama. Andai sang suami tidak mampu, pastikan si isteri ada kemudahan untuk belajar. Si isteri bukan lawan, sebaliknya jadikan si isteri sebagai teman ketika proses menjadikan diri lebih baik setiap hari.

Pendidikan si isteri juga penting sebagai asas kepada pendidikan anak-anak pada masa depan.

Suruh si isteri beramal soleh

Pastikan si isteri istiqamah (kekal dan konsisten) dalam mengamalkan ajaran agama. Ajak si isteri melakukan amal soleh dan bersama-sama menjaga akhlak.

Bersikap tegas kepada si isteri

Lindungi si isteri daripada perkara yang kurang elok seperti gosip-gosip liar, sikap malas dan sebagainya. Tahu apabila sang suami perlu tegas terutamanya sebaik berhadapan dengan keadaan yang boleh mengubah arah kemudi pelayaran rumah tangga mereka.

Sentiasa ada di sisi si isteri

Sentiasa sedia menemani si isteri apabila si isteri perlukan sang suami di sisi. Sebagai contoh, benarkan dan teman si isteri melawat ibu bapanya, jiran atau solat di masjid. Sentiasa berada di sisi juga bermakna sentiasa memberi perhatian kepada si isteri.

Bersikap ‘gentleman’ kepada si isteri

Bercakaplah dengan si isteri dengan cara paling elok, iaitu tutur kata yang manis dan sopan sebagaimana pertemuan si isteri dan sang suami yang pertama. Sang suami yang tercela adalah suami yang berkelakuan seperti kucing di hadapan kawan-kawan, tetapi bertukar menjadi harimau di hadapan keluarga.

Bantu ringankan tanggungjawab keluarga dengan melakukan kerja rumah seperti menyapu, membasuh pinggan, memasak dan sebagainya.

Menjaga kehormatan si isteri

Elakkan sama sekali daripada berkongsi cerita-cerita peribadi tentang si isteri dengan rakan-rakan atau keluarga. Tugas sang suami menjaga kepercayaan dengan si isteri seandainya sang suami mahu si isteri juga jujur dan menjaga kehormatan mereka berdua.

Meminta pandangan si isteri

Sang suami jangan rasa takut atau malu meminta pandangan si isteri dalam apa-apa perkara rutin atau perkara penting. Si isteri bukan sahaja boleh membantu, malah dapat memberi pandangan-pandangan bernas kepada sang suami. Si isteri akan merasa lebih dihargai dan penting dalam hidup sang suami.

Selamat beramal dan ceriakan hati si tercinta. Apa Pendapat Anda? Silakan SHARE Dan Semoga Bermanfaat. Sumber kkisah rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *